Shocking Sad News

Salam.

Sebagai PLHIV, kami juga ada komuniti kami sendiri dimana kami sering berkongsi cerita2, pengalaman dan masalah kami. Pernah juga aku menghadiri kursus-kursus yang dibuat oleh PT Foundation untuk golongan2 MSM HIV (Men who had Sex with another Man). Dalam kursus-kursus tu, ramai gak la kenalan2 yang aku dah kenal.

Pagi tadi selepas sahur, aku dikejutkan dengan satu berita yang agak mengejutkan. Salah seorang dari orang yang aku kenal dalam komuniti tu telah kembali menghadap Ilahi. Tersentak jugak jantung aku masa tu. Allahyarham yang sebelum ni sihat, ceria dan baik, dengan sekelip mata diragut nyawanya. Sebab kematian beliau dirahsiakan, tapi aku dapat rasa yang ianya berkaitan dengan virus dalam badannya, yang juga berada dalam badan aku ni.

Berita ni sedikit sebanyak mengejutkan aku kembali ke dunia nyata, yang kami HIV+ people ni sebenarnya sebelah kaki dah dalam kubur. Salah langkah sikit, masuk terus. Kena jaga diri, jaga pemakanan, jaga ubat, jaga ibadah dsb. Sebelum ni aku rasa aku macam sihat, tapi sebenarnya ajal tu boleh dating sekelip mata kalau aku tak jaga-jaga.

So, aku sedikit emo hari ni. Sekejap je kot ni. Macam korang tak kenal aku kan. Sekejap emo, sekejap ok, sekejap gila, tetibe mati.. Errrr..

Bye.🙂

5 thoughts on “Shocking Sad News

  1. HI there…. I just wonder, can non PLHIV join the activity under PT Foundation?…okay…might be wrong place to ask…but you seems friendly…:)

    1. Well, depends on the activity. If it’s something open such as participating in the World’s AIDS Day, sure. But if it’s something private such as courses on how to live with hiv etc, with participants who prefer discretion, well yeah, it’s a no-no.🙂

  2. Salam bro..
    oh…takziah buat kenalan mu tu…semoga dicucuri rahmat… sama je bro…kita semua akan balik jugak nanti….aku baca lama dah entry kau ni..tapi takut kalau tulis, macam memandai-mandai nak komen pulak..hoho…semoga mood kau okey sekarang …
    Crafoc, cuti raya berapa lama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s