Lama Aku Tak Update Ek? Soriiii~~

Salam..

Alamak, dah sangat lama aku tak update blog ni.. Bukan bersawang lagi dah ni, dah bersarang lipan dah pun.. Ok, takde ape kot yang aku nak update.. Eh, jap.. Aku nak ucapkan, Selamat menyambut Ramadhan!!

Ok, berbalik kepada cerita HIV, last blood test, aku agak hepi sebab keputusan menunjukkan CD4 aku ade naik sket.. Sebelum ni tak sampai pun 200, tp skrg dah lebih 200.. Alhamdulillah.. Tp doktor aku masih tak benarkan aku stop Bactrim sebab dia takut Pneumonia datang serang sebab aku baru nak capai 200 CD4.. So kena la makan Bactrim lagi sampai raya.. Bertambah gelap ler aku.. Sekarang aku dah gelap gelita dah..πŸ˜›

Oleh sebab ni tahun pertama aku makan ubat (HAART), jadi aku tak dibenarkan untuk berpuasa tahun ni.. Alangkah sedihnya.. Serius aku sedih okeh!! Walaupun aku tak dibenarkan puasa oleh doktor aku, aku tetap berpuasa gak.. Tapi puasa yang tak dikira laaaa…

Aku sahur macam biasa, niat puasa macam biasa, dan puasa macam biasa.. Cuma pada jam 10 pagi, aku akan makan ubat aku (Combivir + Neviraphine + Bactrim) dan minum air sket utk makan ubat.. Selepas tu aku akan sambung puasa sampai berbuka..

Aku tau puasa aku tak dikira, tapi aku tetap nak merasai kemanisan berpuasa tu.. Serius aku sebak masa hari 1st puasa sebab aku tak dapat nak puasa macam orang lain.. Seumur hidup aku, ni 1st time aku tak puasa..😦

Anyway, walaupun aku sedar puasa aku tak diterima, aku tetap akan berpuasa (kecuali part makan ubat kul 10 tu la) sehingga habis Ramadhan.. Aku tetap akn cuba buat terawih sebanyak mungkin.. Walaupun aku tak dapat pahala puasa, aku harap Allah bagi aku markah usaha.. Hahaha!! Macam cikgu lak kan..

Ok, tu je kot aku nak update.. Len kali aku update lagi yer.. Sayang korang.. Muahks!!

Salam..

17 thoughts on “Lama Aku Tak Update Ek? Soriiii~~

  1. Sabarlah……..
    Hanya Allah yang mampu menimbang amanlan kita.
    Asalkan kita buat amalan terbaik dan ikhlas

  2. May Allah bless you and give u a strong heart to face your ilnesses .i have read all you blog post ….

  3. Berair mata aku baca. Sbb ko dpt rasa nikmat puasa and now “somehow ditarik” MasyAllah. My doa for you. Always. Always.

  4. Aku ada hantar emel – zila (a) yahoo com. Nanti balas please kalau ada masa. Tau2 aje lah Raya ni kan! Hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s