Even Busier Than A Bee

Salam..

Pertama-tamanya aku nak mintak maaf kat korang sebab dah berkurun dah tak update blog ni.. Rasenye dah 187 tahun tak update kot.. Sori k.. Bukan pe.. Aku ni banyak sangat bakat.. So banyak keje org campak kat aku.. Errrr.. Part banyak bakat tu sila muntah kuning.. Part keje org campak tu mmg betol..

Anyway, minggu lepas aku dah pegi hospital Seremban untuk appointment doctor.. CD4 aku agak jatuh, tapi percent CD4 tu lebih kurang je ngan yang lepas.. Tak paham? Jap aku piker camne nak explain mcm yg doctor aku explain.. Bila dia explain senang je, tapi bila orang takde pelajaran macam aku nak explain, macam susah plaaaaaaa.. Takpe aku try.. Ehemmmm..

Macam ni, bayangkan ujian yang lepas diorang ambik darah aku 200ml.. Then lepas buat test bagaih, keputusan CD4 aku 367 (contohnya, sebab aku tak ingat pun CD4 aku yang lepas).. So berdasarkan penerangan doctor aku yg hensem dan sasa tu (errrrr), keputusan CD4 367 tu berdasarkan jumlah darah yang diambil iaitu 200ml, iaitu 19%.. Then untuk ujian kali ni, doctor aku cakap vene office (klinik ambil darah) ambik darah aku sikit, so jumlah CD4 aku kurang, tapi peratusnya masih sama dengan yang lepas iaitu 19%.. Paham tak ni? Aku pun tak paham.. Errrr..

Kat sini aku nak buat sedikit pengakuan.. Aku nak mengaku kat doctor aku, takut dia marah.. So aku buat pengakuan kat blog je la.. Sebenarnya, dalam masa sebulan ni, aku rasa dah lebih 5 kali aku terlewat makan ubat.. Lewat tu bukan lewat 10 minit ke 20 minit, tapi pernah sampai lewat 3 jam.. Aku tau aku tak patut makan ubat lewat, tapi kadang2 aku sibuk sangat dengan keje sampai aku terlupa.. Bila alarm kat henfon berbunyik, aku offkan dan fikir, “Jap lagi la makan”.. Last2, lupaaaaaaaaaaa.. Korang jangan bagitau doctor aku tau.. Kalau dia tau mesti dia marah aku kaw2.. Hehehe.. Dia marah sebab dia sayang aku tu.. Errrrr.. (suka gak disayangi oleh lelaki hensem dan sasa.. Errrr..)

Ok la, sampai di sini saja.. Aku kat ofis lagi ni.. Dah nak pukul 7, aku nak balik.. Nak tengok anak kucing.. Kucing aku baru beranak.. Geram tengok anak2 kucing tu, rase nak gigit2 je sampai putus.. Errrrr.. *sadis*

 

Salam..

18 thoughts on “Even Busier Than A Bee

  1. hahahah hampeh.. sy minum air pun kne pasang alarm sbb slalu lupa. awk kne anggap macam nk solat gak la. bila masuk waktu, jgn lewat2kan, nnti terlepas.. so better stop jap utk bernafas dan makan ubat.🙂

      1. sy duk di area bahau jew…
        sy pun risau jgk ngn diri sy nie..
        sbb pnh lkukan aktiviti berisiko…

      1. Alaaa boleh laaa.. Lagipun ubat haart kita kan sama.. Combivir + nevirapine hehehehhe…

      2. Hidup ini lebih meriah kalau kita berkongsi heheheh..

        Awak check up dkt klinik atau hospital?

        Pelik sy buat kat hospital, doktor bertukar2 setiap 3 bulan. Setakat ni dah 4 muka berlainan.. Semua nya tidak membangkitkan nafsu hahahah *pitam!*

      3. Hehe.. Ngader nak kekongsi..

        Sy checkup kt spital seremban.. Mmg doc yg same je.. Sekali je doc lain sbb mase tu doc ensem body sasa tu g bercuti ng family dia.. Sentap straight!!!

      4. Best nye kalau macam tu kan.. Atleast doktor yg sama tahu condition kita. Lagi2 yang sasa gitu hahahahah… Patut lah tak nak berkongsi, rupa nya dia pun ada madu lagi tua hahaha…

      5. Yup, senang sbb dia tau perkembangan dan pengecutan kita.. Kadar kemutan pun dia tau.. Eh?

        Benci tau madu tu dpt lebih dr I.. Padahal I lg cantik oooppssss

  2. Salam….sebenarnya x tau mcmana nk mula…tpi aku trpanggil utk mncrtkan sesuatu dan ingin nk kenal lebih dekat dgn saudara. Biarlah aku ( bahasakan diri aku ) macam saudara juga…positif HIV..dah 10 tahun aku mengidapinya…syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan untuk aku meneruskn kehidupan….klu bleh ingin sgt aku nk berjumpa ngan saudara…berkongsi cerita sukaduka…ni no aku 0122863867. Bertugas di putrajaya.

    1. Salam En Hamdan. Nak jumpa? Errr.. Leh je kot.. Tapi tunggu sy turun KL la kot.. Takkan nk dtg Pahang kot.. Errr.. Nt sy SMS yer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s