To Or To Not ‘Discriminate’

Salam..

Kita (khususnya kita PLHIV) sering memperjuangkan hak untuk tidak didiskriminasi oleh pihak lain (khususnya non-PLHIV), tapi sedarkah kita tentang sikap judgemental/diskriminasi itu sebenarnya wujud dalam diri semua orang? Kita cepat membuat tanggapan mahupun keputusan terhadap mereka yang kurang bertuah dari kita, tapi dalam masa yang sama kita mengharap keadilan dari mereka yang lebih bertuah dari kita? Adilkah? Bayangkan situasi berikut :

1. Seorang di tempat kerja kita hanya memandu sebuah Perodua Kancil yang sudah buruk. Serta-merta dalam pemikiran kita yang memang wujud sikap mendiskriminasi ini, kita akan membuat penghakiman (judgement) terhadap orang tersebut. Kita akan menganggap bahawa orang yang memandu Kancil tersebut adalah seorang yang tidak pandai menjaga kewangannya, seorang yang bergaji rendah, atau sebagainya. Kita tidak tahu bahawa orang tersebut mempunyai bebanan kewangan yang tinggi untuk membayar kos perubatan ibunya yang terlantar di hospital dan adik-adiknya yang tiada tempat bergantung kerana ayahnya sudah meninggal dunia. Ini adalah diskriminasi terhadap taraf hidup.

2. Salah seorang dari rakan internet yang kita kenal mempunyai kulit yang gelap dan wajah yang penuh parut jerawat. Serta-merta kita membuat kesimpulan bahawa dia adalah seorang yang tidak pandai menjaga dirinya sehingga menjadi seorang yang boleh dikategorikan sebagai hodoh. Kita tidak tahu bahawa semasa hayat mudanya, keadaan ekonomi keluarganya sangat teruk sehingga memaksa dia untuk berhenti sekolah dan bekerja sebagai seorang buruh kasar. Dia tidak mempunyai masa seperti kita untuk mencuci muka, memberus gigi, memakai pelembap kulit dan sebagainya. Ini adalah diskriminasi terhadap paras rupa.

3. Semasa sedang berjalan di bandar, kita ternampak seorang perempuan yang bertubuh agak besar. Serta-merta kita beranggapan bahawa dia adalah seorang yang kuat makan dan malas bersenam. Kita tidak tahu bahawa dia mengidap Hypothyroidismsindrom dimana kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang terlalu sedikit. Ini menyebabkan badan tidak mempunyai kadar metabolisme yang cukup untuk menggunakan tenaga yang diambil dari makanan. Kita juga tidak tahu yang perempuan tersebut hanya makan sekali sehari dan bersenam setiap hari, dan juga terpaksa menanggung derita daripada kesan2 sampingan penyakit tersebut. Ini adalah diskriminasi terhadap bentuk tubuh.

Dengan contoh situasi-situasi di atas, tidakkah kita malu dengan diri kita sendiri? Acap kali kita melaungkan “Jangan mendiskriminasi kami golongan PLHIV/gay/berpendapatan rendah” sedangkan dalam masa yang sama, kita sendiri mempraktikan amalan diskriminasi?

Salam…

6 thoughts on “To Or To Not ‘Discriminate’

  1. mmg ye setiap hari kita menilai dan diskrimanasi manusia pada sekililing yg kita xkenal pun melalui pandangan pertama…tapi hakikatnya kita pun dinilai/diskriminasi jgk…hahaha seblum kita jatuh hukum,ketawakn,sisihkan,sampahkan,xmau kawan dan sebagainya yg xbaik..nilai diri kita lu dan pandang manusia lain itu ciptaanNya yg istimewa dan berbeza2…pikir +ve bila kita buka mata melihat dunia,, klu manusia sepesenn je bosan kn hihihi,,,keep movin beb..

  2. satu perkongsian yang sangat bagus.

    alhamdulillah saya mungkin tidak termasuk dlm kategori yg akan cpt judgemental, diskriminasi dan stigma dlm cth2 yg shbt berikan.
    walau bagaimana pun harus diakui sedikit sebanyak dalam soal lain mungkin ada tanpa saya sedari.
    syukurlah dgn hiv menyedarkan saya betapa buruknya sikap sedemikian.
    sekarang memang sehabis daya saya cuba menghakiskannya dalam diri saya.

    1. sifat ni ada dlm semua manusia kecuali Rasulullah yg maksum.. terpulang pada diri kita sendiri.. kalau terbit perasaan judgemental, just simpan je dalam hati.. tak perlu nak luahkan supaya yg lain tak berasa hati..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s