Accidentally Came Out

wrong-number-text-want-party

Salam.

Korang pernah tak terkantoi whatsapp ke, wechat ke, iaitu nak hantar ke orang lain, tapi terhantar kat orang lain? Mesti pernah kan. Aku pernah, tersilap hantar whatsapp pasal status HIV aku, dan benda ni berlaku pada aku tahun lepas. Yup, tahun lepas. Sebab apa aku cerita benda tahun lepas? Sebab aku dah lama tak update blog kan. haha! Tapi bagi aku benda ni mengubah kehidupan aku sebagai PLHIV, sekurang-kurangnya ke situasi yang lebih baik.

Ok la, aku intro dulu. Sejak tahun 2012, aku dah start couple dengan sorang lelaki ni. Kenal kat laman sosial gay tu, alaaaa, yang Grin*r tu laaaa. Jangan la buat2 tak tau. Aku letup dahi tu kang. Tapi yang tak patut, aku rahsiakan status HIV aku dari dia. Yup, dia tak tahu aku HIV+. Bukannya aku bagitau dia aku HIV-, cuma aku tak bagitau dia yang aku HIV+. Macam sama, tapi lain2 situasi tu. Haha! Dan sejak couple tu, memang kitorang ada buat hubungan luar tabii tu. Dan aku sebenarnya sangat risau kalau2 aku dah infect dia, sebab lama-kelamaan aku dah betul2 sayangkan dia. Dia jaga aku betul2. Tapi aku takut nak bagitau dia, sebab aku takut kehilangan dia.

Setiap kali aku kena pergi Hospital Seremban untuk buat blood test dengan appointment doktor, aku akan tipu dia. Aku akan kata aku pergi ofis macam biasa, padahal pukul 5 pagi aku dah gerak ke Hospital. So bila aku sampai kat Hospital Seremban dalam pukul 7.30 tu, aku akan cakap kat dia yang aku baru nak gerak ke ofis macam biasa. Dan dia percaya. Jahat kan aku? Hishhhh!!

Sampai la tahun lepas. Awal tahun lepas, aku pergi la blood test macam biasa dan pergi appointment doktor macam biasa jugak. Dan korang pun tau kan yang aku agak rapat dengan doktor aku sampai kitorang boleh whatsapp2 macam kawan2. Dah menjadi kebiasaan untuk aku whatsapp doktor aku ni tiap kali lepas appointment kalau aku tak dapat jumpa dia masa appointment tu. Sebab kadang2 aku akan jumpa doktor lain. So lepas balik rumah, aku pun whatsapp la doktor aku ni untuk bagitau perkembangan terkini blood test aku. Dalam masa yang sama, aku berwhatsapp jugak dengan BF kesayangan aku ni.

Nak dijadikan cerita, masa aku cerita pasal tahap current CD4 dan viral load tu, aku terhantar kat BF aku ni. Dan lepas tu aku sedar, dan mesej tu pun dah ‘blue tick’. Jeng jengg jenggggg!! Aku terus takut nak mesej dia, so aku tunggu je respon dia. Dalam hati aku memang dah terfikir “This is it. This is the end of our beautiful relationship.” Masa tu memang aku dah nangis dah. Haha! Cembeng!

Tak lama lepas tu, dia balas mesej tu. Aku tak ingat exactly apa yang dia tulis, tapi lebih kurang macam ni la,

“Apa pun yang awak ada, saya tak kisah. Tu semua kisah silam awak. Saya dah terima awak seadanya, dan saya masih terima awak seadanya. Jangan la risau, saya takkan tinggalkan awak sebab ni. I still love you before, and I am going to love you more from now on.”

Masa tu aku punya nangis memang tak ingat dunia dah. Sebab aku tak sangka dia masih terima aku walaupun aku ni hina. Tak sangka benda yang tersilap tu boleh jadi sesuatu yang lebih baik. Tapi sebenarnya aku memang dah plan nak bgitau dia jugak, cuma kesilapan hantar whatsapp tu dah jadi dulu. Haha! Lepas tu dia datang rumah dan aku cerita semua pasal status aku ni, dan dia pun faham. Cuma dia marah aku tipu dia setiap kali pergi hospital tu. Sejak hari tu, dia akan temankan aku ke hospital setiap kali aku buat blood test dan appointment doktor, dan aku rasa tu sesuatu yang sangat besar sebab dia kena ambil cuti, datang rumah aku, pastu kena bangun pukul 4.30 pagi dan drive 2.5 jam ke Seremban. Aku tau itu sesuatu yang susah untuk dia sebab dia kuat tido. Haha!

Dan kami masih bersama sampai sekarang…….🙂

Aku rasa ni antara sebab aku stopped blogging. Aku start blogging dulu sebab aku takde tempat nak mengadu. So semua aku luah kat blog je. Tapi sejak tahun lepas, aku dah ada tempat mengadu, dan aku mengaku, dengan adanya seseorang yang boleh kongsi benda ni boleh memberikan impak yang sangat besar pada emosi seorang PLHIV. Jadi kalau korang ada kawan yang PLHIV, tolong la bagi semangat kat dia sebab itu adalah sesuatu yang sangat2 diperlukan oleh dia.

Ok la, tu je aku nak cerita.

Adios!

7 thoughts on “Accidentally Came Out

  1. Nakal nye ko ni weh … Hahaa … All the best even aku x support G for the sake of religion , but God Knows best !!! Your story ni mencuit hati betul .. Hehe

  2. Ni dah ada tempat mengadu ke semua ni, nak bagi hint tak mau menulis sangat2 le tew…
    hoh. Ko jangan beb. Peminat ramai,nanti kitorang lari kang.

  3. such a beautiful story. bagus la dah ada teman tempat kongsi masalah dan suka duka dan tempat luahkan dan melampiaskan,er, perasaan. a friend in need is a friend indeed.

  4. hi, since you guys are having sex pls use protection to protect your bf. im sure you care about hima and don’t want him to get HIV. also, there is no shame if you have HIV. be upfront about it because it can protect others. honesty is always the best policy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s