How HIV Works

Salam.

Kali ni aku nak tunjuk macam mana sebenarnya virus bernama HIV ni membuat onar di dalam badan mereka yang telah dijangkiti, dan macam mana kombinasi ubat yang kita ambil mampu mencegah penularan virus HIV ni. Aku akan cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya supaya senang difahami. Sebelum tu korang perlu membiasakan diri dengan terma-terma berikut :

DNA : DNA ni lebih kurang macam blue-print untuk membina sel hidup.
Enzim : Enzim ni macam pekerja untuk sesuatu sel. Tugas enzim adalah untuk menghasilkan protein baru, mengangkut bahan-bahan di sekitar sel dan macam-macam lagi.
RNA : RNA ni macam bos kepada enzim. Sel akan mengarahkan RNA untuk mengarahkan anzim buat keje. Contohnya, untuk menghasilkan protein baru, enzim akan meng’copy’ bahagian tertentu dalam DNA untuk menghasilkan RNA. RNA ni lah yang akan digunakan oleh enzim untuk mencipta protein baru tu.
Protein : Kalau nak kira dari segi pembinaan, protein ni lebih kepada batu blok yang digunakan untuk menghasilkan bangunan. Cuma protein ni digunakan untuk menghasilkan benda hidup.
Nukleus : Satu bahagian kecil dalam sel dimana semua dat-data genetic disimpan.

 

1. Attachment, Fusion and Entry (Melekat, Mencantum dan Memasuki)

1Proses ni berlaku di awal jangkitan. Virus HIV akan melekat pada sel darah putih (CD4). Permukaan HIV diselaputi protein yang sangat tertarik kepada permukaan protein CD4.

Ubat yang digunakan untuk mencegah proses ni dikumpulkan dalam kumpulan ‘Entry Inhibitors’ (Penyekat Kemasukan). Antara jenis ubat dalam kategori ni ialah:

1-1

Fungsi ubat-ubat ni ialah dengan menghasilkan protein yang akan melekat di permukaan luar CD4. Dengan ini, virus HIV tidak akan dapat melekat pada sel CD4 tersebut.

 

2. Reverse Transcription (Transkripsi Terbalik)

2Pada peringkat ni, HIV akan menggunakan enzim di dalam badannya dan juga nucleotides dalam CD4 untuk  menukarkan RNA dalam dirinya menjadi DNA agar menjadi sesuatu yang seolah-olah memang wujud di dalam genetik badan mangsa. Sel CD4 mangsa akan menganggap HIV adalah sebahagian dari tubuh lalu menggunakan DNA virus HIV untuk menghasilkan salinan virus HIV.

Ubat untuk mencegah proses ini terletak dalam kategori Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTIs), and Non-Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTIs). Antara terapi ubat dalam kategori adalah :

2-1

Fungsi ubat dalam kategori ni pula ialah menghasilkan nucleotides yang tidak sempurna. Jadi apabila HIV menggunakan nucleotides yang bermasalah ni, DNA HIV yang dihasilkan adalah tidak sempurna. Maka dengan ini, proses menghasilkan virus HIV baru dapat dihalang.

 

3. Integration (Persepaduan)

3Selepas DNA HIV siap, ianya akan diletakkan di dalam nukleus sel CD4, bersama-sama dengan DNA sel. Sejenis enzim yang dihasilkan oleh DNA HIV tersebut akan ‘menyembunyikan’ DNA HIV ni di dalam DNA sel CD4. Jadi apabila sel CD4 tu cuba menghasilkan salinan dirinya sendiri, secara tak sengaja ia akan termenghasilkan salinan virus HIV bersama.

Ubat dalam kategori ni dipanggil Integrase Inhibitors (Penyekat Persepaduan). Contoh terapi ubat :

3-1

Yang ni simple je. Ubat ni akan menghasilkan protein yang akan menghalang kemasukan DNA HIV ke dalam nukleus yang mengandungi DNA CD4.

 

4. Cutting and Assembly (Potong dan Kumpul).

4

Nama macam Kumpul Dan Menang je kan. Huhu. Ok, selepas DNA HIV berjaya di’salin’, nukleus sel akan melepaskan helaian protein HIV. Helaian ini mengandungi banyak bahagian, dan apabila dipotong dan dicantumkan, helaian ini akan membentuk virus HIV yang baru. Semasa dalam proses ni, sejenis enzim bernama ‘protease’ akan memotong helaian protein HIV yang panjang ini kepada helaian yang lebih pendek, dan mencantumkan mereka menjadi virus HIV baru.

Ubat dalam kategori ni dipanggil Protease Inhibitors (Penyekat Protease). Antara jenis terapi ubat adalah :

4-1

Fungsi ubat ni pun senang gak. Ubat ni akan mem’block’ fungsi protease, jadi proses pemotongan takkan berlaku. Tanpa pemotongan tersebut, virus HIV baru tidak dapat dihasilkan.

 

5. Budding (Pembungaan/Pelepasan)

5Ni proses terakhir sekali. Selepas virus HIV baru berjaya dihasilkan, virus-virus baru ni akan muncul dari permukaan sel CD4 seolah-olah bunga yang hendak berkembang, dan semasa dalam proses tersebut, virus HIV baru ni akan mengambil sebahagian daripada protein yang terdapat di permukaan CD4 dan protein ini akan menyelaputi virus HIV baru ini untuk perlindungan. Proses ni dah tak dapat nak halang dah. So takde la ubat kat sini.. Huhu..

Ok, aku harap korang faham dengan penjelasan aku ni. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu.🙂

Salam.

10 thoughts on “How HIV Works

  1. Salam..

    Satu Entry yang bagus..
    Bermakna, sesiapa yang dapat infection, dan dia dapat tahu lebih awal (iaitu dengan buat rutin blood test), jangka hayat dia (dgn izin Allah) akan lebih panjang sedikit dari mereka yang lewat tahu..betul x saudara?

    Saya rasa virus HIV dah ada dalam badan saya, disebabkan perubahan2 yang saya rasai dalam tubuh saya..simptom2 itu xkan hadir kalau tanpa sebarang sebab kan..

    Walaupun saya dah buat blood test untuk tempoh 3 bulan dan menunjukkan keputusan non reactive ini termasuklah ujian P24..Hati saya kuat mengatakan ada sesuatu dalam badan saya..

    Cumanya sekarang, saya akan buat blood test untuk tempoh 6 bulan, 1 tahun..
    Disebabkan sebenarnya tiada kata putus bilakah seseorang itu boleh confirm yang dia benar2 bebas dari HIV..walaupun CDC dan WHO dah tetapkan kalau 3 atau 6 bulan tu negatif, maka selamat..saya rasa sebaliknya…

    Cuma dari semasa ke semasa kita hanya mampu berdoa kpd Allah dan sentiasa melakukan kebaikan serta memohon doa2 dari orang soleh serta anak2 yatim..

    Sekian.

    1. WHO dan CDC mengatakan tempoh 6 bulan bukan atas sebab suka2 je.. Sebab tempoh 6 bulan tu adalah tempoh maksimum pengeraman virus HIV.. Jadi kalau selepas 6 bulan masih negative, maknanya memang bebas dari HIV.. Jgn risau sgt k..

  2. Waa…lama jugak aku tak masuk blog kau. Masa tu kau pakai background hitam…Aiyoo….sedih la aku baca dengan background hitam tu. Aku pun off kejap, sedih ala ala dark gitu. Laaaama lepas tu, masuk balik…waaaa! Macam ni la bro! Terang seh…..!
    Okay bro…..stay strong! Kau memang best!

  3. Ada odha detect 2@3tahun kena bt rwtn haart dah sebab cd4 jatuh merudum(-300),ada odha saya dgr berbelas tahun masih ok,cd4 maintain paras tinggi,masih blm rawatan haart.kenapa dan kerana apa mereka jd begitu,virus mereka malas bt keje ke hinggakan mereka sihat sentiasa.ada yg saya dgr Doktor pun masih tak galakkan mrk mkn ubat lg.

    1. Mgkn sbb mereka mengamalkan cara hidup yg sihat dr segi pemakanan dan senaman.. Mgkn juga mereka masih di peringkat awal jangkitan, jd CD4 masih tinggi.. Mcm saya, saya hanya mula HAART selepas 4 tahun disahkan positif..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s