I Went Hiatus, Again.

Salam.

Adoi, lama gila tak update blog. Entah orang ingat aku dah mati kena AIDS kot. Haha! Choiiii muluttt!!

Ni pun terdetik nak update sebab dapat emel dari follower yang duk tanya khabar. Sori yer. Kadang2 busy, kadang2 memang takde idea nak tulis mende. Ni ada la idea sikit sebab aku baru balik dari ambik result SPM, errrr, result blood test lah! Blood test pada 10 Ogos 2016 dan ambik result pada 19 Ogos 2016.

Alhamdulillah, CD4 aku naik mencanak2 kot sampai 500++. Aku pun terkujat beruk makyeh bila dengar. Haha! Biasa dalam 300-400 je kan. Takde la risiko aku mati awal disebabkan virus ni. Sebab lain tu wallahu’alam. 😛

Lagi satu, masa result yang lepas (4 bulan lepas), kadar kolesterol aku agak tinggi sampai doktor tu bagi warning suruh aku jaga makan. Tapi dalam masa yang sama dia warning gak sebab berat aku agak kurang masa tu, so dia suruh makan banyak sikit. Suruh jaga makan, pastu suruh makan banyak2. Mixed message betol. Haha!

Anyway, lepas kejadian marathon warning berturut-turut tu aku start la jaga sikit makan aku. Tak banyak, sikit je. Macam aku kurangkan sikit makan makanan bergoreng, berminyak semua tu la. Bukan banyak pun aku jaga sebab aku ni suka makan. Kadang-kadang time lunch aku bedal 2 ketul ayam goreng. Hambik! Tapi lepas tu seminggu la tak makan ayam goreng. Haha! Padan muka aku.

Tapi pada result kali ni, alhamdulillah kadar kolesterol (betol ke ejaan aku ni?) aku dah jadi normal. Aku agak lega jugak la sebab aku teringat masa raya hari tu aku bedal rendang dengan lemang berkilo-kilo. Mujur takde effect sangat. Phew!

Chloesterol

Anyway, sejak beberapa appointment ni, aku dah tak jumpa dah doktor biasa aku tu. Sekarang ni mesti akan jumpa doktor berlainan setiap kali appointment. Rindu pulak aku kat dia. Tapi dia ada whatsapp bagitau dia agak sibuk dengan pesakit lain. Takpe la. Nanti kalau jumpa aku pow dia lunch habis-habisan. Haha!

Ok la guys and gals, tu je aku nak hapdet kali ni. Next time yer. Babai! Lebiu!

6 thoughts on “I Went Hiatus, Again.

  1. Berak Darah, loss weight and rapid heart rate.
    Hi crafoc, nak btya ttg pglmn wktu ko berak darah dulu sbb aku pn baru2 ni kena jugak. Pnh x ko tya ngn dr pasal bnda ni. Darah tu merah segar bila kt lap guna tisu tndas,tp xmnitik..najis pn ok warna biasa.

    Skg ni pn aku tgh weight loss around 4kg..padahal dah tmbah food intake pe smua..lpas makan naik..lpas berak turun.pnh ko alami ni?

    N yg paling pelik..3days aftr exposure aku xperience rapid heart rate dari bln 12..smpai la skg.more than 100 perminute.n aku try link kan ni ngn hiv kt internet…tpi blm ada yg mmuaskan..but for ur info..aku ni high cholestrol..ko pnah alami ni ke?

    4urinfo, aku blum lg buat test sbb tlalu takut n xda sokongan lagi..so for now i jst took vit c n related supp to boost immune system.
    Please advise bro.thanks

    1. Berak darah – Ada gak tanya kat doc, tapi lepas hari dah ok, tak tanya dah. Doc pun dah lupa kot.
      Weight Loss – Aku memang jenis susah nak naik berat badan. Masa CD4 rendah dulu memang banyak berat turun sebab muscle wasting. Sekarang ok dah. Maintain 50kg-55kg.
      Rapid heart rate – Ni aku takde lalui pun. Mungkin sebab kolesterol ko tu kot.
      Advice – Nasihat aku, gi la buat test kalau ada risiko. Sebab kalau virus tu dah ada dalam badan, ko naikkan sistem imun badan ke tahap gunung Everest pun benda tu tetap ada.

Leave a comment