Secret Stash

Salam.

Aku kat kampung ni. Kat mana kampung aku? Takkan la aku nak bagitau korang kan. Kang tak pasal2 korang ramai2 datang rumah aku time raya. *puiiiiiiiii perasannnnn

Haha! Gurau je. Saje je aku balik kampung. Memang tiap2 kali lepas gaji, aku akan balik kampung hulur duit kat mak aku. Tak banyak pun. Setakat yang termampu. BR1M pun dah tak layak nak dapat tahun ni sebab gaji kasar aku dah melebihi 2k. Hampeh betul. Patutnya kira la ikut gaji bersih. Ni gaji kasar, komfem la termasuk elaun2 perumahan dan cola yang sah2 aku tak dapat sebab duduk kuartes. Kalau macam tahun lepas, aku bagi je semua duit BR1M tu kat mak aku. Tahun ni tak dapat lak nak bagi. Takpe la, dah bukan rezeki.

Anyway, aku bukan nak cerita pasal BR1M la. Haha! Tu dah ramai para cerdik pandai dah cerita. Tapi aku nak cerita pasal ubat.

Korang tau kan aku kena makan ubat HAART tu 2 kali sehari tiap2 hari tanpa henti. Sekarang ni, lepas bertahun makan ubat, alhamdulillah aku dah jarang miss makan ubat. Dah lebih setahun kot aku tak miss makan. Cuma kadang2 lewat makan je sikit. Tu pun lewat dalam setengah jam gitu. Tak macam dulu, ada yang lewat 3 jam. Suka hati aku je kan nak lewat2. Haha!

Masa aku mula2 start HAART dulu, ada jugak aku miss makan. *(eh jap, alarm HAART aku berbunyik. Nak makan ubat jap.)…. Ok sambung balik. Dulu aku kadang2 termiss makan tu bukan sebab aku saja2 suka2 taknak makan, tapi sebab terlupa. Dan antara sebab aku terlupa ialah bila aku balik kampung. Dulu pernah aku balik kampung, tapi terlupa bawak ubat. Bayangkan, time alarm berbunyi baru aku sedar aku tak bawak ubat. Mase tu jugak kena bergegas balik rumah yang sejam jauhnya tu utk makan ubat. Kadang2 aku balik rumah terus je, tak balik kampung balik. Penat weh nak ulang-alik. Duit minyak lagi. Dah la time tu aku agak miskin. Nak makan pun tak mampu, lagi la nak isi mintak banyak2 kali. Jangan harap.

Tapi sejak berlakunya peristiwa2 terlupa bawak ubat balik kampung tu, aku dah ada cara untuk atasi masalah tu. Sekarang ni, setiap kali aku balik kampung, aku akan asingkan ubat dalam 5 portion (10 bijik) dan simpan kat tempat rahsia kat dalam bilik aku kat kampung. Setiap kali balik kampung, aku akan makan ubat yang aku simpan tu (tak makan rugi sebab dia ada expiry date) dan ganti dengan ubat baru. Jadi dengan cara ni, in case kalau aku terlupa bawak balik ubat, sekurang-kurangnya aku ada bekalan ubat untuk 2 hari setengah. Jadi tak perlu la aku nak kena balik rumah semata2 untuk makan ubat kan. Haha! Bijak tak aku? Bijak kan. Ya, aku memang bijak. Haha!

So kepada korang yang makan ubat HAART tu, boleh la praktikkan cara ni, kalau korang jenis balik kampung sebulan sekali macam aku. Kalau korang balik 6 bulan sekali, macam tak praktikal pulak sebab takut ubat2 tu dah expired.

Ok tu je aku nak kongsi. Nak sambung tengok tv. *bosan sebab kat kampung takde astro*

Adios!

I Need You!

Salam.

Aku sebenarnya taknak la buat blog ni macam diari. Kalau boleh aku nak post tentang sesuatu yang korang rasa boleh bagi manfaat pada korang dan orang lain. Tapi masalahnya, aku tak tau nak post pasal apa. Haha!

Cuba korang bagi idea sikit pasal benda2 yang aku boleh kupas. Ape2 je la. Boleh aku buat research dan kita bincang sama2.

Aku tunggu yer idea korang. Hehehe~~

The More The Merrier

Salam.

Baru-baru ni (takde la baru sangat, September 2015 kot), doktor yang handle kes aku kat Hospital Seremban tu ada whatsapp aku. Katanya, setakat ni dah beberapa pesakit baru yang daftar kat Hospital Seremban jumpa dia dan mention blog aku. Dia kata diorang datang hospital sebab baca blog aku. Oh, pesakit baru ni antaranya :

  • HIV+ yang baru diagnos
  • HIV+ yang dah lama diagnos tapi baru nak start treatment
  • Tak tau status HIV tapi ada simptom
  • Taak tau status HIV tapi nak tau

Antara perbualan aku dengan doktor :

The Doc

Aku sebenarnya suka dengar berita ni, sebab sedikit sebanyak blog aku ni dapat membantu kawan-kawan senasib yang sebelum ni tak tau nak pergi mana atau perlu buat apa. Cuma satu yang aku mintak, jangan buat drama sangat la yer. Haha!

Adios!

Accidentally Came Out

wrong-number-text-want-party

Salam.

Korang pernah tak terkantoi whatsapp ke, wechat ke, iaitu nak hantar ke orang lain, tapi terhantar kat orang lain? Mesti pernah kan. Aku pernah, tersilap hantar whatsapp pasal status HIV aku, dan benda ni berlaku pada aku tahun lepas. Yup, tahun lepas. Sebab apa aku cerita benda tahun lepas? Sebab aku dah lama tak update blog kan. haha! Tapi bagi aku benda ni mengubah kehidupan aku sebagai PLHIV, sekurang-kurangnya ke situasi yang lebih baik.

Ok la, aku intro dulu. Sejak tahun 2012, aku dah start couple dengan sorang lelaki ni. Kenal kat laman sosial gay tu, alaaaa, yang Grin*r tu laaaa. Jangan la buat2 tak tau. Aku letup dahi tu kang. Tapi yang tak patut, aku rahsiakan status HIV aku dari dia. Yup, dia tak tahu aku HIV+. Bukannya aku bagitau dia aku HIV-, cuma aku tak bagitau dia yang aku HIV+. Macam sama, tapi lain2 situasi tu. Haha! Dan sejak couple tu, memang kitorang ada buat hubungan luar tabii tu. Dan aku sebenarnya sangat risau kalau2 aku dah infect dia, sebab lama-kelamaan aku dah betul2 sayangkan dia. Dia jaga aku betul2. Tapi aku takut nak bagitau dia, sebab aku takut kehilangan dia.

Setiap kali aku kena pergi Hospital Seremban untuk buat blood test dengan appointment doktor, aku akan tipu dia. Aku akan kata aku pergi ofis macam biasa, padahal pukul 5 pagi aku dah gerak ke Hospital. So bila aku sampai kat Hospital Seremban dalam pukul 7.30 tu, aku akan cakap kat dia yang aku baru nak gerak ke ofis macam biasa. Dan dia percaya. Jahat kan aku? Hishhhh!!

Sampai la tahun lepas. Awal tahun lepas, aku pergi la blood test macam biasa dan pergi appointment doktor macam biasa jugak. Dan korang pun tau kan yang aku agak rapat dengan doktor aku sampai kitorang boleh whatsapp2 macam kawan2. Dah menjadi kebiasaan untuk aku whatsapp doktor aku ni tiap kali lepas appointment kalau aku tak dapat jumpa dia masa appointment tu. Sebab kadang2 aku akan jumpa doktor lain. So lepas balik rumah, aku pun whatsapp la doktor aku ni untuk bagitau perkembangan terkini blood test aku. Dalam masa yang sama, aku berwhatsapp jugak dengan BF kesayangan aku ni.

Nak dijadikan cerita, masa aku cerita pasal tahap current CD4 dan viral load tu, aku terhantar kat BF aku ni. Dan lepas tu aku sedar, dan mesej tu pun dah ‘blue tick’. Jeng jengg jenggggg!! Aku terus takut nak mesej dia, so aku tunggu je respon dia. Dalam hati aku memang dah terfikir “This is it. This is the end of our beautiful relationship.” Masa tu memang aku dah nangis dah. Haha! Cembeng!

Tak lama lepas tu, dia balas mesej tu. Aku tak ingat exactly apa yang dia tulis, tapi lebih kurang macam ni la,

“Apa pun yang awak ada, saya tak kisah. Tu semua kisah silam awak. Saya dah terima awak seadanya, dan saya masih terima awak seadanya. Jangan la risau, saya takkan tinggalkan awak sebab ni. I still love you before, and I am going to love you more from now on.”

Masa tu aku punya nangis memang tak ingat dunia dah. Sebab aku tak sangka dia masih terima aku walaupun aku ni hina. Tak sangka benda yang tersilap tu boleh jadi sesuatu yang lebih baik. Tapi sebenarnya aku memang dah plan nak bgitau dia jugak, cuma kesilapan hantar whatsapp tu dah jadi dulu. Haha! Lepas tu dia datang rumah dan aku cerita semua pasal status aku ni, dan dia pun faham. Cuma dia marah aku tipu dia setiap kali pergi hospital tu. Sejak hari tu, dia akan temankan aku ke hospital setiap kali aku buat blood test dan appointment doktor, dan aku rasa tu sesuatu yang sangat besar sebab dia kena ambil cuti, datang rumah aku, pastu kena bangun pukul 4.30 pagi dan drive 2.5 jam ke Seremban. Aku tau itu sesuatu yang susah untuk dia sebab dia kuat tido. Haha!

Dan kami masih bersama sampai sekarang……. 🙂

Aku rasa ni antara sebab aku stopped blogging. Aku start blogging dulu sebab aku takde tempat nak mengadu. So semua aku luah kat blog je. Tapi sejak tahun lepas, aku dah ada tempat mengadu, dan aku mengaku, dengan adanya seseorang yang boleh kongsi benda ni boleh memberikan impak yang sangat besar pada emosi seorang PLHIV. Jadi kalau korang ada kawan yang PLHIV, tolong la bagi semangat kat dia sebab itu adalah sesuatu yang sangat2 diperlukan oleh dia.

Ok la, tu je aku nak cerita.

Adios!

False Hope

Salam.

Tadi duk scroll2 kat FB nun, ade terbaca orang share pasal satu tajuk ni. Tajuk ni adalah satu tajuk yang boleh buat aku teruja baq ang masa aku mula-mula disahkan positif dulu. Tapi tu dulu. Sekarang kalau aku jumpa tajuk-tajuk macam ni atau yang seiras dengannya, aku boleh jadi panas. Haha! Tajuknya berbunyi lebih kurang camni,

“HIV Cure Found!”, atau “HIV Cure Almost Found!”, atau Scientists Believed To Have Discovered Cure For HIV!”.

Ya, dulu masa aku mula-mula didiagnos HIV positif, masa emosi tengah tak stabil lagi tu, kalau terbaca tajuk2 macam ni sure aku akan excited. Dalam hati terfikir, “Yes, aku boleh sembuh!”. Dari situ otak terus melayang2, fikir dah tak perlu makan ubat la, tak perlu risau mati reput la dan lain-lain lagi.

Tapi tu dulu. DULU. Sekarang, kalau nampak je tajuk2 macam tu, aku automatik akan kata, “Bullshit!”. Ye la, bila dibaca artikel-artikel tu, kesemuanya hanya memberikan harapan palsu je. Akan ada unsur2 anti klimaks pada penghujung artikel seperti “Kajian ini masih lagi diteruskan dan hasil yang pasti akan ditemui dalam masa 10 tahun.” Ya, mungkin ada yang suka cerita-cerita macam ni sebab mungkin akan dianggap sebagai pemberi semangat, tapi bagi aku benda2 ni hanya penipuan. Tapi ni bagi aku la. Sebab aku ni skeptikal sikit. Kalau ada bukti dan fakta yang kukuh, baru aku akan percaya. Kalau setakat hipotesis2 semua tu, aku akan cuba abaikan.

Tapi aku tak halang pun kalau korang suka baca artikel2 macam ni, cuma nasihat aku jangan la menaruh harapan yang tinggi menggunung. Tinggi bukit sudah. Takut korang jatuh dari gunung tu nanti. Sakit. Jatuh dari bukit tak sakit sangat kot. Haha!

Adios!

Another ‘Q’s and ‘A’s

Salam.

Seperti yang dinajnjikna…..err..dijanjikan laaaa.. Taip pun tak betul.. Haha!! Ok, seperti yang dijanjikan, aku akan sambung jawab soklan-soklan cepuperak dari emel2 korang. Jom!

Salam. Saya harap agar awak sentiasa sihat dan ceria selalu. Saya adalah salah seorang dr follower blog awak. Sy sentiasa menunggu update dr blog awak. Sebenarnya sy ada bbrapa soalan yg sy nk tanya awak mengenai gay.
Sebenarnya sy seorang wanita yg dh kawin. To tell the thruth, I think im married to someone who is gay. Im not sure but I think yes, he is.
Dr apa yg sy baca, there are few types of gays, is it true? Kalau bole, boleh x awak kongsikn dgn sy serba sedikit brkenaan dgn gay supaya sy dpt mengenali suami sy. Sy mohon maaf bnyk2 kalau soalan sy ni menguriskn hati awak. I dont know what to do. Im confuse. Sy dh cuba masuk dlm community gay but im scared to ask.
For ur information, my husband looks straight but he really concern about his body so much. I accept him as what he is. Sama ada dia lelaki straight or a gay, he is still my husband n father to my kids. The problem is, if let say ur my husband’s gay partner, would u ask or urge him to leave me?
Im so so sorry bcoz I asked u such stupid questions but I really need to know. Sy harap soalan sy ni x mengguris hati awak.
Thank u, thats all for now. Hope to hear ur reply. Sy akn sentiasa doakan agar awak sihat selalu agar awak dpt tgk adik bongsu awak berjaya dlm pelajaran dan jgn lupa mkn ubat. 🙂 (Rafael)
– Salam. Terima kasih sudi baca blog ni. Ok, saya cuba jawab soalan awak satu-persatu (terpaksa guna ‘saya’, hormat wanita katakan).
Soalan 1 – Few types of gay people? Yang ni saya tak sure awak nak Tanya dari segi apa. Seksualiti ke? Kalau seksualiti, ya, ada beberapa jenis mahkluk gay ni. Ada yang fully gay (macam saya), ada yang separuh gay (orang panggil bisex dan biasanya berkahwin), ada yang gay sikit2 sebab terjebak masa sekolah asrama dan lain2. Jadi saya rasa suami awak dalam kategori bisex tu.
Soalan 2 – My husband looks straight but he really concern about his body so much. Ok yang ni persepsi awak je kan? Bukan bermakna dia gay kalau dia suka jaga penampilan dia. Mungkin dia metroseksual. Sekarang ni ramai lelaki tulen yang suka jaga penampilan (produk penjagaan kulit, gym dsb). So mungkin suami awak bukan gay. Who knows.
Soalan 3 – If let say ur my husband’s gay partner, would u ask or urge him to leave me? Okay, saya mengaku pernah ada relationship dengan suami orang, tapi tak pernah sekali2 saya minta dia jeopardise hubungan keluarga dia, malah saya galakkan lagi dia utamakan family dia. Dan hubungan saya dengan dia pun tak lama sebab saya sendiri rasa tak selesa.
Okay, saya harap saya dah menjawab semua persoalan awak ya.

Hi, Salam berkenalan.
Saya dalam ketakutan sebab baru semalam saya melakukan anal seks tanpa menggunakan kondom. Sebenarnya, mula2 saya menggunakan kondom tapi terkeluar, pastu saya masuk balik tanpa kondom. Pastu saya membuat beberapa stroke, seingat saya tak sampai seminit. Saya berhenti dan tidak pancut didalam. Boy bottom itu pastu lancapkan sampai keluar.
Saya amat takut sekarang sekiranya saya dijangkiti. Apakah yang saya perlu lakukan?
Bantuan anda amat dihargai. (Johan)
– Hi Johan. Selamat berkenalan jugak. Apabila berlaku seks tanpa perlindungan (kondom) memang ada jangkitan sama ada dari top kepada bottom mahupun dari bottom kepada top. Kalau risau, boleh pergi buat blood test dekat BP Clinical. Tak perlu tunggu sampai ada symptom baru nak pergi. 🙂

Hi crafoc.
Saya baru disahkan positif 24 mei lalu. Sekarang tunggu blood test result di HSB 30 Jun ini.
Cuma saya nak tanya kebarangkalian seseorang mendapat sifilis sebab hiv. Sebab saya tau procedure ambil air tulang belakang tu sakit.
Risau saya kalau saya pun ada sifilis. (Saswari)
– Hi. HIV dan Sifilis adalah 2 penyakit STD yang berbeza. HIV takkan menyebabkan Sifilis, dan Sifilis juga takkan menyebabkan HIV. Unless kalau anda mebuat hubungan tanpa perlindungan dengan seseorang yang ada HIV dan Sifilis.

Ok la, tu je kot. Yang lain semua emel2 berulang iaitu tanya soalan2 yang sama macam orang lain dah jawab. Letih beb aku nak jawab. Ni nak pitam kejap. Haha!

Adios!

Getting Back!

Salam.

Pergh! Berzaman aku tak update blog ni, sampai ada yang sangka aku dah meninggal kot. Haha! Sori la yer. Aku pun tak tau kenapa dah lama sangat aku tak jenguk blog dan emel tu. All is good in life kot. Sekali hari ni terfikir nak jengah, ambik kau, 2000++ emel tak baca. Walaupun kebanyakan dari emel tu ialah emel2 “Tahniah, anda telah memenangi USD1,000,000”, tapi ada jugak emel2 dari kawan2 yang mintak nasihat segala. Aku mintak maaf sangat2 sebab just tinggalkan korang macam tu je.

Anyway, Jumaat lepas (8 Januari 2016) aku pegi appointment yang ke-berapa ntah. Tak terkira dah kan. Haha! Untuk makluman korang, masa appointment aku yang sebelum ni, blood test aku ada menunjukkan masalah hati. Bukan sakit hati, patah hati atau jatuh hati, tapi ada la sikit masalah kat hati tu disebabkan ubat-ubat yang aku makan tiap2 hari 2 kali tanpa henti sepanjang 5 tahun ni. Eh, 5 tahun ke? Entah la. Tak ingat.

Tapi alhamdulillah, Jumaat lepas doktor bagitau masalah hati tu dah takde. CD4 aku pun dah naik dari 418 ke 486. Memang la naik tak banyak, tapi yang penting naik. Berat badan maintain (56.1kg), tahap gula kolestrol bakteria baik lactobacilus acidophilus semua pun ok. Haha! Main belasah je aku taip kan.

Ok, berbalik kepada emel2, aku ada terima banyak emel yang bertanya khabar dan juga tanya soalan. Jadi bagi memudahkan aku menjawab soalan2 tersebut, aku akan jawab kat sini. So orang lain pun boleh baca kan. Kat personal emel tu pun aku akan reply, kot. Haha! Tengok la kalau aku rajin. Tapi aku memang jarang-jarang rajin. Kahkahkah!

Aku akan susun soalan2 yang ditanya tu dari yang latest hingga yang dari zaman batu. Antara soalan2nya berbunyi :

Soalan (Tukang tanya)
Jawapan.

Crafoc, lama tak dengar cerita. Apa khabar sekarang? (Mr สุиशांდา – Aku pun tak tau ade orang Thailand ikut blog aku. Haha!)
SALAM sahabat, saya nak tanya macam mana keadaan u sekarang, saya tgk lama u tak updated your blog, last oct 2014. hope u sihat and enjoy with your life. dari sahabat. (Nor Mohd)
Assalammualaikum, sye bce blog awk. tp dh lme xde update. awk sihat? (Noraini Omar)
Hi Crafoc, I wish you a very good and wonderful life. Its been long time you are not updating your blog. I started to miss your entry. I know maybe u are so busy with other comitment. Stay strong and keep positive in life, dont forget your medications my friend. I know u can endure this, Allah only test the fella who can take it. Assalamualaikum and salam perkenalan. (Dr. Helper Pogiz)
Salam  Crafoc. dekat setahun kau tak tulis kat blog. mana kau? apa khabar kau, bro? takkan takder cerita baru kot. (Kolo Yuji)
Asssalamualaikum. awk shat? sy ad bca ttg blog awk. tpi awk da lma tk update. last updte november 2014. sy nurse. just na tnya awk shat ke?
(Sharul Niza)
Salam crafoc. errmm sudi kiranya membalas email ni..sy tertanya tanya bagaimana keaadaan awk skrg? Sudah lama awk x menulis blog. sy rindukan penulisan awk di blog. harap awk sentiasa sihat dan tabah utk menjalani kehidupan seharian. sy pun mcm awk. plhiv yg baru. sy bangga dgn awk yg tabah utk kehidupan seharian. mmg benar hiv menyebabkan sy tertekan. tpi sy cuba jadi seperti awk. sentiasa tabah dan cekal. harap awk dpt membalas email ini. sekurang kurangnya sy tahu keaadaan awk sekarang. Miss u…. (Adnan)
Aku sihat2 je. No worries k. Lama tak berblog sebab dilanda banjir kemalasan berganda tahap kagebunshin no jutsu. Eh, Sharul Niza tu nurse lelaki ke? Mesti comel kan? Ahaksss!! *gatal lak*

Assalamualaikum. Saudara,blh x sy nk mtk no tel saudara? sbb sy btl2 stress. sy nk mtk pndapat saudara. (Noor Miezi)
Hye naj mi. saya baca blog kamu. nasib yg sama. can u provide me ur contact number? (Najmi)
Baru buat ujian darah. hiv positif. Berserabut kepala. sy dok seremban
Whatsapp 014*******. perlukan bimbingan. (Ali)
Kalo x keberatan, boley bg no whatsapp? (Khairul)
Lagi sekali aku nak mintak maaf, sebab sekarang aku dah tak dapat nak bagi no fon aku pada korang. Cukup la emel tu. Bukan apa, sebelum ni aku ada jugak gatal2 bagi no fon, tapi ramai sangat yang call dan mesej untuk meluahkan perasaan sedih dan kadang2 tu tanya soalan2 yang aku rasa tak perlu tanya. Google kan hade. So untuk mengelakkan aku yang jadi stress, elok la aku tak bagi no fon aku. Kalau ada apa2 nak tanya atau luah, boelh buat kat blog ni atau emel aku terus. Inshaa Allah aku akan balas 2 tahun kemudian. Haha! Gurau je. Untuk Ali, sebab ko kat Seremban, boleh pergi Hospital Seremban. Diorang ada sediakan kaunseling untuk orang2 yang baru didiagnos. Ada sorang kaunselor tu, aku tak ingat nama dia. Dia ok.
Hi. Salam. Aku meor 24, aku decide nak buat HIV Test, sebab aku dah jalani seks secara tak selamat dari tahun 2009 lagi, since umur aku 19 tahun. Sekarang ni aku takut kalau aku positive. Klinik tempat kita buat test tu akan inform kat family ke kalau kita positive? Dan kalau kita positive, ubat-ubat dan rawatan kita nak dapat kat mana? free atau berbayar? Harap hg boleh bantu aku. Tq weh. (Meor)
Kalau result kita positif, klinik tu hanya akan inform pada kita sebab diorang kena jugak ikut undang2 patient secrecy. So jangan risau k. Rawatan dan ubat-ubatan boleh dapat dari Hospital berhampiran anda. Hehe. Macam aku, rawatan dan ubat aku dapat dari Hospital Seremban. Aku suka Hospital Seremban ni sebab sekrang sistem diorang sangat sistematik. Dan ubat-ubatan untuk 1st line HIV adalah PERCUMA. Even kalau ko masuk wad disebabkan HIV pun, ko tak perlu bayar sesen pun sebab kerajaan tanggung 100% untuk pesakit ID (Infectious Disease). Tu hospital kerajaan la. Kalau ko pegi Pantai ke, KPJ ke, memang la diorang bantai ko puluh2 ribu.
Hi, apa khabar? harap semuanya baik baik belaka. saya telah membaca blog entries anda. dan saya terkesan dng apa yg saya baca. saya cuma berharap agar kita dpt menjadi kawan dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman. (Razali Othman)
Salam, Sy ada bc blog crafoc…n rs nk berkawan ngan crafoc.if u dun mind….im hiv+ too. (Crazie)
Saya suka baca blog anda. ia bagi saya semangat. (Sweet Marry)
Salam. tersentuh baca blog awk. lebih2 ag bila awk cite sal family awk tu. apa apa pun. sy doakn kesihatan awk. jaga diri. semoga Allah permudahkan segala urusan awk. Amin (Sakinah)
Terima kasih sebab sudi baca blog picisan ni. Cewahhh!