Ridiculous HIV Cure?

Salam.

Masa aku membaca blog2 pagi tadi, aku terbaca satu berita ni :

Benarkah Minum Air Mayat Dapat Ubati HIV?

Petikan berita :

KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

 


“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

 Komen aku (Daya berfikir agak terganggu sket ngan lagu raya yang dipasang dengan kuat kat opis ni, oleh aku sendiri. Haha!!):

Sebenarnya aku mengaku, masa aku mula-mula didiagnos dengan HIV ni, aku gigih mencari kat internet tentang mereka-mereka yang berjaya sembuh dari HIV, tak kira la melalui perubatan moden mahupun tradisional. memang banyak yang aku jumpa, mereka yang ‘kononnya’ sembuh dari HIV. Tapi lepas dibaca secara serius, bukanlah mereka tu sembuh, cuma virus dalam badan mereka jatuh ke paras yang tidak dapat dikesan (sama seperti kesan HAART).

Aku jugak gigih mencari cerita-cerita tentang penemuan ubat yang berjaya menyembuhkan pesakit HIV. Banyak jugak cerita pasal penemuan ubat yang hampir berjaya menyembuhkan pesakit HIV, tapi seperti yang aku kata, HAMPIR. Semuanya gagal diakhirnya, dan aku semakin lama semakin kecewa. Akhirnya, aku percaya yang HIV setakat ini masih tiada ubatnya…..

Bila terbaca berita kat atas tu, aku tak sure sama ada nak gelak atau nak menangis sebab tak sangka ada juga manusia yang sangat bodoh untuk mempercayai yang HIV boleh diubati, malah lebih teruk lagi, diubati dengan meminum air mandian mayat/jenazah!

Sebenarnya sebelum ni memang banyak cerita pasal orang-orang yang bertindak menjangkau pemikiran manusia dalam menyembuhkan penyakit seperti air basuh kaki mampu mengubat kanser, makan benda-benda menjijikkan dan lain2, tapi kali ni aku masukkan dalam blog sebab ada kaitan dengan HIV. Aku pelik la macam mana manusia yang cukup sifat akalnya, mampu untuk melakukan sesuatu yang kalau kita fikir secara logik, memang tak masuk dek akal. Bukan orang-orang biasa lak tu. Berpelajaran tinggi menggunung.

Kenapa agaknya kebodohan-kebodohan seperti ini berlaku? Sebenarnya kita tak boleh nak salahkan mereka, tapi untuk memahami situasi ini, kita perlu meletakkan diri kita di dalam keadaan mereka. Kerana mereka terdesak. Dalam keadaan terdesak, manusia sanggup melakukan apa saja. Orang yang sedang dikejar babi hutan mungkin sanggup terjun ke dalam longkang najis untuk melarikan diri. Seorang ibu mungkin sanggup meredah api untuk menyelamatkan anaknya. Seorang yang mempunyai PhD mungkin sanggup meminum air mandian mayat untuk mengubati HIVnya. Dalam keadaan terdesak, manusia akan menjangkaui batas-batas kemanusiaan. Bila terfikir masa aku mula-ula didiagnos HIV+ dulu, aku pernah terfikir untuk membunuh diri. Lagi teruk kan……

Jadi janganlah kita terlalu cepat menghakimi mereka ini. Memang betul apa yang mereka lakukan itu sangat menjijikkan, tapi bagi mereka, itulah satu ikhtiar. sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit harapan. (Note : aku bukan nak galakkan usaha meminum air mandian mayat yer.)

Bye.

6 thoughts on “Ridiculous HIV Cure?

  1. assalamualaikum,
    hahaha… suka baca entry ni.
    ada baca metro tu siang tadi tapi saya abaikan saja.
    tak terfikir buat entry camni. menarik juga.
    setuju dgn semua pendapat sahabat.

  2. Byk perkara2 pelik berlaku sekarang ni..baru lepas tonton “the rise of the planet of the apes”, pun pelik juga! The chimpanzi did say “caeser was home”. OMG 🙂 selingan saja..

  3. dia berikhtiar tu suatu tindakan yang boleh dipuji. Cuma cara dia berikhtiar tu agak eksotik la. ha ha. so crafoc, mcm mana pula ya dengan kesah cicak tokek yang boleh menyembuhkan sakit tu? dengar cerita mufti plak dah haramkan. ada tau apa cerita tak?

    1. yg pasal cicak tu pun satu hal gak.. dikhabarkan ia mampu mengubati HIV dan AIDS, tapi semua tu hanya khabar2 angin yang tak langsung disertai bukti2 kukuh. Tapi pasal air liurnya yg berkhasiat tu mmg betul, sebab air liurnya sama mcm air liur burung walit.. Yang pasal haram tu, ada gak terbaca yang hukum makan cicak utk PERUBATAN adalah MAKRUH.. cicak sebenarnya haiwan yang haram dimakan sebab ada dalil utk membunuh cicak. tapi sesuatu yang HARAM, jika sebagai ubat, menjadi MAKRUH..

Leave a comment