Long-Lost Smile

Salam…

Sebenarnya pada mulanya aku langsung takde idea untuk update apa-apa entry hari ni. Tapi tup-tup, pada jam 9 tadi, aku menerima satu panggilan hangit hangat hangus mengejutkan dari seseorang yang aku baru kenal… Ok laaaaaa.. Biar aku cerita dari awal supaya korang tahu hujung pangkal…

Pada 4 September yang lepas, aku ada menerima sebuah emel dari salah seorang pembaca blog aku. Pembaca tu aku akan panggil sebagai ‘R’. Emelnya berbunyi begini…

********************************************************************************

Assalamuailaikumm.. Selamat Hari Raya..

Apa khabar Crafoc..

Saya ‘R’, 27 tahun dan bujang dari Pulau Siput (bukan tempat sebenar.. Nama Pulau Siput adalah cadangan beliau sendiri..).. Saya tengah dalam dilema sekarang ni. Saya ada buat test darah kat klinik swasta di Pulau Siput Sedut kelmarin, dan hari Selasa ni (hari ni) baru leh dpt result.. Huhuhu..

Saya ni bukan gay, bukan pengamal sex bebas dan bukan penagih dadah. Cuma tersilap langkah dirumah urut… Bala betul perempuan tu.. Kejadian ni berlaku 3 bulan lalu la, dan saya pun bukan nk sangat benda (seks) tu.. Kalau saya nak, lebih baik saya pergi pusat pelacuran je.. Nak dipendekkan cerita, saya terbabas (terlanjur) dengan perempuan (tukang urut) tu tanpa kondom.. Bila nafsu tak dapat dikawal, terpengaruh dengan bisikan syaitan lagi……

Dan itulah pertama kali dan terakhir saya berzina.. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini…..

Cuma nak berkongsi cerita dan pengalaman je.. Entah la, tapi dalam 2 minggu selepas kejadian tu, saya demam selsema, dan sembuh selepas 5 hari. Selang 3 ari datang demam selsema lagi, pastu dalam seminggu baru sembuh. Lepas tu terasa dada sukar bernafas, mimpi yang menakutkan, kulit rasa berpijar macam terbakar je satu badan sampai kaki dan sakit kepala yang agak lama. Sekarang ni dah ok sikit, cuma ada bintik2 merah kat kulit tangan, kaki dan badan.. Kat tapak kaki pun ada….. Dapat AIDS ke aku ni??

Badan saudara ada tak bintik2 merah mcm saya ni??

Sekian..

********************************************************************************

Kemudian Aku reply dengan sedikit ayat-ayat positif, supaya si ‘R’ ni tak stress sangat.. Tapi macam tak berjaya sebab aku terima lagi satu emel dari dia….

********************************************************************************

Assalamualaikumm…

Sihat ke bro?

Terima kasih la sebab reply email sebelum ni.. Saya berserah je lah esok bro, sama ada saya HIV+ atau HIV-… Untuk pengetahuan bro, saya dah 3 bulan la lebih kurang berkunjung ke blog saudara ni dengan blog AHP.. Boleh dikatakan hari2, cuma tak pandai nk komen ape2..

Selepas terlajak (terlanjur) tu saya risau giler bro… “Kalau aku + apa aku nak buat?…” Rupa2nya kalau + pun masih ada peluang hidup lagi.. Tapi masalahnye bro saya duduk serumah dengan family kat kampung Pulau Siput ni… Mak ayah dah tak ada, tinggal kami adik-beradik je… Kat Pulau Siput ni kami 5 beradik, yang 2 tinggal luar dari kampung ni, manakala ssya dan abang je tinggal di rumah pusaka ni… Yang 3 lagi tinggal di tempat lain sebab dah kawin.. Dan saya yang bongsu skali… Saudara-mara ramai, kawan2, maklumlah duduk kampung.. Tempat keje pun dekat jugak, tempat lepak ngan kengkawan pun depan rumah je…

2 minggu selepas kejadian tu pulak ada ura2 makcik saya nak jodohkan anak pompuan dia ngan saya ,tapi sampai sekarang dia diam je… Ok la tu kot… Raya hari tu pun saya tak pergi rumah dia.. Serba salah.. Takut pulak akan datang kalau sy + entah sampai bila je saya boleh simpan rahsia ni.. Kalau diorang tahu mau saya kena halau dari pulau ni.. Ya Allah permudahkan la segala urusan ku…

Bro bintik2 merah ni lain macam la.. Bila dah hilang bintik merah tu, dia jadi hitam pulak… huhuhu…

Bro!! Jangan pikir masalah saya ni.. Just kongsi.. huhu.. takde sesape yang saya nk kongsi…

********************************************************************************

Dan lepas tu aku reply, dan dia bagi lagi satu emel..

********************************************************************************

Assalamualaikumm

Hari ni rasa tak sedap badan sikit la bro.. InsyaAllah petang ni dpt result darah tu… Terima kasih byk2 bro sebab siap bagi no phone lg.. Dah makan ke bro? Nak blanje jauh pulak.. Takpe satu hari kita jumpe, saya blanje mkn.. Ok bro ape2 hal nanti saya bgtau la ye.. Assalamualaikum.

********************************************************************************

Sori la sebab korang terpaksa baca panjang berjela.. huhu.. Tapi kalau aku tak bagi emel tu, macam mana korang nak faham kan… So diringkaskan cerita, si ‘R’ ni dah terlanjur dengan seorang tukang urut 3 bulan lepas, dan sejak tu dia diselubungi rasa takut yang teramat sangat, kot2 dia dapat HIV dari pompuan tu.. So sekarang selepas 3 bulan, dia buat blood test….

Dan kat sini la yang aku nak citer ni.. Tadi, si ‘R’ ni call aku.. Dia call sebab nak bagitau result blood test dia.. Masa dia call nak bagitau tu, aku yang pada mulanya tengah melangkah dari kereta menuju ke rumah, terus memberhentikan langkah aku.. Sebab dengan aku sekali nervous.. Aku dengar intonasi dia yang agak sedih, so dalam hati aku berharap sangat yang dia tak positif HIV… Akhirnya, dia memberitahu yang dia……….. NEGATIF…

Betapa leganya aku rasa mase tu… Macam aku lak yang buat blood test.. Aku betul2 bersyukur sebab dia negatif.. Dari emel dan dengar suara dia, aku tau yang si ‘R’ ni seorang budak yang baik.. Sopan je.. Dan aku kesian sebab sejak 3 bulan yang lepas, dia hidup dalam ketakutan dan rasa rendah diri.. Aku faham apa yang dia lalui tu, sebab aku pun pernah melalui benda yang sama.. Alhamdulillah, dia tak perlu melalui lagi pahit maung seorang yang HIV+..

Kepada ‘R’, dah la yer.. Jangan stress lagi.. Tu yang buat ko sakit kepala tu.. Sekarang beban dah hilang, so bersyukurlah pada Allah sebab ko diberi peluang kedua, yang mana kami tak dapat…. Hargailah ia ok.. Dan aku pegang janji ko nak belanja aku makan!!! Hahahaha!!!!

13 thoughts on “Long-Lost Smile

  1. Komen berikut diedit sebab untuk kerahsiaan pengomen..πŸ™‚

    salam, boleh bagi email x?aku nk tanya something ngn ko..sbb hr tu aku wt medical check up..Dr. tu ckp aku hiv positif..nak tau la mcm mana ko berhadapan dgn Dr masa wt check up seterusnya..ni email aku &^$%^%^&^$#$^%…hiv aku ni aku lom confirm lg sbb kena test lg..tp aku tak berani lg..email tu mmg mmg official aku..so, pls keep secret..kn ramai plak tahu..hehe..thanks ek..harap leh jd kawan.ko jgn

    1. to en karakos, aku reply sama mcm aku reply kat emel k.. Bkn pe, mana tau dapat membantu pembaca lain..πŸ™‚

      Salam.. Nak tanya, komen ko tu memang sampai situ je ke? mcm ade ko nak taip lagi je.. huhu..

      Anyway, thanks sbb sudi baca blog aku.. Pasal soalan ko tu, aku sebenarnya beruntung sebab dapat doktor yg sgt memahami.. Dia takde pandang serong pun, malah dia sangat membantu aku dari segi emosi.. Aku rasa ko tak perlu risau pasal doktor.. Doktor spesialist HIV ni diorang banyak ilmu, so diorang takkan bersikap judgemental terhadap pesakit.. Aku nasihatkan, ko cari kat internet info pasal hospital terdekat, dan cari doktor specialist dalam ID (Infectious Disease).. Then just pergi ke hospital tu dan buat appointment ngan doktor tu.. So ko tak perlu nak berhadapan ngan kaunter dan tanya nak jumpa doktor HIV..πŸ™‚

      Harap dapat membantu ko..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s