Same Yet Different

My drawing.. Lama dah tak melukis utk blog ni.🙂

Salam..

Walaupun setiap manusia sama, iaitu mempunyai akal fikiran, namun tidak seorangpun manusia di sunia ini yang mempunyai cara pemikiran yang sama. Setiap ilmu, didikan dan pengetahuan akan membentuk cara berfikir yang berbeza bagi setiap individu. Begitulah juga berbezanya cara setiap individu menempuh konflik hidup umumnya, virus HIV khususnya.

Tahap kestabilan emosi tatkala menerima keputusan ‘HIV positif’ sangatlah berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ada yang cukup kuat, ada yang cukup-cukup kuat, dan ada juga yang tak cukup kuat. Bagi yang cukup dan cukup-cukup kekuatannya, bertuahlah mereka. Namun pernahkah kita terfikir tentang mereka yang tak cukup kuat? Berapa ramaikah antara mereka ini yang telah tewas? Tewas terhadap virus, tewas terhadap stigma, tewas terhadap tekanan emosi? Ada yang kita tidak pernah dan tidak akan langsung mendengar khabar tentang mereka, kerana mereka telah tewas, lalu terjatuh menyembah bumi, tanpa ada sesiapa yang sanggup menghulurkan bantuan, pada pemikiran mereka yang tewas ini.

Setiap manusia mempunyai kekuatannya tersendiri. Adalah menjadi satu kewajipan sesama mukmin, yang kuat membantu yang lemah, yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit, yang hidup membantu yang mati. Mukmin adalah satu komuniti besar, namun bukanlah semuanya yang berada di dalam komuniti itu adalah mukmin yang boleh dibanggakan. Ada yang menggunung riaknya, ada yang menjulang kejamnya, ada yang menyilau bakhilnya..

Namun dalam komuniti besar yang serba cela itu, terdapat juga komuniti-komuniti kecil, yang mana ahli-ahlinya berkongsi sesuatu, sesuatu yang tersembunyi, sesuatu yang menginsafkan, sesuatu yang menemukan mereka. HIV. Itulah sesuatu itu. Sesuatu yang dipandang keji pada masyarakat yang tiada ilmu, sesuatu yang dipandang berbahaya pada masyarakat yang mempunyai sedikit ilmu, namun sesuatu yang menginsafkan pada mereka yang betul-betul melihat dengan mata hati.

Syukur aku panjatkan, kerana aku berada dalam komuniti itu. Aku berkongsi emosi mereka, mereka berkongsi emosi aku. Kami tidak memaksa diri. Kami tidak melakukan demi kemanusiaan. Kami hanya mahu menjadi bahu bagi yang lain menangis. Tatkala aku menangis, betapa banyaknya bahu yang dihulurkan. Sedikit sebanyak, kehangatan mereka dapat aku rasakan.

Terima kasih semua.🙂

10 thoughts on “Same Yet Different

  1. Jgn lemah smngt lgi yer…ade juga yg lain2 membantu n bagi semangat..

    Cantik drawing,saya tak pandai melukis langsung.murid2 selalu gelakkan bile saya nak lukis sesuatu.lain plak jadi lukisan tu nanti…

  2. tahniah!
    ini yg kita cari😀
    dpt tumpang cari kekuatan.

    p/s- lukisan tu memang cantik!
    selama ni saya ingatkan imej dari pakcik google!
    tolong lukis gambar org tua ni satu, boleh?

    1. Err.. Lukisan2 masa saya awal2 berblog dulu tu mmg saya yg lukis.. cuma saya buat tema gelap sbb konon2 mode sedih.. huhu.. Nak lukis gambar AHP? err.. leh je kot.. nt sy try k.. sy tak pandai sgt lukis org betul..

    1. leh je nak kawan.. tp x perlu la simpati k.. sbb sblm ni ade gak yg nak kawan berdasarkan simpati, tapi akhirnya kawan ke mana, simpati ke mana..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s