Getting Back!

Salam.

Pergh! Berzaman aku tak update blog ni, sampai ada yang sangka aku dah meninggal kot. Haha! Sori la yer. Aku pun tak tau kenapa dah lama sangat aku tak jenguk blog dan emel tu. All is good in life kot. Sekali hari ni terfikir nak jengah, ambik kau, 2000++ emel tak baca. Walaupun kebanyakan dari emel tu ialah emel2 “Tahniah, anda telah memenangi USD1,000,000”, tapi ada jugak emel2 dari kawan2 yang mintak nasihat segala. Aku mintak maaf sangat2 sebab just tinggalkan korang macam tu je.

Anyway, Jumaat lepas (8 Januari 2016) aku pegi appointment yang ke-berapa ntah. Tak terkira dah kan. Haha! Untuk makluman korang, masa appointment aku yang sebelum ni, blood test aku ada menunjukkan masalah hati. Bukan sakit hati, patah hati atau jatuh hati, tapi ada la sikit masalah kat hati tu disebabkan ubat-ubat yang aku makan tiap2 hari 2 kali tanpa henti sepanjang 5 tahun ni. Eh, 5 tahun ke? Entah la. Tak ingat.

Tapi alhamdulillah, Jumaat lepas doktor bagitau masalah hati tu dah takde. CD4 aku pun dah naik dari 418 ke 486. Memang la naik tak banyak, tapi yang penting naik. Berat badan maintain (56.1kg), tahap gula kolestrol bakteria baik lactobacilus acidophilus semua pun ok. Haha! Main belasah je aku taip kan.

Ok, berbalik kepada emel2, aku ada terima banyak emel yang bertanya khabar dan juga tanya soalan. Jadi bagi memudahkan aku menjawab soalan2 tersebut, aku akan jawab kat sini. So orang lain pun boleh baca kan. Kat personal emel tu pun aku akan reply, kot. Haha! Tengok la kalau aku rajin. Tapi aku memang jarang-jarang rajin. Kahkahkah!

Aku akan susun soalan2 yang ditanya tu dari yang latest hingga yang dari zaman batu. Antara soalan2nya berbunyi :

Soalan (Tukang tanya)
Jawapan.

Crafoc, lama tak dengar cerita. Apa khabar sekarang? (Mr สุиशांდา – Aku pun tak tau ade orang Thailand ikut blog aku. Haha!)
SALAM sahabat, saya nak tanya macam mana keadaan u sekarang, saya tgk lama u tak updated your blog, last oct 2014. hope u sihat and enjoy with your life. dari sahabat. (Nor Mohd)
Assalammualaikum, sye bce blog awk. tp dh lme xde update. awk sihat? (Noraini Omar)
Hi Crafoc, I wish you a very good and wonderful life. Its been long time you are not updating your blog. I started to miss your entry. I know maybe u are so busy with other comitment. Stay strong and keep positive in life, dont forget your medications my friend. I know u can endure this, Allah only test the fella who can take it. Assalamualaikum and salam perkenalan. (Dr. Helper Pogiz)
Salam  Crafoc. dekat setahun kau tak tulis kat blog. mana kau? apa khabar kau, bro? takkan takder cerita baru kot. (Kolo Yuji)
Asssalamualaikum. awk shat? sy ad bca ttg blog awk. tpi awk da lma tk update. last updte november 2014. sy nurse. just na tnya awk shat ke?
(Sharul Niza)
Salam crafoc. errmm sudi kiranya membalas email ni..sy tertanya tanya bagaimana keaadaan awk skrg? Sudah lama awk x menulis blog. sy rindukan penulisan awk di blog. harap awk sentiasa sihat dan tabah utk menjalani kehidupan seharian. sy pun mcm awk. plhiv yg baru. sy bangga dgn awk yg tabah utk kehidupan seharian. mmg benar hiv menyebabkan sy tertekan. tpi sy cuba jadi seperti awk. sentiasa tabah dan cekal. harap awk dpt membalas email ini. sekurang kurangnya sy tahu keaadaan awk sekarang. Miss u…. (Adnan)
Aku sihat2 je. No worries k. Lama tak berblog sebab dilanda banjir kemalasan berganda tahap kagebunshin no jutsu. Eh, Sharul Niza tu nurse lelaki ke? Mesti comel kan? Ahaksss!! *gatal lak*

Assalamualaikum. Saudara,blh x sy nk mtk no tel saudara? sbb sy btl2 stress. sy nk mtk pndapat saudara. (Noor Miezi)
Hye naj mi. saya baca blog kamu. nasib yg sama. can u provide me ur contact number? (Najmi)
Baru buat ujian darah. hiv positif. Berserabut kepala. sy dok seremban
Whatsapp 014*******. perlukan bimbingan. (Ali)
Kalo x keberatan, boley bg no whatsapp? (Khairul)
Lagi sekali aku nak mintak maaf, sebab sekarang aku dah tak dapat nak bagi no fon aku pada korang. Cukup la emel tu. Bukan apa, sebelum ni aku ada jugak gatal2 bagi no fon, tapi ramai sangat yang call dan mesej untuk meluahkan perasaan sedih dan kadang2 tu tanya soalan2 yang aku rasa tak perlu tanya. Google kan hade. So untuk mengelakkan aku yang jadi stress, elok la aku tak bagi no fon aku. Kalau ada apa2 nak tanya atau luah, boelh buat kat blog ni atau emel aku terus. Inshaa Allah aku akan balas 2 tahun kemudian. Haha! Gurau je. Untuk Ali, sebab ko kat Seremban, boleh pergi Hospital Seremban. Diorang ada sediakan kaunseling untuk orang2 yang baru didiagnos. Ada sorang kaunselor tu, aku tak ingat nama dia. Dia ok.
Hi. Salam. Aku meor 24, aku decide nak buat HIV Test, sebab aku dah jalani seks secara tak selamat dari tahun 2009 lagi, since umur aku 19 tahun. Sekarang ni aku takut kalau aku positive. Klinik tempat kita buat test tu akan inform kat family ke kalau kita positive? Dan kalau kita positive, ubat-ubat dan rawatan kita nak dapat kat mana? free atau berbayar? Harap hg boleh bantu aku. Tq weh. (Meor)
Kalau result kita positif, klinik tu hanya akan inform pada kita sebab diorang kena jugak ikut undang2 patient secrecy. So jangan risau k. Rawatan dan ubat-ubatan boleh dapat dari Hospital berhampiran anda. Hehe. Macam aku, rawatan dan ubat aku dapat dari Hospital Seremban. Aku suka Hospital Seremban ni sebab sekrang sistem diorang sangat sistematik. Dan ubat-ubatan untuk 1st line HIV adalah PERCUMA. Even kalau ko masuk wad disebabkan HIV pun, ko tak perlu bayar sesen pun sebab kerajaan tanggung 100% untuk pesakit ID (Infectious Disease). Tu hospital kerajaan la. Kalau ko pegi Pantai ke, KPJ ke, memang la diorang bantai ko puluh2 ribu.
Hi, apa khabar? harap semuanya baik baik belaka. saya telah membaca blog entries anda. dan saya terkesan dng apa yg saya baca. saya cuma berharap agar kita dpt menjadi kawan dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman. (Razali Othman)
Salam, Sy ada bc blog crafoc…n rs nk berkawan ngan crafoc.if u dun mind….im hiv+ too. (Crazie)
Saya suka baca blog anda. ia bagi saya semangat. (Sweet Marry)
Salam. tersentuh baca blog awk. lebih2 ag bila awk cite sal family awk tu. apa apa pun. sy doakn kesihatan awk. jaga diri. semoga Allah permudahkan segala urusan awk. Amin (Sakinah)
Terima kasih sebab sudi baca blog picisan ni. Cewahhh!

2 thoughts on “Getting Back!

  1. Salam brooooo…
    ayoyoyo… kau tau tak, aku dah bookmark blog kau… asal buka internet je, klik blog kau. Asal klik blog kau, mesti masuk internet.
    Alaaahai… lamanya kau break. Haiiiyyaa.. haish aku tak tahu nak marah ke nak happy.
    Tapi best la crafoc. Rasa nak nangis pun ada.
    Welcome back, bro, welcome back.
    Sob,sob.
    ps: serius rindu sangat kat tulisan kau, walaupun tak tau siapa sebenarnya kau (which is okay, privacy mean to be respected)… welcome back, bro🙂

    1. Salam bro..
      ayoyoyoyo ammaaa apppaaaaaaaa!! Haha!! Sure ke ko bukak internet klik blog aku? Entah2 porno mane ko klik kan.. haha! Sori la membuatkan ko merindui diriku ini. Ahaksss!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s