Sincerely Acquainted…

Salam.

Alhamdulillah, sebagai seorang hamba kerajaan (government servant), aku menerima bonus untuk raya. Walaupun tak banyak (RM500 je), tapi boleh la digunakan untuk beli baju sehelai dua. Dan sebab dah ada duit lebih sket, so boleh la aku menghadiri majlis berbuka puasa yang dibuat oleh kawan2 aku kat KL nun..🙂

Majlis tu simple2 je. Majlis tu akan diadakan Sabtu ni (20 Ogos 2011). Kitorang plan untuk beli makanan kat bazar, lepas tu cari satu kedai untuk lepak makan. Just untuk berborak2 je sebab aku pun sekarang dah jarang2 turun KL. Rindu kat kawan2.. Tapi bukan tu yang aku nak cerita kat sini….

Sejak aku buat blog HIV ni dan buat profile HIV+ kat Planet Romeo, aku akuui yang aku dapat jumpa kawan2 baru yang bukan saja bersimpati terhadap keadaan aku, malah sanggup menerima aku sebagai kawan. Dan salah seorang dari kawan2 baru ni dah ajak aku untuk berbuka dengan dia pada hari Isnin ni (22 Ogos 2011). Oleh kerana aku memang dah apply cuti Isnin tu, so boleh la aku nak jumpa kawan baru ni. Agak segan gak sebab dia sudi nak jumpa aku. Huhu..

Tapi aku bersyukur sebab dengan keadaan aku macam ni, barulah aku nampak insan2 terpilih yang sangat baik hati yang sanggup berkawan dengan mereka2 yang kurang bernasib baik. Terutamanya kawan2 kat blog ni. Aku sayang korang tau!!! Sayang sangat!!🙂

Ok lah, tu je yang aku nak update.. So kalau ade lagi kawan2 kat sini yang nak jumpa aku sepanjang aku berada kat KL 3 hari tu nanti, bagitau la yer. Tapi jangan la mintak aku belanja makan kat tempat mahal2 ke apa. Aku ni tak berapa nak mampu. Huhu..

Bye..

11 thoughts on “Sincerely Acquainted…

  1. Alhamdulillah.. Haaa dah dapat bonus tu jgn lupa kat mak pulak.. Hehehe

    Good to know that you’re being positive. Macam ni la… Baru la cepat sihat dan kuat (macam iklan milo dah)..

    Pape pun, kitorang sentiasa ada untuk support sesama manusia..🙂

  2. Hi bro, selamat berbuka puasa di kl.. Alhamdulillah u got bonus already! May ur raya will be wonderful to u n ur family.
    Bazaar ramadhan dekat kelana jaya best! Variety of food! Near to makan2 place also..promote nih! Anyway u r from seremban kan.. I will be back to seremban 2 for hari raya!
    Sama2lah kita bersolat di masjid seremban! Hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s