I Am Gay, But Am I Okay?

Salam..

Aku rasa semua pembaca blog ni tau yang aku ni GAY. So entry ni hanya untuk berkongsi apa yang aku rasa sebagai seorang GAY di Malaysia.

Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia dimana homoseksualiti adalah salah di sisi unddang-undang. Kedua-dua undang-undang negara (Sivil dan Syariah) mempenaltikan hukuman-hukuman seperti penjara, denda dan rotan terhadap golongan GAY, tapi ini lebih tertumpu kepada perlakuan seks luar tabii. Pihak berkuasa tidak akan menangkap pasangan GAY hanya kerana mereka berjalan berpegangan tangan (walaupun ini jarang berlaku secara terbuka di Malaysia). Cross-dresser (lelaki berpakaian wanita) juga tidak ditahan sewenang-wenangnya, melainkan jika anda berpakaian wanita di kelab-kelab malam.

Bercakap tentang kelab malam, aku akui yang aku juga pernah mengunjungi kelab-kelab malam GAY di KL seperti La Queen dan Frangipani. Tapi ingin aku tegaskan di sini yang aku mengunjungi kelab-kelab tersebut hanya untuk menari dan menyaksikan perlakuan gay-gay yang lain. Demi Allah, aku tidak pernah meneguk walau setitikpun minuman keras.

Walaupun aku tidak pernah mengalami pengalaman diserbu oleh pihak berkuasa ketika mengunjungi kelab, tapi aku rasa kebanyakan serbuan yang dilakukan bukanlah bertumpu kepada GAY, tapi lebih menjurus kepada pengambilan dadah. Dan ya, aku juga tidak pernah mengambil dadah. Jangankan dadah, hisap rokok pun tak.πŸ˜›

Dari segi penerimaan terhadap golongan GAY berdasarkan bangsa, sepanjang pemerhatian aku sendiri, aku rasa kaum Melayu adalah kaum yang paling terbuka menerima golongan GAY. Tapi mungkin pandangan ni bersikap biased sebab aku pun Melayu. Tapi pada pandangan aku, kaum Cina mempunyai satu attitude yang negatif terhadap golongan GAY. Manakala kaum India pula seakan-akan menganggap GAY ni satu ‘sial’. Jarang aku nampak kaum India di kelab-kelab. Tapi ni pandangan aku je.

Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak beragama (aku sorang je kot yang kureng dalam ilmu agama nih). Tapi aku rasa mak aku paling sayangkan aku. Hehehe. Dari aspek keluarga, aku rasa keluarga aku dah boleh menduga yang aku GAY. Aku tak pernah beritahu mereka yang aku GAY, malah aku pun bukan jenis lelaki lembut, tapi memandangkan aku dah berumur melebihi 30 tahun tapi masih belum berkeluarga, aku rasa ini mencetus idea kepada keluarga aku yang aku mungkin gay. Lagipun, aku selalu bawak ex-boyfren aku datang rumah (bukan untuk buat maksiat kat rumah tu yer, just nak kenalkan pada keluarga je), so mungkin keluarga aku boleh nampak dari situ. Jadi perkara ni seperti dah jadi sesuatu yang ‘difahami secara senyap tanpa perlu dibincangkan’.

Tapi aku masih rasa, jauh di sudut hati mak aku, dia nak sangat tengok anak kesayangan dia ni kahwin dan berkeluarga. Sampai dia pernah carikan jodoh untuk aku. Cantik orangnya. Aku rasa kalu aku takde HIV, mungkin aku dah kahwin dengan perempuan tu. Agaknya laaaaa..

Dari segi penerimaan masyarakat pula, aku rasa aku beruntung sebab duduk dalam Malaysia yang mana rakyatnya kaya dengan budi pekerti. Aku rasa, kebanyakan mereka mungkin tidak menerima GAY secara terang-terangan, tapi mereka tidak membencinya. Jarang didengari masyarakat menghina kaum gay (kecuali jika nak pilihanraya, sebab isu GAY adalah antara isu utama yang digemburkan), dan kadang-kadang masyarakat mengambil inisiatif untuk tidak menghukum.πŸ™‚

Jadi kepada golongan GAY di luar sana, janganlah terlalu berbangga (proud) jika anda gay dan menunjuk-nunjuk kepada khalayak ramai. Masyarakat Malaysia mencemuh pasangan lelaki-perempuan yang berpegangan tangan sebelum berkahwin, jadi bagi pasangan lelaki-lelaki, rasanya mereka berfikiran yang sama.

Kepada kerajaan di luar sana, daripada fikirkan isu GAY semasa menjelang pilihanraya, apa kata anda fokus kepada isu yang boleh menarik lebih undi seperti rasuah dan kemiskinan?πŸ™‚

Cukup kot untuk kali ni. Aku pun tak tau kenapa aku buat entry ni. Mungkin sebab aku agak terasa dengan berita kat TV3 tadi. Hehehe.

πŸ™‚

41 thoughts on “I Am Gay, But Am I Okay?

  1. Saya tak pernah lagi ada kawan gay,tapi tempat bekerja dulu2 ada pelbagai jenis peel….tapi dorang semua baik,ok je ngan saya…
    Sori to ask,can i assume that singke man age 30 above ni gay or plhiv?oh,jht gtu tanggapan saya.plz don’t curse me….

    1. rasenye perempuan mmg mudah nak berkawan dgn lelaki gay.. kat ofis pun sy lebih mesra ngan ofismet perempuan.. Errr, takde la semua yg x kawen tu GAY atau PLHIV.. kdg2 ade gak alasan lain knape diorg x kawen..πŸ™‚

    2. “Aku rasa kalu aku takde HIV, mungkin aku dah kahwin dengan perempuan tu. Agaknya laaaaa..”

      tchr shda: I thought this statement could answer ur question yet.

      1. statement ni jugak menunjukkan bahawa even lelaki yg dah berkahwin pun, tak mustahil dia adalah seorang GAY.. Cuma dia simpan je perasaan tu.. Tapi ade gak yg dah kawen pun, masih menjalankan aktiviti gay.. No comment…..

    3. Oh come on tchr shda : dont be so shallow assuming single man age 30 above either gay or plhiv. Obviously awak ni kurang bercampur dengan masyarakat agaknya. Saya kenal berpuluh puluh orang yang above 30, single and straight. And they are even goodloking with great career. So dont judge please.

  2. Oh,ok,tq abg crafoc n abg azam….heh…gay,lesbian or aktiviti sonsang ni adalah antara kehendak,naluri or nafsu…atau ketiga2 nyer skalli kot…
    Wallhualam….

    1. tak perlu la bincang psl benda ni, sbb sy takut ada pembaca yang akan terasa hati nt.. Tp sy nak tanya tchr shda, anda seorang perempuan, bukan? Anda mempunyai nafsu terhadap lelaki, bukan? Nafsu tersebut bukanlah anda yang tentukan, bukan? Ia muncul dengan sendirinya, bukan? Antara sedar dengan tidak, semasa menjelang baligh, anda bernafsu terhadap lelaki.. Itulah juga yang kami, golongan GAY lalui.. Kami tak minta untuk mempunyai nafsu sejenis.. Kenapa kami nak minta untuk hidup dalam kehidupan yang sukar sebagai seorang GAY? Kalau diberi pilihan, SAYA YAKIN hampir semua golongan GAY mahu mengubah naluri mereka untuk meminati perempuan, supaya mereka tidak hidup dalam kesukaran.. Tapi adakah mereka mempunyai pilihan itu? Jika anda menjawab ya, cuba fikirkan situasi ini : Anda telah sekian lama meminati lelaki. Bagaimana jika pada suatu hari, anda sedar yang naluri anda terhadap lelaki itu salah. Adakah anda mampu untuk mencintai seorang perempuan?

      1. Hmmm…crafoc.kita stop la bincang hal ni.saya pon tak nak tau…komen saya tu bukan untuk diulas,ianya hanyalah ayat penyata.mungkin awak salah paham dengan nada bacaan komen saya…
        And yeah,hopefully dis will b the last komen in ur blog n others blog tu…ramai sgt readers selalu salah paham komen saya…
        Minta maaf tiada niat mengguriskan hati perasaan awak,lagi2 saya tak kenal awak..
        Maaf yer…

      2. No, no.. saya tak sedikitpun terasa hati dengan komen awak tu.. hehe.. sy rasa saya pun silap sebab reply saya tu berbunyi seolah2 saya terasa hati.. sejujurnya, saya faham maksud anda.. cuma apa yang saya sampaikan tu, untuk anda dan pembaca straight yang lain untuk memahami situasi kami.. dont worry ya, none heart feeling taken..πŸ™‚ Saya ni tak semudah itu untuk terasa hati.. saya tau niat awak hanya nak berkongsi pendapat..πŸ™‚

  3. i have a gay friend and i’m okay. ahaha.
    berkawan baik tak bermakna saya bersetuju dengan gaya hidup mereka. kita yang jadi kawan, berdoa diam diam lah semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka untuk berubah.

    … and yes. ekceli kawan dengan lelaki gay ni menyelesakan. rasa selamat coz kita tahu kawan kita ni memang tak ada nafsu nak mengapa apa kan kita, and at the same time, orang pun takut nak kacau kita sebab kita ada bodyguard.

    1. Yup, mendoakan mereka secara senyap, dan nasihat yang bertempat tu lebih baik dari menghukum kan.. semua manusia ada dugaan masing-masing, so kenapa nak judge GAY people atas dugaan diorang? kita tak tahu betapa mereka (termasuk saya) terseksa di dalam..

  4. I am gay/ biseksual, but i am not happy.
    I hate myself be a PLU guy,
    I want to be a normal person, no naluri conflict, no abnormal person.
    I want to kick this desease from mybody and from my life.

    1. hakimi, saya dah reply emel anda..πŸ™‚
      yup, saya rasa hampir semua golongan gay/bisexual tidak suka dengan keadaan mereka.. Kalau boleh kita nak hidup seperti orang lain.. apa yang perlu kita buat, cuma berdoa agar Allah membimbing kita ke jalan yang sentiasa diredhainya.. walaupun ini bermaksud kita terpaksa menderita dengan ‘penyakit songsang’ ini sepanjang hayat kita..

      1. saya rasa sokongan dan bimbingan lebih diperlukan utk LGBT berubah kan. Apabila seseorang manusia melakukan kesalahan, masih terdetik rasa berdosa, maknanya tuhan masih menguji dia.. Lainla kalau dah buat benda salah pun, dalam hati x rasa apa2… Am i right, my friend?

      2. sy tak pernah membenci glongan2 sperti ni..sy syg mereka..dan oleh kerana ini, sy telah menyulam persaan, menyayangi seorg gay..apa yg mampu sy katakan, sy btul2 sygkan dia dan minta dia kembali ke pngkal jalan. wlupun dtentang rkan2 sekeliling, sy msih mhu bsama dia, sy seorg perempuan dan sy tau risiko bsama dia. sy minta sesiapa tlong sy bg info tntg glongn ni? boleh kn dia berubh?

  5. siapa pun kita, sama sahaja di sisi Allah. kita sedang diuji, mari kita berganding bahu memenmpuh ujian ini dengan saling memperingati, sokong menyokong utk sentiasa cuba menjadi lebih baik dari semalam dan tabah dgn ujian Allah. biarkan saja golongan yg suka menilai di luar sana. menjadi sombong tanpa ujian Allah juga merupakan satu bentuk ujian yg lebih merbahaya.

    sekalipun saya bukan gay, bukan trangender, bukan IDU tetapi plhiv adalah sahabat2 saya. sedikit sebanyak saya faham suara hati mereka.

    teruskan perjuangan.

  6. Thank you bang.
    Tersenyum juga bila baca komen abang..
    Sekurang-kurangnya, terasa ‘beban’ ini sedikit berkurangan.
    haha..

  7. bagi saya tak perlulah mengaku diri tu sebagai gay..sebaik-baiknye menghindar perasaan itu kerana sememangnya dibenci oleh Allah. yg penting kuatkan semangat!!

  8. i’m gay , that all i wanna to say . almost 32 years i keep this secret only Allah know who am i and what i’m feeling . i’m know that i was gay in age of 12. every day i suffer to battle my feeling .but being a gay men is not sin practice gay life is a sin .i have tried to love women but i can’t i not have feeling towards them i don’t wanna to marry and live in lies .so what i can do this gayness feeling cannot be change i just redha and accept this as a test from Allah . but i’m also human being want a love and be loved in life so far i didn’t make sex to another men in my life . sometimes i ‘ll be jealous with my friends get marrige and have a son and become a dad .. i don’t know what to say even i cried until blood tears i know this gayness will not turn to srtaight …..

    1. Zamer, I think all gay men in Malaysia (especially Muslims) prefer to be born straight or heterosexual.. Why would we want to live in such horrible and painful and sinful way? But our sexuality is not something that we can choose (although most straight people don’t think that), but it is something that we were born with.. It is the lifestyle that we can choose, and it is good for you that you’ve chosen a lifestyle that doesn’t involve sexual interaction with other men. I too want to start repenting and leave that lifestyle.. It’s ok to cry.. Allah knows how your heart aches, and He will reward you..πŸ™‚

  9. izin kn sy berkongsi pengalaman.. sy pn ada d kelilingi kwn GAY dan PLHIV… kenapa stima masyarakat terlalu memandang hina kpd mereka?? mereka pn manusia jugak.. klu anda ada kekuatan tegur dgn cara yg betul n terima PLHIV dgn seadanya.. spa ckp PLHIV x leh kwin n x boleh melahir kn anak tampa memberi jangkitan kpd pasangan dan ank yg d lahir kn?? kita kena memberi sokongan kpd mereka utk trus kn idop.. mereka boleh idop normal cuma mereka bergantung kpd ubt sepanjang hayat mereka.. mendapat kn rawatan di hospital adalah jln yg terbaik… di situ mereka akn d beri nasihat pasal cara kehidupan dan cara mkn ubt yg betul…

  10. hye crafoc,

    aku juga sama seperti ko.seorang gay.mungkin atas kesilapan dan kealpaan aku, sebulan lepas aku melakukan perbuatan berisiko tanpa menggunakan pelindung dengan seseorang. dan amat menyadihkan bila dua hari lepas, dia menelefon aku dan mengatakan bahawa dia baru sahaja diberitahu oleh doktor yang dia +ve hiv.

    aku rasa dunia aku gelap.aku takut.dan byk benda yang aku terfikir.sedih yang teramat walaupun sepanjang 2 hari ini aku tak menangis (kerana aku tahu aku kuat).tapi jauh di sudut hati aku mmg teramat risau yang sgt2 sekiranya aku juga dijangkiti.dan inilah juga yang membawa aku kepada blog2 penhidap hiv.

    buat pengetahuan ko,aku masih belum buat lagi blood test for hiv kerana aku takut yang teramat.meskipun sepanjang 4 hari lepas aku dah asyik batuk dan dada teramatlah sakit.

    anyway, aku berterima kasih kerana penulisan kau yang bagus ini byk mengajar aku ttg erti bersyukur dan semoga tuhan memberi ganjaran yang selayaknya kepada kau kelak kerana membantu orang2 lost seperti aku.

    aku memerlukan sedikit nasihat daripada kau dan aku berharap, kau sudi berkongsi sedikit kekuatan utk membantu aku yang lemah.

    terima kasih bro.

    p/s;mcm mn aku nak cr first entri dlm blog ko ni?terasa mcm orng bengong lak bila aku tanya soalan mcm nie.hahaha

    1. Panjangnye komen.. Huhu.. Thanks sbb sudi komen panjang2..πŸ™‚

      Apa yg boleh aku nasihatkan, ko gi la buat check.. Sbb keputusan either ko positif atau ko negatif.. Bila dah dapat tau, baru leh move on ngan hidup.. Kalau negatif, Alhamdulillah.. Kalau positif, it’s not the end of the world bro! Jangan menyerah terlalu awal k.. muahks!!

      Psl 1st entry tu, ni link dia : https://akupositif.wordpress.com/2009/08/20/aku-positif-1/

  11. Satu cadanganlah,kalau tak mengganggu.saya pernah ada mengalami perasaan tu.tmbhan pula dgn dorongan syaitan,mkn lama makin menjadi.apa kata,saudara bangun, solat di sepertiga malam,mulakan dgn solat taubat, pastu tahajud,continue dgn soat hajat. Msa tu pintu langit terbuka luas.Bca surah pendek yg termampu dan buat hari-hari.IshaAllah. Letakkan keyakinan bantuan Allah 100%. “Pintu Syurga terbuka bagi seorang lelaki yg bertemu dan berpisah kerana Allah.” Wallahualam.

  12. Asalamualaikum pembuka bicara. aku seorang perempuan yang sememangnya banyak gile cacat cela dan aku memang tak layak nak bagi ko pape pendapat pon sebab yela cam aku cakap tadi aku pon tak perfect. nobody’s perfect, but we can try to be prefect, right?

    so, aku terjumpa blog ko ni sebab nak cari entri psl gay. to be honest, aku tak membenci golongan ni tapi aku cam agak simpati dan sebab tu aku google utk cari nape korang2 ni terjerumus dalam dunia ni.

    pape pon, what’s done is done. kalo betul nak kembali ke jalan yg betul, ko de lagi mase. tak perlu fikir psl org len. fikir psl diri sendiri. kalo ko nak, ko wat je. x nak, de neraka yg menanti ko. nak ckp lebih pon, dulu aku lebih teruk dari ko. tapi, sama2 la kite cari jalan pulang balek. ok? ^__^

    sekian, wasalam.

  13. I would like to refer your article for my oncoming novel and pressπŸ™‚
    Can you write more about it? Some like, daily life you been through. There’s no way you face a dark time isn’t? And from that, the way you avoiding it.πŸ™‚

    ______________________________________________________________________

    Crafoc, sometime i wonder. Did you feel some sense bieng a “wierdo” (2x from wierd) ? You know bieng a gay. For some people they see an abnormal term. Like me nor some readers too.
    Why you just get along with the girls even you have the disease and not feeling on it? Because, some press nor research says its the antidote for avoiding gay. For me…..Don’t cage by the desease. Just face them and fuck them with your guts. Come on..πŸ™‚
    _____________________________________________________________________

    1. Sure, why not.. But if you’ve read my blog from the beginning, there’re so many dark times that I’ve to prevail through for example the bad reaction from hospital staffs and other things.. You can just read them..πŸ™‚

  14. Saya nak bagi tau generasi muda cina boleh menerima golongan gay, tapi generasi tua tak boleh menerima. Ini kerana generasi tua beranggapan itulah tanggungjawab anak lelaki untuk mendirikan sebuah keluarga dan melahirkan cucu untuk ibu bapa mereka. Ibu bapa akan berasa bangga dan gembira dengan adanya cucu. Kalau tak boleh melahirkan anak, ibu bapa yang belum bersikap terbuka MUNGKIN menyalahkan anak lelaki mereka. Inilah budaya yang diwarisi sejak dahulu. Tapi generasi muda pada era informasi ini yang banyak pun bermula terima homoseksualiti kerana banyak melihat isu ini melalui internet, mereka tahu golongan ini berhak menikmati hak yang sama dengan manusia normal dan mereka sanggup berkawan baik dengan golongan gay walaupun sudah tahu rakannya gay.

  15. dont u think that people like us need to sacrifice ourselves so that the straight can ensure their happy, blissful and perfect life? what i mean by sacrifice is not involved in a relationship, and even death. cuz i think i must not exist. i think my life is a mistake. i think im already dead but still alive. it’s just weird to think like that. i suffered from depression and it made me weak. i hold myself everyday so that i wont ever say that that guy is cute and stuff like that. honestly, i felt like plu should never exist because we’re a sinner. is there any reason to live when everyday of your life, you made sin. and in the end, you’re going to end up in the hell anyway.
    it’s like it have been planned for us to torture us. when i saw a news involving a death af plu, i thought, he deserves it. and i also thought that im also deserve to die as well. i cant help it. i dont want to hurt my family feeling. so i hold it up. i have read a homopobic comment on fb. it says ” i will kill you. i will protect the house of god from someone like you “. i froze to death. im afraid of death. but when i read the comment, i became fearless to death. it is like if i was murder , it is okay because, at least the house of god will be protected. is that mean PEOPLE LIKE US MUST DIE?? perhaps.. i lost.

    1. Damn, such a heavy topic to reply to. I’ll try.

      I think you are seeing it from the wrong perspective. How about we look at being gay as one of god’s test for his beloved ones? Yes, we are a sinner, only if we commit the sin. If you can somehow restrain yourself from doing the sins, you’re not only not a sinner, but I’m sure you’re one of the many who will be rewarded generously.

      homophobic are not real people. They hide behind something that they do ot understand. Don’t let their blindness define who or what you really are.

  16. Alhamdulillah,. Sejujurnya saya masih muda, baru berumur 19 tahun dan saya masih lagi keliru dalam hal ini walaupun sudah bertahun tahun mempunyai perasaan GAY ini. Saya sudah banyak kali mencuba untuk berubah tapi tiada juga perubahan. Walaubagaimanapun, saya amat bersyukur kerana mempunyai kawan yg menerima saya begini dan mereka langsung tidak membenci saya. mereka banyak memberi dorongan untuk berubah tapi hati saya ini seolah olah hitam.

    Boleh tak bagi apa apa pandangan, saya juga ada perasaan ingin berkahwin. tetapi perasaan itu hanya seketika seolah datang dan pergi. Adakah ini menjadi kebiasaan?

    1. Saya nak bagi nasihat pun macam tak sesuai sebab saya sendiri belum kahwin dan tiada perasaan nak berkahwin pun.

      Kalau awak nak berkahwin, boleh tapi kena betul2 commited dengan perkahwinan tu. jangan sia-siakan wanita yang anda kahwini.

  17. Kehidupan LGBT, ye.Aku sendiri pernah lalui kehidupan itu untuk seketika. Ibarat satu pengalaman di satu dunia yang aku bukan aku. Sukar nak dirungkaikan, sebab aku terjebak tidak dipaksa tapi spontan….dan spontan itu yang mengubah duniaku suatu masa.Aku tak pilih diriku untuk jadi tomboy, tapi kerana rupa parasku mirip bekas teman lelaki seorang kawanku menjadi punca pengalaman tidak terduga.Siapa sangka, seorang teman sekuliah rupanya menyimpan perasaan yang amat lama, hingga suatu ketika dikawasan pergunungan semasa percutian dengan teman2, dia kucup bibirku dan tidak melepaskanku dalam dakapannya dan meluahkan rasa hatinya yang…sukar nak digambarkan. Sememangnya kami teman serasi sejak mula berjumpa di universiti, patutlah dia benar2 terlalu teruja nak berkenalan denganku di asal pertemuan kami.Kerana aku berada ditempat baru dan dia nampak jujur maka memang dia sajalah teman rapatku sepanjang kuliahku disitu.Perasan bercampur, antara kawan,kekasih dan ‘soulmate ‘… semua ada.Suatu ketika rasa kami sangat bahagia bersama..lagi pula tinggal dirumah sewa bersama ibarat pasangan suami isteri. Sehinggalah tamat pengajian masing2 bekerja ditempat jauh berbeza. Sesekali bila berjumpa memang melepas rindu yang dalam dijiwa. Itu semua cerita lama.Kenapa? Hubungan yang tak direstu Tuhan memang ada bencananya. Temanku itu sukar dapat kerja, aku pula ada saja yg tidak berkatnya…duit selalu pokai,bos selalu marah,kawanku belajar dulu banyak paper ulang.Mungkin aku lebih bernasib baik kerana rahmat dari ibu dan aku tak pernah melawannya.Mungkin berkat doa dari ibu juga, kami dipisahkan antara benua.Pekerjaanku membawaku sentiasa sibuk dan jauh mengembara, sehingga aku berjumpa seorang jejaka yang sangat memahami diriku dan membuatkan kehidupan baru ini lebih bermakna.Sudah bertahun aku tidak mendengar berita teman wanitaku itu, semenjak dia terdengar suara teman lelakiku bertanya dibelakang telefon “sayang nak Capucino ke Latte?”.Bila aku diam membisu ketika perempuan di telefon itu mendesak ku menjawab siapa lelaki itu, dia cukup marah…..talian telefon itu terus diputuskannya.Aku tidak mendengar apa2 berita darinya selepas hari itu.Apa yang penting, aku hari ini adalah diriku sebenarnya, bukan apa yang orang lain ingin aku jadi, dan semua suratan takdir sudah ditentukan Allah.Kita manusia perlu redha dan bersyukur seadanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s