Peeking Into The Past

Salam..

Sejak dua menjak ni, aku memang rasa ‘down’ yang teramat sangat.. Semua disebabkan aku bergaduh dengan best friend aku kat office.. Tapi salah aku jugak sebab lukakan hati dia.. Adei, sesopan2 aku ni, mampu gak nak lukakan hati lelaki straight.. Yer, kawan aku tu straight yang amat..

Sejak aku gaduh dengan dia, memang hidup aku jadi tak best.. Makan tak reti brenti, mandi tak bersih, tidur tak ingat dunia, dan lain2 lagi la.. Jadi macam biasa, untuk hilangkan rasa down ni, aku baca balik post2 aku dalam blog ni, sekali dengan komen2 korang.. Alhamdulillah, dapat gak terbitkan sedikit senyuman kat wajah aku yang comel ni.. Errrrr..

Dan aku gak rasa bersalah dengan post aku beberapa hari lepas, iaitu post pasal aku dah tak kuat.. Aku minta maaf sesangat.. Aku tak patut buat post yang macam tu sebab akan ‘down’kan korang yang membaca.. Sori k..

Sepatutnya aku kena jadi kuat, kalau bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang lain.. Untuk korang, pembaca yang aku sayang sangat2.. Sekali lagi, aku minta maaf..

Tadi masa solat hajat lepas solat Jumaat kat masjid, aku sempat berdoa agar Allah lembutkan hati best friend aku tu untuk maafkan aku cepat.. Memang aku tak sanggup nak tempuhi hidup seharian kalau takde dia.. Serius!!

Anyway, tu je untuk kali ni.. Oh lupa, Rabu depan aku akan ke Hospital Seremban untuk buat blood check.. Semoga CD4 aku nak lagi dengan jayanya..

Salam..

3 thoughts on “Peeking Into The Past

  1. Salam saudara. Saya doakan semoga saudara diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt. Banyak2lah ingat Allah, insya allah kekuatan akan kembali. Barang sesiapa mengingati Allah maka Allah berada hampir dengannya. Kita hidup didunia yang sementara ini hanya mencari keredhaan Allah. Tiga hari lepas saya mengziarah uncle saya yang meninggal dunia. Pengajaran yang saya peroleh adalah, kehidupan kita di dunia ini tidak kekal dan jangan kita sekali2 tertipu dengan keindahan dan kelazatan dunia. Akhirat jua yang kekal abadi. Sama2lah kita memperbanyakkan amal di dunia untuk bekalan di akhirat. Soal rakan saudara yang menjauhkan diri daripada saudara, apa yang boleh dilakukan adalah dengan berdoa memohon kepada Allah semoga dilembutkan hati beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s