False Hope

Salam.

Tadi duk scroll2 kat FB nun, ade terbaca orang share pasal satu tajuk ni. Tajuk ni adalah satu tajuk yang boleh buat aku teruja baq ang masa aku mula-mula disahkan positif dulu. Tapi tu dulu. Sekarang kalau aku jumpa tajuk-tajuk macam ni atau yang seiras dengannya, aku boleh jadi panas. Haha! Tajuknya berbunyi lebih kurang camni,

“HIV Cure Found!”, atau “HIV Cure Almost Found!”, atau Scientists Believed To Have Discovered Cure For HIV!”.

Ya, dulu masa aku mula-mula didiagnos HIV positif, masa emosi tengah tak stabil lagi tu, kalau terbaca tajuk2 macam ni sure aku akan excited. Dalam hati terfikir, “Yes, aku boleh sembuh!”. Dari situ otak terus melayang2, fikir dah tak perlu makan ubat la, tak perlu risau mati reput la dan lain-lain lagi.

Tapi tu dulu. DULU. Sekarang, kalau nampak je tajuk2 macam tu, aku automatik akan kata, “Bullshit!”. Ye la, bila dibaca artikel-artikel tu, kesemuanya hanya memberikan harapan palsu je. Akan ada unsur2 anti klimaks pada penghujung artikel seperti “Kajian ini masih lagi diteruskan dan hasil yang pasti akan ditemui dalam masa 10 tahun.” Ya, mungkin ada yang suka cerita-cerita macam ni sebab mungkin akan dianggap sebagai pemberi semangat, tapi bagi aku benda2 ni hanya penipuan. Tapi ni bagi aku la. Sebab aku ni skeptikal sikit. Kalau ada bukti dan fakta yang kukuh, baru aku akan percaya. Kalau setakat hipotesis2 semua tu, aku akan cuba abaikan.

Tapi aku tak halang pun kalau korang suka baca artikel2 macam ni, cuma nasihat aku jangan la menaruh harapan yang tinggi menggunung. Tinggi bukit sudah. Takut korang jatuh dari gunung tu nanti. Sakit. Jatuh dari bukit tak sakit sangat kot. Haha!

Adios!

3 thoughts on “False Hope

  1. Sebenarnya segala penyakit dalam dunia ni, adaaa je iklan dalam internet cakap ada penawar.
    Heii… kapitalis merata-rata.
    Eh, kau takder amik pil selain dari hospital ke?
    saja je la curious.

  2. Hehe. Mmg skrg xde cure lg. Tp kita sama2 la doa. Setiap penyakit ada ubatnya cuma x jumpa lg. InsyaAllah nanti ada le tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s