HIV+ : What To Do?

Salam.

Bagi orang-orang yang baru didiagnos HIV+, korang mesti akan rasa tak tertanggung, takut, dan yang paling teruk, bersendirian. Macam aku dulu la, masa aku mula-mula buat blog ni. Tiap-tiap hari nangis tak berlagu. Blog post pun semua sedih-sedih belaka. Haha! Tapi ingatlah yang korang bukan bersendirian. Ramai orang dan banyak bantuan dan sumber di luar sana yang boleh membantu korang dalam menempuhi hari-hari mendatang.

Satu yang kita kena tahu, menjadi seorang yang HIV+ bukanlah satu ‘hukuman mati’ macam 10, 20 tahun lepas. Kalau dulu, org dengar HIV tu macam orang Nampak malaikat maut. Tapi sekarang zaman dah berubah, dan teknologi perubatan pun dah maju.HIV boleh membawa kepada AIDS, tapi dengan menjadi HIV+, tak bermakna kita akan mendapat AIDS. Regimen-regimen ubat yang ada sekarang mampu mengekang virus HIV ke tahap maksimum, dan orang-orang yang hidup dengan HIV boleh hidup seperti biasa.

Walau bagaimanapun, didiagnos HIV+ boleh menyebabkan seseorang tu hilang punca. Kepada siapa nak mintak tolong? Nak bagitau kat siapa? Apa yang perlu aku mula-mula buat? Jadi aku akan bagi sedikit panduan kat sini.

 

Jumpa Pakar HIV/ID Physician (Infectious Disease) dengan segera.

Selepas didiagnos HIV+, ketakutan terhadap masa depan yang tiba-tiba kelam boleh membuatkan seseorang tu takut untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Tapi nasihat aku, sebaik saja didiagnos HIV+, kita kena cari seorang doktor yang berpengalaman dalam HIV (biasanya doktor dalam unit Infectious Disease), secepat mungkin. Masa aku dulu, mungkin aku bernasib baik sebab salah seorang kenalan aku ialah seorang ID Physician. Korang boleh pergi ke mana-mana hospital yang ada Infectious Disease Unit (rasanya semua hospital ada kot. Aku pun tak sure). Kat situ boleh la cakap nak jumpa doktor atau kaunselor yang ada specialty dalam HIV. Mal utu memang malu, tapi telan je la mal utu bulat2. Kita nak sihat kan.

Bila dah jumpa doktor, dia akan buat la ujian-ujian terhadap tahap sistem imunisasi, sejauh mana virus tu dah merebak, dan kesihatan tubuh kita secara keseluruhan. Lepas tu dapat la dia buat satu plan rawatan yang sesuai untuk kita.

 

Belajar Apakah Itu ‘Menjadi Seorang Yang HIV Positif’.

Information is power. Jadi banyakkan membaca dan cari ilmu tentang HIV.

  • Baca dari website-website.
  • Cari maklumat dari kerajaan dan juga NGO (Pink Triangle Foundation dll).
  • Cari maklumat tentang rawatan-rawatan HIV, tak kira la rawatan standard mahupun eksperimental. Jangan cari bomoh dah la yer.
  • Cari kenalan yang juga HIV+.
  • Cari kumpulan sokongan HIV+. Kat Facebook ade jugak support group untuk PLHIV dalam Malaysia. Tapi group tu closed group. Korang kena ada kawan yang dalam group tu untuk masukkan korang. Dalam tu macam2 info ada. Diorang siap buat perkongsian ilmu jugak sekali sekala kat pejabat Pink Triangle.

Banyak orang di luar sana boleh membantu sama ada dari segi emosi mahupun fizikal bagi menghadapi situasi HIV+ ni. Kena la cari. Kadang-kadang bukan benda yang besar pun. Benda yang kecik-kecik pun orang boleh bantu. Kawan untuk temankan pergi blood test ke, kawan yang nak mendengar luahan hati ke, apa2 je la. Yang penting kena cari, bukan hadapi semua sorang2. Contoh bantuan-bantuan :

  • Tanya doctor tentang support group yang terdekat. Tapi kalau korang rasa kes mental korang agak kronik, boleh jugak mintak doctor tu jadualkan pertemuan dengan psychologist, psychiatrist atau sesiapa yang dirasakan perlu.
  • Pergi Pink Triangle Foundation. Diorang akan sambut ko dengan tangan terbuka.

 

Lindungi Orang Lain.

Jika kita HIV+, kita boleh menjangkiti orang lain walaupun kuta tak rasa kita sakit. Jangkitan boleh berlaku dengan seks tanpa perlindungan dan juga perkongsian jarum suntikan. Lindungilah orang lain, lebih-lebih lagi orang yang kita saying dengan menggunakan kondom. Dengan cara ni, kita juga dapat melindungi diri kita dari strain virus HIV yang berlainan. Sebab kalau kita dah HIV+, kemudian kita dijangkiti pulak oleh virus HIV yang berlainan strainnya, HIV dalam badan kita akan bermutasi ala-ala X-Men dan menjadi kebal terhadap ubat. Tu sangat bahaya. Lagi satu, jangan derma darah.

Bagi wanita pula, HIV boleh tersebar kepada bayi sama ada semasa dalam kandungan, semasa melahirkan dan juga semasa menyusukan bayi. Tanya doctor anda tentang langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Dengan rawatan yang betul, jangkitan kepada bayi sekarang ni hamper mencecah 0%.

 

Ok, bagi yang nak tahu pasal Pink Triangle, boleh pergi ke website diorang (yang penuh kaler pink), kat alamat ni : http://ptfmalaysia.org/v2/

Ni antara maklumat diorang.

Address :
3rd Floor, 16-3, Jalan 13/48a
Boulevard Business Centre
Sentul Raya, 51000 Kuala Lumpur

Phone : +603 4051 3611

Opening hours :
Tuesday 2 – 5pm, 7 – 9pm
Thursday 2 – 5pm
Friday 11am – 2pm, 4 – 6pm
Saturday 11am – 1pm, 3 – 6pm

By Car:
Follow Jalan Sentul. Please drive passed the construction site of The Fennel East on your right hand side and Petron on your left. The next block on your right is the Sentul Boulevard Business Centre, where the CHCC is located. You will have to drive around the Centre to reach the CHCC.

Please turn right at the traffic lights on the corner with CIMB Bank and KFC. Stay on the right side of the road. After about 150 meters you turn right to get on the slip road. Keep right when you reach The Fennel East construction site turn again. It is easiest to find a parking place here on the side of the road. You will note the shops and restaurants on the ground floor, like Restoran Makhota on the corner. You may also note the office of the Malaysian AIDS Council. The CHCC is a few doors to the right, above Restoran Nadyla. Our Centre is on the third floor and can be reached by the elevator or the stairs.

By LRT
Stop at Sentul Timur station. Walk down Jalan Sebelas and turn left in the direction of the Sentul Boulevard Business Centre. Walk straight and keep the shops and restaurants on your right side. Walk all the way to the last block, then turn right at Restoran Mahkota on the corner and follow Jalan 13/48a. The CHCC is after 50 meters on you right hand side, above Restoran Nadyla.

By KTM Kommuter station
Stop at Sentul KTM station. Walk Jalan Haji Salleh until Jalan Sentul. You will see the Petron station on your left. Turn left and cross the road (be careful!!!) at the crossing. You have now reached the Sentul Boulevard Business Centre. Keep walking on Jalan 13/48a until you get the Malaysian AIDS Council on your left. The CHCC is a few doors further down the block, above Restoran Nadyla.

map1

 

Ok la, tu je. Chow!

14 thoughts on “HIV+ : What To Do?

  1. Best… perkongsian yg bermanafaat bro…
    masa kau mula2 dapat result tu… siapa yg beri kau guide semua ni…?
    Kau test di BP clinic kan..
    diorang beri result je kan… ke ada kaunselor ke..Pr ke…
    lepas di BP tu, kau kena pegi hospital pulak kan…
    hoh. Banyak kan lah, sorry.

    bab virus mutation tu…ha… macam orang tak tauu je..
    lain orang, lain jenis virusnya, lain reaction badan kita dengan virus ye tuan puan…

    1. Takde yang bagi guide bro. Semua kena lenjan sendiri. Pergi hospital, tanya kat mana nak dapatkan nasihat dan rawatan dan lain2. Tak boleh malu2. Nanti diorang akan set appointment semua.

  2. Salam Crafoc,

    Saya AI, awal tahun 2016 disahkan positif virus comel ni, bulan march start treament sbb cd4 288 je, tapi bertuah sikit sebab takda sakit menyerang, dan dan tuh jugak doktor bg ubat kecik kuning dgn biru. Btw saya firstime baca blog ni 12/4/2016 pukul 10:06pm ni, saja baring atas katil cari info pasal virus cinta ni. Jumpa blog ni, saya ada baca yg skrg awak makan ubat dua kali sehari, itu da second line punya ke? Saya baru sebulan start doktor bg yg sekali ja sehari.

    Btw selain sini crafoc ada alamat email yg boleh dihubungi?

    Terima kasih,
    A.I

    1. Salam.

      Alhamduillah takde sakit apa2. FYI, ubat yg saya makan ni ubat 1st line. Memang ada jenis 1st yg makan sekali dan dua kali. Bergantung pada tahap virus dan juga tahap tubuh mengatasi side effect.

  3. hi saya nak tnya..sy disahkan trkena penyakit STD..dan kini risau dijangkiti HIV…sy nk tnya apa2 tanda2 awal trjangkit HIV…kini sdg tuggu result buat smpel darah…

Leave a comment