Bloodbath

Salam..

Pada hari ni, satu poster telah ditampal kat ofis aku nih.. Poster yang bagi aku sangat menakutkan.. Ni posternyaaaaa..

Yup.. Sebuah poster kempen menderma darah.. Kenapa aku takut? Haha!! Rasanya korang pun tau. Sebab aku HIV+……

So kalau aku HIV+ pun, kenapa aku perlu takut? Aku tak payah la derma kannnn… Aku bukan takut nak derma darah pun, sebab aku tak takut sakit dan aku tak takut jarummm.. Apa yang aku takutkan ialah, kalau-kalau kawan ofis aku ajak aku menderma darah esok.. Apa aku nak jawab bagi menangkis ajakan mereka? Pikir punya pikir, akhirnya aku buat keputusan yang aku terpaksa menipu diorang..

Aku bercadang untuk mengatakan yang aku ni ada Haemophobia, iaitu ketakutan terhadap darah.. Walaupun aku agak takut terhadap darah, tapi takde la seserius haemophobia.. Aku rasa inilah satu-satunya cara yang aku boleh buat untuk mengelakkan aku dari ditarik secara paksa oleh kawan-kawan aku untuk menderma darah esok..

Atau ada ke teknik lain yang boleh aku gunakan untuk menangkis serangan-serangan esok? Kongsi2 la yerrr…. Huhu…

10 thoughts on “Bloodbath

  1. ko cakap je bekas awek ko jd nurse yg amik darah kat situ esk..ko cakap xnak jumpa dia lg…pandai2 la ko reka cerita…bluekkk:-p

Leave a comment