Bigger And Badder

Salam.

Oleh kerana aku buat UMP (Ubat Melalui Pos), so minggu lepas aku ada terima bungkusan ubat yang latest. So lepas bayar RM5 kat abang posmen tu, aku pun letak la bungkusan tu dalam laci kat ofis. Tu aku nak buat spare untuk ofis.

Jadi hari ni, stok ubat yang sebelum ni dah habis, so aku pun baru la nak bukak bungkusan yang aku terima minggu lepas tu. Bila bukak je, aku rasa pelik sebab kali ni aku dapat kedua-dua ubat (Combivir dan Nevirapine) dalam botol. Biasanya Nevirapine je dalam botol. Combivir biasa aku dapat dalam bentuk macam panadol tu, ala yang bekas plastik kita bocorkan kalau nak ambik panadol tu. Aku pun tak tau apa nak sebut benda tu.

So bila bukak je botol Combivir dalam botol tu, aku agak teruja sebab bentuk Combivir tu pun lain. Besar. Biasanya Combivir ni kecik je, lebih kecik dari Nevirapine. Tapi kali ni lebih kurang je saiz diorang.

20130311_110745

Ubat Dalam Botol.. errrrr..

20130311_110840

Combivir yang dah dekat sama besar ngan Nevirapine.

Aku memang dah biasa telan dua bijik sekaligus sebab aku malas nak telan dua kali. So tadi mase aku nak telan dua2 bijik ni serentak, agak tercekik gak la. Seb baik selamat. Kalau tak, tak pasal2 kan….

Anyway, aku ok je saiz atau bentuk macam mana pun ubat2 ni, asalkan FREE!! Dulu Nevirapine pun kecik gak, pastu jadi besar. Bagi aku, selagi boleh ditelan, ok je.. Cuma aku terfikir la kalau bebudak kecik umur 3, 4 tahun yang kena telan ubat2 ni, mcm kesian lak kat diorang.. Huhu..

Salam..

6 thoughts on “Bigger And Badder

  1. Ubat kita sama.. Cuma combivir saya masih dalam bentuk paket2 yg macam panadol tu. kalau dapat yg dlm botol ni kan bagus, senang nak bawa mana2.

    Sy dah telan haart ni 3 bulan lebih.. Hari selasa lepas jumpa doktor.

    Alhamdulillah CD4 saya dari 214 naik ke 348🙂 dan viral load dari 145,000 turun ke kuranf dari 35 (undetectable).

    Good luck utk awak!

    1. Wow! Hebat lah br 3 bln ambik haart dh dpt result cmtu.. Sy dh setahun ambik haart, cd4 latest 3 bln lps masih so-so je.. Harap2 result kali ni memberangsangkn..

  2. Cure kepada HIV sudah semakin hampir untuk ditemui. Banyak2 berdoa semoga Allah bantu para saintis yer. Lepas ni dah tak payah makan ubat HAART lagi dah.🙂

  3. Bro.. Hari gi collect supply ubat.. Guess what, my combivir dah jadi betul botol kecik mcm nevirapine!! Yeay senang nak bawa kemana2 hehe.. Now our drugs look exactly the same🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s