Don’t Rain On My (Email) Parade

Salam.

Ini adalah post membebel.

Rasanya sebelum ni aku pernah tulis pasal orang2 yang suka tanya benda yang boleh google sendiri. Tak kira la di bahagian komen blog ni, mahupun yang email secara private. Masa tu aku membebel sebab agak geram la pasal tu kan. Tapi kali ni nak membebel pasal benda yang lebih kurang sama, tapi tak sama.

Iaitu email yang suruh aku contact mereka, dengan menyertakan no. telefon.

Aku ni sejenis yang suka privasi. Dan aku jugak sejenis orang yang ada satu fon je dan satu line je. Tu pun fon cikai2 je, iaitu S8+. So fon dan nombor tu memang aku guna untuk semua, termasuk la data2 peribadi aku. Jadi bila ada yang suruh aku whatsapp ke, SMS ke, call ke, memang sejujurnya aku memang takkan balas sebab aku memang takkan contact. No fon aku adalah sesuatu yang privasi. Aku pakai no fon yang sama dah berbelas tahun, so kalau no fon tu dah tersebar nanti susah jugak kan.

Jadi aku nak mintak maaf la banyak2 kepada yang ada bagi no fon tu. Serius aku memang takleh jeopardize privasi aku. Maaf yer.

Chow!

4 thoughts on “Don’t Rain On My (Email) Parade

  1. Salam.. i dont know your name.. dont know anythin bout you.. but what i know is that ak da baca semua entry kau dari 2009 sampai harini dalam masa sejam.. i need to get in contact with you in any way posible. and i know the fact yang kau membebel pasal privacy.. ak tak mintak no phone. Cukup layan kat email pon bole.. any medium.. ade email tak? Tak yah publish comment la. Ni untuk kau baca je

  2. Salam… bukan apa Crafoc… dalam bab macam ni, orang mungkin cari support… dan diorang lihat satu figure yg boleh looked up…kau la tu. Tapi tu la, no telefon ni bahaya sket. Bagi sana bagi sini, org trace pulak, lepas tu lagi kacau kacau…. takpe la Crafoc… nanti tahun 2050 ke, orang open sikit, ada la cara nak komunikasi private tapi mesra gitu.

Leave a comment