Another Friend, Another End

Assalamu’alaikum.

Apa khabar para jutawan semua? Sihat ke sihat? Hahahahaharamjadah.

Lama gila weh aku tak update blog ni. Ni bukan tahap bersawang lagi dah ni, tapi dah tahap keluar movie Spider-Man ke-4. Haha ngarut. Sebenarnya aku lupa kewujudan blog aku ni. Boleh ke gitu? Entah.

Okey, Bek tu serius note yang berkaitan dengan tajuk post. Last post aku yang tahun bila tu, aku post pasal kawan aku si R yang tewas dalam perjuangan menentang sifilis. Aduh, sedih pulak bila teringat. Sebab apa sedih? Sebab tahun lepas, sorang lagi kawan aku dalam klik yang sama, turut tewas. Kita panggil je arwah kawan aku yg sorang ni W. Aku tak dapat info pun pasal sakit yang membuatkan W menghembuskan nafas terakhir beliau. Tup2 tau cerita dia dah takde. Nangis lagi kitorang yang rapat dalam klik tu sebab W ni antara yang paling riang ria cuti sekolah dalam klik tu. Kalau dia ada time kitorang buat gathering, komfem dia yang paling kecoh. Pemergian beliau memang sangat2 kami rasai.

Persoalan: Macam mana aku tau (atau dapat rasa) yang pemergian beliau tu berkaitan dengan STD? Jawapan: Aku agak je. Sebab family dia langsung tak bagitau apa2 pasal punca kematian. Jadi aku yang agak judgemental ni dapat rasa yang ianya berkaitan dengan STD. Sebab aku tau W ni agak ‘aktif’ dalam dunia gay. Tapi tu lah, aku pun agak je la. Sebab memang tak tau kenapa dia meninggal. Terkilan weh. Terkilan sebab W ni sedang dalam perjalanan mencipta karier yang dia suka iaitu dalam bidang kulinari. Sikit2 dia naik dari tukang basuh pinggan sampai la dia dilantik jadi head chef dalam pastri kat tempat dia kerja tu.

Tu je la yang aku nak cerita. Oh satu lagi, kolesterol aku naik. Kena makan ubat kolesterol pulak disamping ubat2 hiv. Haha padan muka aku. Sape suruh me lantak nasi ganja tiap2 minggu.

Okey aku nak tanya ni, sebab aku tak pasti blog ni masih ada pembaca ke takde dah. So kalau korang baca post ni, komen sikit kat bawah ni. So kalau aku tengok takde orang komen, maknanya takde pembaca la tu. Tak payah la aku update lagi. Haha k bye!

Be Brave, My Friend.

Assalamu’alaikum.

Pertama2 sekali, aku nak mintak maaf sebab bapak giler lama aku tak update blog ni. Last aku update sebelum Malaysia merdeka kot. Ok tu merapu. Tapi rasa2 macam nak dekat setahun gak la. Ke dah lebih setahun? Haha! Sori sangat2 yer. Email pun aku tak terbalas dah. Bukan apa, email yg aku dapat tu banyak, tapi content semua sama. Semua sejenis merintih kecewa dengan hidup segala. I kenot lah email2 depressing cenggituh nyahhhh!

BTW, dalam post last hari tu aku ada cakap aku nak buat macam jurnal la kengkonon masa proses ambik darah. Tapi dukacita dimaklumkan, nurse tu tak bagi aku ambik gambar. Haha! Padan muka aku kan. So projek jurnal tu biarlah ianya berkubur. Aku pun dah rasa tak berapa nak rajin nak buat. Baik aku tido.

Jumaat lepas appointment latest aku, dan CD4 aku masih macam tu jugak. Malu2 nak naik. Tapi dapat maintain 400-500 tu kira ok la. Viral load last dulu pun <20 copies /ml. Semoga ianya terus kekal macam tu atau terus jadi undetectable. Amin.

Anyway, aku nak menulis hari ni bukan sebab aku nak bercerita pasal aku. Tapi pasal satu berita sedih. Baru2 ni, aku dapat mesej whatsapp dari sorang kawan gay jugak. Kita panggil dia N je la ek. Dia bagitau, kawan kitorang lagi sorang (yang ni kita panggil R) dah masuk ICU. Tak sedarkan diri kat rumah katanya, dan terus masuk ICU. N bagitau si R ni terkena jangkitan kuman kat otak. Masa dia sebut je jangkitan kuman kat otak tu, dalam kepala aku terfikir satu benda je. Sifilis.

Ya, aku dulu pun pernah kena jangkitan Sifilis, sampai doc terpaksa ambil air tulang belakang (spinal fluid) aku untuk check sama ada bakteria tu dah sampai ke otak ke belum. Mujur aku detected simptom tu awal, so jangkitan tu masih belum severe. Tapi kena la jugak cucukan maut sakit melampau yang 3 kali tu. Aku rasa aku pernah cerita pasal tu.

Berbalik pada Si R, aku ada rasa yg agak kuat mengatakan yg dia ni sebenarnya dapat Sifilis, cuma mungkin Si N ni nak jaga aib dia, so dia bagitau la kat family R ni yang R kena jangkitan kuman. Then semalam aku dapat mesej whatsapp bergambar dari kawan2. Gambar Si R ni dah kurus cengkung, tak boleh bercakap dan kat tangan dia ada nampak macam ruam2. So aku rasa betul la kot Si R ni dapat Sifilis, sebab antara simptom ketara Sifilis ialah ruam tu.

Syphilis-Symptoms-Stages-and-Diagnosis-RM-722x406

Gambar ni menunjukkan ruam tu. Bintik2 kasar yang tak rasa sakit. Ni gambar google je tau. tapi aku kenal la sebab aku pun pernah dapat.

Aku rasa sedih yang amat sebab kawan aku Si R ni antara kawan yang baik. Cuma tu lah, dia mungkin kurang kesedaran tentang perlunya kita yang menjalani hidup berisiko untuk dapat STD ni, untuk pergi buat check up regularly. At least setahun sekali. Mungkin faktor malu. Entahlah. Tapi bila tengok gambar dia dah kurus sangat dan badan penuh ruam2 ni, aku rasa terkilan. Sifilis ni antara STD yang bahaya sebab dia boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat, tapi at least dia ada cure. Iaitu suntikan penisilin yang super sakit tu. Kalau lah dia pergi buat check up masa dah nampak ruam tu timbul, mungkin keadaan dia tak kritikal macam sekarang ni. Tapi benda dah jadi, dan kita kena reda dgn qada’ dan qadar. Cuma aku rasa terkilan.

Kawan2, lagi2 yang menjalani cara hidup berisiko STD, tolong lah, pergi la buat check up. Tak mahal pun. Full STD check up kat BP Lab rasanya dalam RM125 camtu. Setahun sekali pun cukup la. Please la. Aku tak sanggup nak tengok kawan2 yang aku sayang terlantar sakit, sedangkan benda tu boleh dielakkan. Allahu.

Okay la, nak kongsi tu je. Sama2 kita doakan SI R tu dapat sembuh seperti sedia kala. Amin.

Another Extraction

DBMH

Ini adalah jarum untuk mengambil darah. Haha! Tu pun nak bagitau.

Salam.

Ada apa dengan gambar di atas? Kihkihkih saje je sebenarnya. Nak bagi korang2 yang seriau jarum tu lagi seriau. 😛

Minggu depan lepas Krismas iaitu pada 27/12/2017, sekali lagi aku akan buat check darah. Kali ni untuk kali yang ke berapa entah. Kali yang ke-patploh juta kot. Tak terkira dah. Eh tapi patploh juta tu aku main2 je. Jangan ade yang percaya pulak. Ok la kalau kira2 setahun dalam 3 kali kot. Pastu aku dah buat blood test dah lebih kurang 8 tahun la kot. So 3×8 = 24. Haaaa lebih kurang 24 kali la aku dah buat blood check. Takde la jauh beza ngan patploh juta tu kan.

Ok berbalik pada ceritera nak gi blood check pada 27/12 ngan appointment pulak pada 5/1/2018, aku ingat macam nak buat lain sikit la untuk entry. Aku nak buat ala2 cerita bergambar sikit. Maklum la dah ada S8+ *batuk*batuk*, boleh la ambik gambar cantik sket. Kihkih. Mungkin aku akan start dari pagi tu masa aku bertolak dari rumah jam 5 pagi tu, atau kalau aku malas nak bangun awal aku akan check in hotel kat seremban sehari sebelum. Tengok la mana2 nanti. Tu pun kalau aku rajin, dan kalau aku teringat. Biasa la aku ni pelupa sikit.

Satu lagi nak cerita, aku tengok akhir2 ni ramai yang view blog aku ni. Risau pulak aku. Risau bukan sebab apa, cuma aku rasa macam view yang banyak2 tu datang dari orang2 yang baru positif. Walaupun aku selalu pesan kat korang yang virus ni boleh dikawal dan aku sekarang pun hidup macam orang biasa, tapi aku takleh nafikan kesan dari segi emosi masa baru2 kena dulu. Down sungguh sampai rasa nak mati.

Aku harap kepada pembaca2 yang baru didiagnos positif, jangan patah semangat. Dapat HIV bukan bermakna end of the world. It’s the beginning of a new world. Cewah skipping pulak.

Ok la. Tu je. Sambung buat keje. Babai!

Don’t Rain On My (Email) Parade

Salam.

Ini adalah post membebel.

Rasanya sebelum ni aku pernah tulis pasal orang2 yang suka tanya benda yang boleh google sendiri. Tak kira la di bahagian komen blog ni, mahupun yang email secara private. Masa tu aku membebel sebab agak geram la pasal tu kan. Tapi kali ni nak membebel pasal benda yang lebih kurang sama, tapi tak sama.

Iaitu email yang suruh aku contact mereka, dengan menyertakan no. telefon.

Aku ni sejenis yang suka privasi. Dan aku jugak sejenis orang yang ada satu fon je dan satu line je. Tu pun fon cikai2 je, iaitu S8+. So fon dan nombor tu memang aku guna untuk semua, termasuk la data2 peribadi aku. Jadi bila ada yang suruh aku whatsapp ke, SMS ke, call ke, memang sejujurnya aku memang takkan balas sebab aku memang takkan contact. No fon aku adalah sesuatu yang privasi. Aku pakai no fon yang sama dah berbelas tahun, so kalau no fon tu dah tersebar nanti susah jugak kan.

Jadi aku nak mintak maaf la banyak2 kepada yang ada bagi no fon tu. Serius aku memang takleh jeopardize privasi aku. Maaf yer.

Chow!

Another Defeat

Assalamu’alaikum.

Masuk ofis awal sikit hari ni, so boleh la update blog berhabuk nih. Semalam aku gi Hospital Seremban, tapi bukan la pergi untuk appointment yang aku biasa pegi tu. Alah yang check2 CD4 CD8 segala tu. Tapi appointment lain.

Tahun lepas, aku kena bisul kat bontot. Bisul bukan bisul kecik2 beb. 5 hari aku menanggung kesakitan yang teramat nak tunggu masa nak surgery. Seksa wooooo. Diorang buat incision 10cm, bukan kat sebelah bontot je tapi dua2 belah. Dan diorang berjaya buat drainage bukan sikit, tapi 200ml pus (nanah) dari bisul tu. No wonder la sakit yang amat.

Anyway, lepas pembedahan tu aku mengalami proses recovery macam biasa la. Sebulan MC diorang bagi. Seronok gila mengangkang kat rumah. Haha! Dan akhirnya luka pembedahan tu pun sembuh. Alhamdulillah.

Tapi yang menjadi masalah problemnya sekarang, luka tu dah sembuh tapi macam ada satu lubang kecik kat kesan luka tu, dan ada nanah keluar tanpa henti kat situ. Tak sakit pun, cuma tak selesa la sebab aku terpaksa letak tisu kat situ setiap masa untuk serap nanah tu. Leceh beb. So semalam appointment tu untuk diorang check la apa yang tak kena dengan bisul aku tu.

Jumpa doktor, dia pun pelik jugak la sebab bisul tak kering2. Dan dia diagnos, mungkin bakteria tu susah nak hilang disebabkan virus yang ada dalam badan aku ni haaa. Doktor tu kata tak perlu risau, dan dia prescribe antibiotik dan ubat lawas (untuk memudahkan buang air besar) kat aku.

Sedih la sikit sebab kerana virus tu, aku tak dapat nak recover. Ni baru bisul. Bayangkan kalau aku dah kena AIDS nanti, lagi la rumit nak recover kan. Eh AIDS memang takleh recover pun. Haha! Ape yang aku merepk ni tah. Ok tu je la aku nak cerita. Takde ape yang menarik pun sebenarnya. Haha!

Oh, dan semalam aku menerima perkhabaran pemergian seorang lagi teman seperjuangan. Innalillah.

Adios!

Back Again, Then Gone Again

Assalamu’alaikum.

Astaga. Bertahun tak update blog. Giler hape aku ni? Mesti korang ingat aku dah meninggal kan. Padan muka aku.

Sebenarnya takde apa yang best pun berlaku dalam hidup aku. Sama je macam sebelum2 ni. Sebab tu aku malas nak update blog, sebab memang benda yang sama je berlaku. Haha! What a boring life.

Cuma nak cerita satu benda nih. Sejenis good news jugak la. At least untuk aku. Sebelum puasa hari tu, macam biasa la setiap 3,4 bulan aku akan buat blood test. Cuma kali ni, blood test tu dibuat sekali dengan Viral Load test. Biasa diorang check CD4, CD8, gula, kolesterol, hati dan lain2 yang perlu. Tapi kali ni ada viral load test, so aku boleh la tau berapa jumlah virus yang ada dalam setiap 1ml darah aku ni.

Kalau masa aku mula2 didiagnos dulu, diorang buat viral load test jugak dan result aku dulu seperti dijangkakan memang agak teruk la. Kalau tak silap, dalam 20,000 copies virus HIV dalam setiap 1ml darah. Giler banyak tu. Kalau tukar jadi duit dah lama aku kaya. So untuk ujian terbaru ni, result yang keluar ialah…………………………

……………….. <20 copies/ml.

Kalau tak paham, maknanya dari 20,000 ekor virus dalam 1ml darah, sekarang tinggal kurang dari 20 ekor je untuk setiap 1ml darah. Rasa nak melonjak kegembiraan masa dapat result tu. Mujur mampu kawal macho. Tapi sebenarnya target aku ialah undetectable, iaitu bila diorang buat viral load test, diorang tak jumpa virus. Bukan sebab virus tu dah hilang, cuma jumlahnya terlalu sedikit untuk dikira. Harap2 dalam 5 tahun dapat la result camtu. Semoga aku tak culas makan ubat. Amin.

Tapi dalam masa yang sama, terdapat juga berita ada ahli2 dalam komuniti ni yang tewas terhadap virus. Sedih bila dengar khabar2 tersebut. Kenalan yang pernah jumpa masa kursus HIV kat PTF, telah menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga arwah2 tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin. Sedih lak aih.

Ok la, tu je untuk kali ni. Korang komen la banyak2, mane tau aku bersemangat nak update blog lepas baca komen2 korang. Ni pun aku update blog sebab ada notification komen masuk. Kalau tak, memang jangan harap la aku nak jenguk blog ni. Kejam tak? Haha!

Adios!

I Went Hiatus, Again.

Salam.

Adoi, lama gila tak update blog. Entah orang ingat aku dah mati kena AIDS kot. Haha! Choiiii muluttt!!

Ni pun terdetik nak update sebab dapat emel dari follower yang duk tanya khabar. Sori yer. Kadang2 busy, kadang2 memang takde idea nak tulis mende. Ni ada la idea sikit sebab aku baru balik dari ambik result SPM, errrr, result blood test lah! Blood test pada 10 Ogos 2016 dan ambik result pada 19 Ogos 2016.

Alhamdulillah, CD4 aku naik mencanak2 kot sampai 500++. Aku pun terkujat beruk makyeh bila dengar. Haha! Biasa dalam 300-400 je kan. Takde la risiko aku mati awal disebabkan virus ni. Sebab lain tu wallahu’alam. 😛

Lagi satu, masa result yang lepas (4 bulan lepas), kadar kolesterol aku agak tinggi sampai doktor tu bagi warning suruh aku jaga makan. Tapi dalam masa yang sama dia warning gak sebab berat aku agak kurang masa tu, so dia suruh makan banyak sikit. Suruh jaga makan, pastu suruh makan banyak2. Mixed message betol. Haha!

Anyway, lepas kejadian marathon warning berturut-turut tu aku start la jaga sikit makan aku. Tak banyak, sikit je. Macam aku kurangkan sikit makan makanan bergoreng, berminyak semua tu la. Bukan banyak pun aku jaga sebab aku ni suka makan. Kadang-kadang time lunch aku bedal 2 ketul ayam goreng. Hambik! Tapi lepas tu seminggu la tak makan ayam goreng. Haha! Padan muka aku.

Tapi pada result kali ni, alhamdulillah kadar kolesterol (betol ke ejaan aku ni?) aku dah jadi normal. Aku agak lega jugak la sebab aku teringat masa raya hari tu aku bedal rendang dengan lemang berkilo-kilo. Mujur takde effect sangat. Phew!

Chloesterol

Anyway, sejak beberapa appointment ni, aku dah tak jumpa dah doktor biasa aku tu. Sekarang ni mesti akan jumpa doktor berlainan setiap kali appointment. Rindu pulak aku kat dia. Tapi dia ada whatsapp bagitau dia agak sibuk dengan pesakit lain. Takpe la. Nanti kalau jumpa aku pow dia lunch habis-habisan. Haha!

Ok la guys and gals, tu je aku nak hapdet kali ni. Next time yer. Babai! Lebiu!

People please!

Salam.

Camni la k. Aku bagi emel aku kat bawah tu adalah untuk korang contact aku pasal nak tanya pengalaman side effect ke, cara aku handle tekanan ke, atau apa2 je la yang perlukan nasihat aku secara personal.

Kalau benda2 yang boleh google tu, korang google je la giler! Ni semua nak suap. Ya, agak kasar sikit, tapi tu la realitinya. Bila aku layan sikit2, makin lama makin mengada2. Benda yg simple2 boleh cari maklumat sendiri, sila klik google dan tanya. Kalau tak paham, bukak sekali google translate. Tu pun nak kena ajar.

Ni orang A tanya soalan, aku google utk cari jawapan, pastu bagi jawapan kat dia. Kalau dia google sendiri, tak perlu buang masa dia nak tunggu aku jawab emel dan tak perlu buang masa aku utk baca soalan2 merapu lepas tu google pulak utk dia. Masing2 dah besar, dah ade akal. Kalau takde akal, takkan ade nafsu dan takkan la dapat hiv, yer tak.

Kita vukan dalam zaman 90s lagi. Sekarang ni kajian2 dan info2 tentang hiv ni dah meluas dah kat dalam internet. Rajin tak rajin je utk buat research sendiri. Ya aku faham, korang baru dijangkiti, tengah stress, tapi jangan la kerap sangat nak guna ‘pity card’ tu. Grow up and move on!

Chow!

HIV+ : What To Do?

Salam.

Bagi orang-orang yang baru didiagnos HIV+, korang mesti akan rasa tak tertanggung, takut, dan yang paling teruk, bersendirian. Macam aku dulu la, masa aku mula-mula buat blog ni. Tiap-tiap hari nangis tak berlagu. Blog post pun semua sedih-sedih belaka. Haha! Tapi ingatlah yang korang bukan bersendirian. Ramai orang dan banyak bantuan dan sumber di luar sana yang boleh membantu korang dalam menempuhi hari-hari mendatang.

Satu yang kita kena tahu, menjadi seorang yang HIV+ bukanlah satu ‘hukuman mati’ macam 10, 20 tahun lepas. Kalau dulu, org dengar HIV tu macam orang Nampak malaikat maut. Tapi sekarang zaman dah berubah, dan teknologi perubatan pun dah maju.HIV boleh membawa kepada AIDS, tapi dengan menjadi HIV+, tak bermakna kita akan mendapat AIDS. Regimen-regimen ubat yang ada sekarang mampu mengekang virus HIV ke tahap maksimum, dan orang-orang yang hidup dengan HIV boleh hidup seperti biasa.

Walau bagaimanapun, didiagnos HIV+ boleh menyebabkan seseorang tu hilang punca. Kepada siapa nak mintak tolong? Nak bagitau kat siapa? Apa yang perlu aku mula-mula buat? Jadi aku akan bagi sedikit panduan kat sini.

 

Jumpa Pakar HIV/ID Physician (Infectious Disease) dengan segera.

Selepas didiagnos HIV+, ketakutan terhadap masa depan yang tiba-tiba kelam boleh membuatkan seseorang tu takut untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Tapi nasihat aku, sebaik saja didiagnos HIV+, kita kena cari seorang doktor yang berpengalaman dalam HIV (biasanya doktor dalam unit Infectious Disease), secepat mungkin. Masa aku dulu, mungkin aku bernasib baik sebab salah seorang kenalan aku ialah seorang ID Physician. Korang boleh pergi ke mana-mana hospital yang ada Infectious Disease Unit (rasanya semua hospital ada kot. Aku pun tak sure). Kat situ boleh la cakap nak jumpa doktor atau kaunselor yang ada specialty dalam HIV. Mal utu memang malu, tapi telan je la mal utu bulat2. Kita nak sihat kan.

Bila dah jumpa doktor, dia akan buat la ujian-ujian terhadap tahap sistem imunisasi, sejauh mana virus tu dah merebak, dan kesihatan tubuh kita secara keseluruhan. Lepas tu dapat la dia buat satu plan rawatan yang sesuai untuk kita.

 

Belajar Apakah Itu ‘Menjadi Seorang Yang HIV Positif’.

Information is power. Jadi banyakkan membaca dan cari ilmu tentang HIV.

  • Baca dari website-website.
  • Cari maklumat dari kerajaan dan juga NGO (Pink Triangle Foundation dll).
  • Cari maklumat tentang rawatan-rawatan HIV, tak kira la rawatan standard mahupun eksperimental. Jangan cari bomoh dah la yer.
  • Cari kenalan yang juga HIV+.
  • Cari kumpulan sokongan HIV+. Kat Facebook ade jugak support group untuk PLHIV dalam Malaysia. Tapi group tu closed group. Korang kena ada kawan yang dalam group tu untuk masukkan korang. Dalam tu macam2 info ada. Diorang siap buat perkongsian ilmu jugak sekali sekala kat pejabat Pink Triangle.

Banyak orang di luar sana boleh membantu sama ada dari segi emosi mahupun fizikal bagi menghadapi situasi HIV+ ni. Kena la cari. Kadang-kadang bukan benda yang besar pun. Benda yang kecik-kecik pun orang boleh bantu. Kawan untuk temankan pergi blood test ke, kawan yang nak mendengar luahan hati ke, apa2 je la. Yang penting kena cari, bukan hadapi semua sorang2. Contoh bantuan-bantuan :

  • Tanya doctor tentang support group yang terdekat. Tapi kalau korang rasa kes mental korang agak kronik, boleh jugak mintak doctor tu jadualkan pertemuan dengan psychologist, psychiatrist atau sesiapa yang dirasakan perlu.
  • Pergi Pink Triangle Foundation. Diorang akan sambut ko dengan tangan terbuka.

 

Lindungi Orang Lain.

Jika kita HIV+, kita boleh menjangkiti orang lain walaupun kuta tak rasa kita sakit. Jangkitan boleh berlaku dengan seks tanpa perlindungan dan juga perkongsian jarum suntikan. Lindungilah orang lain, lebih-lebih lagi orang yang kita saying dengan menggunakan kondom. Dengan cara ni, kita juga dapat melindungi diri kita dari strain virus HIV yang berlainan. Sebab kalau kita dah HIV+, kemudian kita dijangkiti pulak oleh virus HIV yang berlainan strainnya, HIV dalam badan kita akan bermutasi ala-ala X-Men dan menjadi kebal terhadap ubat. Tu sangat bahaya. Lagi satu, jangan derma darah.

Bagi wanita pula, HIV boleh tersebar kepada bayi sama ada semasa dalam kandungan, semasa melahirkan dan juga semasa menyusukan bayi. Tanya doctor anda tentang langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Dengan rawatan yang betul, jangkitan kepada bayi sekarang ni hamper mencecah 0%.

 

Ok, bagi yang nak tahu pasal Pink Triangle, boleh pergi ke website diorang (yang penuh kaler pink), kat alamat ni : http://ptfmalaysia.org/v2/

Ni antara maklumat diorang.

Address :
3rd Floor, 16-3, Jalan 13/48a
Boulevard Business Centre
Sentul Raya, 51000 Kuala Lumpur

Phone : +603 4051 3611

Opening hours :
Tuesday 2 – 5pm, 7 – 9pm
Thursday 2 – 5pm
Friday 11am – 2pm, 4 – 6pm
Saturday 11am – 1pm, 3 – 6pm

By Car:
Follow Jalan Sentul. Please drive passed the construction site of The Fennel East on your right hand side and Petron on your left. The next block on your right is the Sentul Boulevard Business Centre, where the CHCC is located. You will have to drive around the Centre to reach the CHCC.

Please turn right at the traffic lights on the corner with CIMB Bank and KFC. Stay on the right side of the road. After about 150 meters you turn right to get on the slip road. Keep right when you reach The Fennel East construction site turn again. It is easiest to find a parking place here on the side of the road. You will note the shops and restaurants on the ground floor, like Restoran Makhota on the corner. You may also note the office of the Malaysian AIDS Council. The CHCC is a few doors to the right, above Restoran Nadyla. Our Centre is on the third floor and can be reached by the elevator or the stairs.

By LRT
Stop at Sentul Timur station. Walk down Jalan Sebelas and turn left in the direction of the Sentul Boulevard Business Centre. Walk straight and keep the shops and restaurants on your right side. Walk all the way to the last block, then turn right at Restoran Mahkota on the corner and follow Jalan 13/48a. The CHCC is after 50 meters on you right hand side, above Restoran Nadyla.

By KTM Kommuter station
Stop at Sentul KTM station. Walk Jalan Haji Salleh until Jalan Sentul. You will see the Petron station on your left. Turn left and cross the road (be careful!!!) at the crossing. You have now reached the Sentul Boulevard Business Centre. Keep walking on Jalan 13/48a until you get the Malaysian AIDS Council on your left. The CHCC is a few doors further down the block, above Restoran Nadyla.

map1

 

Ok la, tu je. Chow!