My Daily Menu

Salam..

Aku rasa agak ramai yang tanya tentang ubat-ubat yang aku dah ambik sejak aku start HAART tak kira kat komen blog ni, komen reply kat blog lain dan juga emel-emel dari pembaca blog yang mengirimkan emel personal. Jadi kat sini aku akan tunjukkan ubat-ubat yang aku ambil.

1. Combivir
Jenis : Ubat untuk mengawal HIV.
Kesan sampingan : Kesan pada awal pengambilan termasuk loya. Tapi setelah 2 minggu, kesan beransur hilang.
Dosage : 2 biji sehari, sebiji pada setiap 10 pagi dan 10 malam.

2. Nevirapine
Jenis : Ubat untuk mengawal HIV.
Kesan sampingan : Kesan sama seperti Combivir.
Dosage : 2 biji sehari, sebiji pada setiap 10 pagi dan 10 malam.

3. Antibiotic (Bactrim)
Jenis : Ubat untuk mencegah PCP (Pneumocystis pneumonia). PCP disebabkan oleh sejenis fungus yang akan menyerang mereka yang mempunyai sistem imun (CD4) yang lemah. PCP akan menyebabkan pesakit mendapat Pneumonia. Tanpa rawatan, PCP menyumbang kematian sebanyak 85% kepada pesakit HIV.
Kesan sampingan : Menggelapkan kulit (AARRGGGHHHH!!!)
Dosage : 2 biji sehari, dimakan pada jam 8 pagi.

4. IPT (Isoniazid Prophylaxis Therapy)
Jenis : Ubat untuk mencegah TB. Fakta tentang ubat ini boleh dibaca di blog AHP di SINI.
Kesan sampingan : Sakit sendi di awal pengambilan ubat. Setelah seminggu, kesan hilang.
Dosage : Ubat warna putih 2 biji dan ubat warna kuning 3 biji, dimakan sekaligus setiap hari pada jam 10 malam.

Ok, itulah ubat2 yang aku makan setiap hari. Walaupun Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya, tapi ubat yang aku kena telan pulak ada 11 biji.๐Ÿ™‚

19 thoughts on “My Daily Menu

      1. skrng tak, doktor kata azam tak perlu mkn lg since cd4 naik 400 lebih awal tahun ni. pertengahan mei azam amik darah utk check cd4,jun baru tau kptsn

    1. teringat kuih raya plak kan mr crafoc๐Ÿ™‚..klu kat bazar ramadhan org jual kuih raya mcm dlm tupperwere tu la

  1. Alhamdulillah lengkap, saya sendiri main telan aje tapi tak ambil tahu sangat tentang kesan sampingannya. Yang saya tahu semua ubat ada kesan sampingannya. Ubatan awak makan berlainan dengan rupa bentuk ubatan yang saya telan.

    Tentang bactrim, saya pun sudah hampir 2 tahun menelannya dan saya tak tahu (mungkin pernah diberitahu tapi saya buat tak tahu atau lupa) tentang kesan pengambilan ubat ini yg akan mengelapkan kulit. Terus terang baru sebentar tadi saya belek kulit wajah saya sekali lagi dan sejak kebelakangan ini saya memang perasan tentang perubahan kulit muka yang nampak gelap…. dan saya pernah perhatikan wajah PLHIV lain ketika di hospital colour hampir sama walaupun mereka itu cina.

    Thanks dg info ini….:)

    1. Sblm mkn ubat, doktor mmg dh bgtau kesan2 sekali.. sbb tu mase doktor prescribe Bactrim tu, sy buat muka muncung kat doktor.. hehehe..

      1. ooo azam tau mr crafoc ni mesti putih melepak orangnya huhuhuhu….klu dah berubah warna kulit tu guna la fair and lovely huhuhuhuhu

  2. Suka dengan entree nih. Hitam itu menawan apa? Heheheheheh……pepepun, teruskan dengan pengambilan ubatan ini k. Walau apa pun kesan sampingan, tapi untuk kelangsungan hidup, ubatan niler yang dapat membantu. Suka dengan cerita re rakan positive warriors yang cd4 semakin meningkat. Walaupun sedikit, peningkatan cd4 membuktikan HIV dapat diatasi. Bersama kita berjuang!!!!!!

      1. hitam manis…hitam manis..yang hitam manis, pandang tak jemu…. lagu dolu dolu hahahaha

  3. bactrim tu menyebabkab badan miang2 ker?sebab saya notice few minute lepas makan bactrim 2 biji terus miang2 seluruh badan…kalau mkn mlm esok pagi terasa lagi…tido??..mmg terganggu..

  4. hari ni doc tukar ubat sbb saya mengadu bape kali tak tahan bactrim tu wat miang seluruh badan..so dpt yg lain n harap2 ok jer bila mkn..gelap kulit gasak laa asal tak gatal..nk tanya laa..skang CD4 23 n darah merah sgt kurang..ada cara nk naikkan?..tolonng ye kwn2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s