I Went Hiatus, Again.

Salam.

Adoi, lama gila tak update blog. Entah orang ingat aku dah mati kena AIDS kot. Haha! Choiiii muluttt!!

Ni pun terdetik nak update sebab dapat emel dari follower yang duk tanya khabar. Sori yer. Kadang2 busy, kadang2 memang takde idea nak tulis mende. Ni ada la idea sikit sebab aku baru balik dari ambik result SPM, errrr, result blood test lah! Blood test pada 10 Ogos 2016 dan ambik result pada 19 Ogos 2016.

Alhamdulillah, CD4 aku naik mencanak2 kot sampai 500++. Aku pun terkujat beruk makyeh bila dengar. Haha! Biasa dalam 300-400 je kan. Takde la risiko aku mati awal disebabkan virus ni. Sebab lain tu wallahu’alam.😛

Lagi satu, masa result yang lepas (4 bulan lepas), kadar kolesterol aku agak tinggi sampai doktor tu bagi warning suruh aku jaga makan. Tapi dalam masa yang sama dia warning gak sebab berat aku agak kurang masa tu, so dia suruh makan banyak sikit. Suruh jaga makan, pastu suruh makan banyak2. Mixed message betol. Haha!

Anyway, lepas kejadian marathon warning berturut-turut tu aku start la jaga sikit makan aku. Tak banyak, sikit je. Macam aku kurangkan sikit makan makanan bergoreng, berminyak semua tu la. Bukan banyak pun aku jaga sebab aku ni suka makan. Kadang-kadang time lunch aku bedal 2 ketul ayam goreng. Hambik! Tapi lepas tu seminggu la tak makan ayam goreng. Haha! Padan muka aku.

Tapi pada result kali ni, alhamdulillah kadar kolesterol (betol ke ejaan aku ni?) aku dah jadi normal. Aku agak lega jugak la sebab aku teringat masa raya hari tu aku bedal rendang dengan lemang berkilo-kilo. Mujur takde effect sangat. Phew!

Chloesterol

Anyway, sejak beberapa appointment ni, aku dah tak jumpa dah doktor biasa aku tu. Sekarang ni mesti akan jumpa doktor berlainan setiap kali appointment. Rindu pulak aku kat dia. Tapi dia ada whatsapp bagitau dia agak sibuk dengan pesakit lain. Takpe la. Nanti kalau jumpa aku pow dia lunch habis-habisan. Haha!

Ok la guys and gals, tu je aku nak hapdet kali ni. Next time yer. Babai! Lebiu!

People please!

Salam.

Camni la k. Aku bagi emel aku kat bawah tu adalah untuk korang contact aku pasal nak tanya pengalaman side effect ke, cara aku handle tekanan ke, atau apa2 je la yang perlukan nasihat aku secara personal.

Kalau benda2 yang boleh google tu, korang google je la giler! Ni semua nak suap. Ya, agak kasar sikit, tapi tu la realitinya. Bila aku layan sikit2, makin lama makin mengada2. Benda yg simple2 boleh cari maklumat sendiri, sila klik google dan tanya. Kalau tak paham, bukak sekali google translate. Tu pun nak kena ajar.

Ni orang A tanya soalan, aku google utk cari jawapan, pastu bagi jawapan kat dia. Kalau dia google sendiri, tak perlu buang masa dia nak tunggu aku jawab emel dan tak perlu buang masa aku utk baca soalan2 merapu lepas tu google pulak utk dia. Masing2 dah besar, dah ade akal. Kalau takde akal, takkan ade nafsu dan takkan la dapat hiv, yer tak.

Kita vukan dalam zaman 90s lagi. Sekarang ni kajian2 dan info2 tentang hiv ni dah meluas dah kat dalam internet. Rajin tak rajin je utk buat research sendiri. Ya aku faham, korang baru dijangkiti, tengah stress, tapi jangan la kerap sangat nak guna ‘pity card’ tu. Grow up and move on!

Chow!

HIV+ : What To Do?

Salam.

Bagi orang-orang yang baru didiagnos HIV+, korang mesti akan rasa tak tertanggung, takut, dan yang paling teruk, bersendirian. Macam aku dulu la, masa aku mula-mula buat blog ni. Tiap-tiap hari nangis tak berlagu. Blog post pun semua sedih-sedih belaka. Haha! Tapi ingatlah yang korang bukan bersendirian. Ramai orang dan banyak bantuan dan sumber di luar sana yang boleh membantu korang dalam menempuhi hari-hari mendatang.

Satu yang kita kena tahu, menjadi seorang yang HIV+ bukanlah satu ‘hukuman mati’ macam 10, 20 tahun lepas. Kalau dulu, org dengar HIV tu macam orang Nampak malaikat maut. Tapi sekarang zaman dah berubah, dan teknologi perubatan pun dah maju.HIV boleh membawa kepada AIDS, tapi dengan menjadi HIV+, tak bermakna kita akan mendapat AIDS. Regimen-regimen ubat yang ada sekarang mampu mengekang virus HIV ke tahap maksimum, dan orang-orang yang hidup dengan HIV boleh hidup seperti biasa.

Walau bagaimanapun, didiagnos HIV+ boleh menyebabkan seseorang tu hilang punca. Kepada siapa nak mintak tolong? Nak bagitau kat siapa? Apa yang perlu aku mula-mula buat? Jadi aku akan bagi sedikit panduan kat sini.

 

Jumpa Pakar HIV/ID Physician (Infectious Disease) dengan segera.

Selepas didiagnos HIV+, ketakutan terhadap masa depan yang tiba-tiba kelam boleh membuatkan seseorang tu takut untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Tapi nasihat aku, sebaik saja didiagnos HIV+, kita kena cari seorang doktor yang berpengalaman dalam HIV (biasanya doktor dalam unit Infectious Disease), secepat mungkin. Masa aku dulu, mungkin aku bernasib baik sebab salah seorang kenalan aku ialah seorang ID Physician. Korang boleh pergi ke mana-mana hospital yang ada Infectious Disease Unit (rasanya semua hospital ada kot. Aku pun tak sure). Kat situ boleh la cakap nak jumpa doktor atau kaunselor yang ada specialty dalam HIV. Mal utu memang malu, tapi telan je la mal utu bulat2. Kita nak sihat kan.

Bila dah jumpa doktor, dia akan buat la ujian-ujian terhadap tahap sistem imunisasi, sejauh mana virus tu dah merebak, dan kesihatan tubuh kita secara keseluruhan. Lepas tu dapat la dia buat satu plan rawatan yang sesuai untuk kita.

 

Belajar Apakah Itu ‘Menjadi Seorang Yang HIV Positif’.

Information is power. Jadi banyakkan membaca dan cari ilmu tentang HIV.

  • Baca dari website-website.
  • Cari maklumat dari kerajaan dan juga NGO (Pink Triangle Foundation dll).
  • Cari maklumat tentang rawatan-rawatan HIV, tak kira la rawatan standard mahupun eksperimental. Jangan cari bomoh dah la yer.
  • Cari kenalan yang juga HIV+.
  • Cari kumpulan sokongan HIV+. Kat Facebook ade jugak support group untuk PLHIV dalam Malaysia. Tapi group tu closed group. Korang kena ada kawan yang dalam group tu untuk masukkan korang. Dalam tu macam2 info ada. Diorang siap buat perkongsian ilmu jugak sekali sekala kat pejabat Pink Triangle.

Banyak orang di luar sana boleh membantu sama ada dari segi emosi mahupun fizikal bagi menghadapi situasi HIV+ ni. Kena la cari. Kadang-kadang bukan benda yang besar pun. Benda yang kecik-kecik pun orang boleh bantu. Kawan untuk temankan pergi blood test ke, kawan yang nak mendengar luahan hati ke, apa2 je la. Yang penting kena cari, bukan hadapi semua sorang2. Contoh bantuan-bantuan :

  • Tanya doctor tentang support group yang terdekat. Tapi kalau korang rasa kes mental korang agak kronik, boleh jugak mintak doctor tu jadualkan pertemuan dengan psychologist, psychiatrist atau sesiapa yang dirasakan perlu.
  • Pergi Pink Triangle Foundation. Diorang akan sambut ko dengan tangan terbuka.

 

Lindungi Orang Lain.

Jika kita HIV+, kita boleh menjangkiti orang lain walaupun kuta tak rasa kita sakit. Jangkitan boleh berlaku dengan seks tanpa perlindungan dan juga perkongsian jarum suntikan. Lindungilah orang lain, lebih-lebih lagi orang yang kita saying dengan menggunakan kondom. Dengan cara ni, kita juga dapat melindungi diri kita dari strain virus HIV yang berlainan. Sebab kalau kita dah HIV+, kemudian kita dijangkiti pulak oleh virus HIV yang berlainan strainnya, HIV dalam badan kita akan bermutasi ala-ala X-Men dan menjadi kebal terhadap ubat. Tu sangat bahaya. Lagi satu, jangan derma darah.

Bagi wanita pula, HIV boleh tersebar kepada bayi sama ada semasa dalam kandungan, semasa melahirkan dan juga semasa menyusukan bayi. Tanya doctor anda tentang langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Dengan rawatan yang betul, jangkitan kepada bayi sekarang ni hamper mencecah 0%.

 

Ok, bagi yang nak tahu pasal Pink Triangle, boleh pergi ke website diorang (yang penuh kaler pink), kat alamat ni : http://ptfmalaysia.org/v2/

Ni antara maklumat diorang.

Address :
3rd Floor, 16-3, Jalan 13/48a
Boulevard Business Centre
Sentul Raya, 51000 Kuala Lumpur

Phone : +603 4051 3611

Opening hours :
Tuesday 2 – 5pm, 7 – 9pm
Thursday 2 – 5pm
Friday 11am – 2pm, 4 – 6pm
Saturday 11am – 1pm, 3 – 6pm

By Car:
Follow Jalan Sentul. Please drive passed the construction site of The Fennel East on your right hand side and Petron on your left. The next block on your right is the Sentul Boulevard Business Centre, where the CHCC is located. You will have to drive around the Centre to reach the CHCC.

Please turn right at the traffic lights on the corner with CIMB Bank and KFC. Stay on the right side of the road. After about 150 meters you turn right to get on the slip road. Keep right when you reach The Fennel East construction site turn again. It is easiest to find a parking place here on the side of the road. You will note the shops and restaurants on the ground floor, like Restoran Makhota on the corner. You may also note the office of the Malaysian AIDS Council. The CHCC is a few doors to the right, above Restoran Nadyla. Our Centre is on the third floor and can be reached by the elevator or the stairs.

By LRT
Stop at Sentul Timur station. Walk down Jalan Sebelas and turn left in the direction of the Sentul Boulevard Business Centre. Walk straight and keep the shops and restaurants on your right side. Walk all the way to the last block, then turn right at Restoran Mahkota on the corner and follow Jalan 13/48a. The CHCC is after 50 meters on you right hand side, above Restoran Nadyla.

By KTM Kommuter station
Stop at Sentul KTM station. Walk Jalan Haji Salleh until Jalan Sentul. You will see the Petron station on your left. Turn left and cross the road (be careful!!!) at the crossing. You have now reached the Sentul Boulevard Business Centre. Keep walking on Jalan 13/48a until you get the Malaysian AIDS Council on your left. The CHCC is a few doors further down the block, above Restoran Nadyla.

map1

 

Ok la, tu je. Chow!

Newer Us!

Salam.

Sekali lagi aku ubah template blog aku nih. Bosan alk aku tengok gambar burung tu. haha! Dan kali ni aku ubah jugak nama blog. Takmo ‘sad’2 lagi dah.

This is the new me. This is the new us. The Positively Positive us.🙂

What Is CD4 Count?

Salam.

Kita ni asyik dok cerita pasal CD4 lah, viral load lah, tapi kita tau ke pasal CD4 count tu? Even kalau kita tau, tapi orang2 lain yang baca tu tau ke? Rasanya ada yang tak tau, Cuma term tu dah jadi kebiasaan untuk diorang sebab kita dah selalu sangat guna dalam ni. Eh jap, ‘kita’ tu merujuk kepada kita yang dah familiar dengan term2 dalam kes HIV ni, dan diorang tu pulak ialah pembaca-pembaca yang secara sengaja mahupun tak sengaja terjerumus ke lembah blog ni. Haha! So aku rasa aku ada kewajipan untuk terangkan serba sedikit pasal CD4 count ni.

 

CD4 Count (Kiraan CD4)

CD4 count ialah satu ujian darah untuk menentukan tahap mana sistem imunisasi kita berfungsi, dan biasanya dijalankan untuk pesakit-pesakit yang telah didiagnos HIV Positif. Sel CD4 ialah sejenis sel darah putih, iaitu sel yang menentang jangkitan. CD4 juga seringkali dipanggil T-lymphocytes, T-cells, atau T-helper cells. Tapi tak pernah pulak ia dipanggil T-junction ataupun T-square. Haha!

Ok sambung balik. Seperti yang kita tau, virus HIV yang comel tu akan menyerang sel-sel CD4 kita. Jadi, jumlah CD4 akan dapat menentukan sama ada jangkitan-jangkitan lain (jangkitan opportunistic) boleh berlaku atau tidak. Pattern kiraan CD4 dari masa ke semasa akan menunjukkan kesan jangkitan virus terhadap sistem imunisasi tubuh. Bagi PLHIV yang tidak menerima rawatan, kiraan CD4 mereka akan menurun sementara virus HIV bertambah.

 

Mengapa Ujian CD4 perlu dilakukan?

Untuk :

  • Memantau bagaimana HIV memberikan kesan pada sistem imunisasi tubuh.
  • Memantau AIDS. Jangkitan HIV boleh menyebabkan AIDS, iaitu penyakit yang tiada ubat.
  • Menentukan sama ada pesakit perlu memulakan rawatan HAART atau masih belum perlu. HAART akan memperlahankan pembiakan HIV.
  • Memantau jangkitan-jangkitan lain yang bersifat opportunistic.
  • Menentukan sama ada perlu memulakan rawatan untuk mencegah jangkitan opportunistic seperti pneumonia.

Kiraan CD4 akan diambil selepas pesakit didiagnos positif, dan ini akan dijadikan penunjuk arah terhadap kiraan-kiraan CD4 seterusnya. CD4 kebiasaannya akan dipantau setiap 3-6 bulan, bergantung pada tahap kesihatan, tahap kiraan CD4 sebelumnya dan pengambilan HAART.

Eh, takpe ke aku tulis secara serius ni? Kang korang baca macam baca surat khabar lak kan. Cuma bab-bab macam ni aku tak berapa reti nak selitkan lawak2 sengal aku tuh. Haha!

 

Bagaimana Bersedia Untuk Ujian Kiraan CD4?

Sebelum ujian ni dijalankan untuk pertama kalinya, pesakit akan dijadualkan untuk berjumpa dengan seorang kaunselor supaya pesakit dapat memahami apakah ujian yang dijalankan dan juga memahami keputusan ujian tu nanti.

 

Bagaimana Ujian Dijalankan?

Pengamal perubatan tu akan :

  • Mengikat bahagian atas lengan dengan sesuatu yang elastik untuk menyekat pergerakan darah. Ini akan menyebabkan salur darah di bahagian bawah lengan akan sedikit membengkak dan ini memudahkan proses pengambilan darah dilakukan.
  • Jarum suntikan yang baru akan digunakan.
  • Jarum akan dicucuk di bahagian salur darah/urat, ikut la tangan mana yang senang. Kalau aku tangan kanan. Kadang-kadang lebih dari satu jarum akan digunakan. Ouch!
  • Picagari akan ditarik, dan darah akan masuk dalam tiub. Tapi kalau kat Hospital Seremban sekarang, diorang dah guna botol vakum. So diorang akan cucuk satu jarum yang hanya bersambung dengan satu tiub tanpa picagari, lepas tu diorang just cucuk hujung tiub tu kat botol vakum tu. Automatik darah akan berebut-rebut masuk dalam botol tu.
  • Selepas jumlah darah yang mencukupi diambil, ikatan di atas lengan tadi akan dibuka.
  • Kapas akan diletakkan di bahagian yang dicucuk semasa jarum dikeluarkan.
  • Kapas dilekatkan menggunakan tape.

Tu je. Senang je kan. Haha!

 

Macam mana Rasanya?

Kebiasaannya takkan rasa apa-apa pun. Kalau aku siap tengok lagi jarum tu dicucuk sebab nak rasa. Haha! Tapia da jugak sesetengah orang yang akan rasa sedikit sakit semasa darah dikeluarkan. Biasa kes macam ni berlaku kat orang-orang berumur. Dan ini jugak bergantung pada skill orang yang ambil darah tu. Dapat yang jenis main cucuk ikut suka, memang sakit la.

 

Risiko

Walaupun prosedur mudah, tapi ada jugak risiko. Antaranya ialah :

  • Lebam pada bahagian yang dicucuk.
  • Melecur pada bahagian yang dicucuk (extremely rare cases).
  • Darah mengalir keluar tanpa henti selepas jarum dikeluarkan. Biasanya jenis orang yang darah cair. Kalau korang darah cair, kena bagitau kat orang yang ambil darah tu yer supaya dia boleh ambil tindakan sewajarnya selepas darah diambil.

 

Keputusan

Kiraan CD4 adalah untuk menentukan sejauh mana keberkesanan sistem imunisasi tubuh bagi mereka-mereka yang telah didiagnos HIV+. Keputusan ujian biasanya boleh dapat dalam masa seminggu, bergantu pada kecekapa hospital. Hospital Seremban agak cekap, so boleh dapat dalam seminggu. Kalau dulu 2 minggu.

Normal :

Kiraan CD4 bagi seseorang yang tidak dijangkiti HIV adalah di antara 600 hingga 1500 sel per microliter.

Abnormal :

– Kiraan CD4 lebih dari 350 tapi kurang dari 500 bermaksud sistem imunisasi tubuh semakin lemah.

– Kiraan CD4 kurang dari 350 menandakan sistem imunisasi yang lemah dan ada risiko jangkitan opportunistic.

– Kiraan CD4 di bawah 200 menandakan jangkitan AIDS sudah/akan berlaku.

 

Apa Yang Akan Mengganggu Keputusan Ujian?

Antara punca-punca keputusan ujian Kiraan CD4 kurang tepat :

  • Masa darah diuji. Jumlah CD4 mungkin sedikit kurang pada waktu pagi. Baru bangun tido kot sel-sel CD4 tu.
  • Kurang sihat (demam) atau tidak sihat (herpes).
  • Darah yang disejukkan dalam peti ais.
  • Ubat yang dimakanl sebelum darah diambil, seperti ubat-ubatan kemoterapi.

 

Apa Yang Perlu Kita Tahu?

  • Pattern keputusan ujian Kiraan CD4 yang berterusan adalah lebih penting berbanding hanya satu ujian Kiraan CD4. Sebab tu kalau kita buat blood test, doctor lebih pentingkan peratus CD4 berbanding jumlah CD4 tu sendiri.
  • Ujian Kiraan CD4 selalunya dijalankan sekali dengan Ujian Viral Load, untuk menunjukkan keberkesanan HAART. Ujian Viral Load akan menunjukkan jumlah virus HIV yang tepat, jadi ini akan menunjukkan keberkesanan HAART.
  • Oleh kerana kadar CD4 berbeza-beza dari pagi ke mala, kebanyakan doctor akan monitor peratus CD4. Peratus ni dikira dengan membandingkan kiraan CD4 dengan kiraan lymphocytes (sejenis darah putih yang dihasilkan di bahagian limpa, tonsil, kelenjar timus dan lymph nodes. Semua ni kena Tanya doctor. Kalau tanya aku, aku pun tak tau). Ok, jadi lymphocytes ni akan mengenalpasti dan memusnahkan sel-sel yang dah dijangkiti virus.
  • Satu lagi kadar ukuran ialah dengan membandingkan kiraan CD4 (sel T-helper) dengan kiraan CD8 (sel T-suppressor).

Ok. Tu je untuk kali ni. Penat menaip dan menterjemah ooiiii. Chow!

 

Sumber dari : http://www.webmd.com/hiv-aids/cd4-count

Secret Stash

Salam.

Aku kat kampung ni. Kat mana kampung aku? Takkan la aku nak bagitau korang kan. Kang tak pasal2 korang ramai2 datang rumah aku time raya. *puiiiiiiiii perasannnnn

Haha! Gurau je. Saje je aku balik kampung. Memang tiap2 kali lepas gaji, aku akan balik kampung hulur duit kat mak aku. Tak banyak pun. Setakat yang termampu. BR1M pun dah tak layak nak dapat tahun ni sebab gaji kasar aku dah melebihi 2k. Hampeh betul. Patutnya kira la ikut gaji bersih. Ni gaji kasar, komfem la termasuk elaun2 perumahan dan cola yang sah2 aku tak dapat sebab duduk kuartes. Kalau macam tahun lepas, aku bagi je semua duit BR1M tu kat mak aku. Tahun ni tak dapat lak nak bagi. Takpe la, dah bukan rezeki.

Anyway, aku bukan nak cerita pasal BR1M la. Haha! Tu dah ramai para cerdik pandai dah cerita. Tapi aku nak cerita pasal ubat.

Korang tau kan aku kena makan ubat HAART tu 2 kali sehari tiap2 hari tanpa henti. Sekarang ni, lepas bertahun makan ubat, alhamdulillah aku dah jarang miss makan ubat. Dah lebih setahun kot aku tak miss makan. Cuma kadang2 lewat makan je sikit. Tu pun lewat dalam setengah jam gitu. Tak macam dulu, ada yang lewat 3 jam. Suka hati aku je kan nak lewat2. Haha!

Masa aku mula2 start HAART dulu, ada jugak aku miss makan. *(eh jap, alarm HAART aku berbunyik. Nak makan ubat jap.)…. Ok sambung balik. Dulu aku kadang2 termiss makan tu bukan sebab aku saja2 suka2 taknak makan, tapi sebab terlupa. Dan antara sebab aku terlupa ialah bila aku balik kampung. Dulu pernah aku balik kampung, tapi terlupa bawak ubat. Bayangkan, time alarm berbunyi baru aku sedar aku tak bawak ubat. Mase tu jugak kena bergegas balik rumah yang sejam jauhnya tu utk makan ubat. Kadang2 aku balik rumah terus je, tak balik kampung balik. Penat weh nak ulang-alik. Duit minyak lagi. Dah la time tu aku agak miskin. Nak makan pun tak mampu, lagi la nak isi mintak banyak2 kali. Jangan harap.

Tapi sejak berlakunya peristiwa2 terlupa bawak ubat balik kampung tu, aku dah ada cara untuk atasi masalah tu. Sekarang ni, setiap kali aku balik kampung, aku akan asingkan ubat dalam 5 portion (10 bijik) dan simpan kat tempat rahsia kat dalam bilik aku kat kampung. Setiap kali balik kampung, aku akan makan ubat yang aku simpan tu (tak makan rugi sebab dia ada expiry date) dan ganti dengan ubat baru. Jadi dengan cara ni, in case kalau aku terlupa bawak balik ubat, sekurang-kurangnya aku ada bekalan ubat untuk 2 hari setengah. Jadi tak perlu la aku nak kena balik rumah semata2 untuk makan ubat kan. Haha! Bijak tak aku? Bijak kan. Ya, aku memang bijak. Haha!

So kepada korang yang makan ubat HAART tu, boleh la praktikkan cara ni, kalau korang jenis balik kampung sebulan sekali macam aku. Kalau korang balik 6 bulan sekali, macam tak praktikal pulak sebab takut ubat2 tu dah expired.

Ok tu je aku nak kongsi. Nak sambung tengok tv. *bosan sebab kat kampung takde astro*

Adios!

I Need You!

Salam.

Aku sebenarnya taknak la buat blog ni macam diari. Kalau boleh aku nak post tentang sesuatu yang korang rasa boleh bagi manfaat pada korang dan orang lain. Tapi masalahnya, aku tak tau nak post pasal apa. Haha!

Cuba korang bagi idea sikit pasal benda2 yang aku boleh kupas. Ape2 je la. Boleh aku buat research dan kita bincang sama2.

Aku tunggu yer idea korang. Hehehe~~