The Hands That Reach Out For Me….

Assalamualaikum.

Lepas baca entry dari blog AHP tadi, aku rasa agak terkesan. Sebak pun ade gak. Komuniti yang dicetuskan oleh AHP dah semakin ramai ahlinya. Aku tak nafikan, aku sangat terharu bila melihat ada mereka2 yang bukan PLHIV, tapi sanggup meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan aktiviti2 yang dijalankan. Mulianya mereka….

Terus-terang juga aku katakan, aku sangat-sangat teringin untuk join aktiviti2 yang dijalankan tu. Tapi setiap kali, kekangan masa dan kewangan akan membataskan keinginan aku tu. Aku teringin sekali nak lepak2 bersama mereka2 yang senasib dengan aku.. Mereka2 yang betul2 memahami apa yang aku rasa.. Betapa rindunya aku pada perasaan ‘diterima’ itu.. Sebab sejak didiagnos, aku dah hilang perasaan itu……

Titisan demi titisan airmata mengalir semasa membaca entri demi entri di blog AHP.. Dah agak lama aku tak menjenguk ke sana.. Sebab sibuk mungkin hanya alasan.. Sebenarnya aku takut dan malu nak bersemuka dengan kawan2 PLHIV.. Aku ni takde ilmu.. Takde harta.. Takde ilmu agama..😦

………………………….

9 thoughts on “The Hands That Reach Out For Me….

  1. janganlah sedih abah (AHP) boleh bantu dari segi agama. Tak di nafikan perasaan di terima tu sangat tinggi di kalangan PLHIV bila bersama komuniti.. abah selalu menekankan kepada kami tentang judmental, stigma dan sebagainya..🙂

    1. Yup.. perasan diterima tu la yg sy rindukan.. kalau lepak ngan kwn2, sy masih rasa terasing sbb klu diorg tau status HIV sy, mst diorg akan jauhkn diri..

  2. pertama sekali awak sendiri mesti kuat. tanamkan fikiran positif dalam diri. saya pasti, di kalangan rakan2 PLHIV awak diterima baik. dan saya nak awak tahu, bukan semua ahli masyarakat bersikap judgemental terhadap PLHIV.

    stay strong okey.

    ingat pada tuhan, sentiasa buat amal kebaikan, insyaAllah awak akan jumpa dengan orang orang yang baik di sepanjang perjalanan hidup awak.

    apa yang nak dimalukan. kalau takde ilmu, kita boleh berguru kan? ramai rakan rakan yang boleh bantu. dan macam yang AO cakap, AHP kan ada. AHP boleh bantu awak dari aspek agama. alangkan kami yang bukan PLHIV pun tidak setinggi mana ilmu dalam dada. kita sama sama belajar.

  3. jgn begitu sahabat.
    jgn hinakan diri sendiri keterlaluan.
    itu sebenarnya langsung tak pernah difikirkan.
    tak ada duit, terus terang sahaja kerana kita sebuah keluarga besar. tak ada malu2nya. asalkan nak join, tahulah saya menguruskan bantuan.

    13 april lepas saya memang nak jumpa. tapi tak jadi pula sebab anak masuk mrsm. mungkin lain kali kita akan berjumpa. sgt2 berharap ikut saya join workshop bulan 6 nanti.
    saya nampak sgt banyak aura dan potensi positif dlm diri sahabat.
    pergi sama2, naik kereta saya pun tak apa.

  4. Aku menyanyangi golongan PLHIV ni walaupun aku bukan PLHIV. Menyanyangi mereka bukan disebabkan rasa simpati tetapi mereka telah diberi peringatan awal (bukan mereka minta) oleh Allah dan mereka diuji dengan penyakit ini.
    Adakah kita golongan yang bukan PLHIV menyangka kita lebih baik dari mereka dan ‘confirm’ masuk syurga?. Entah-entah mereka semua masuk syurga dan kita masuk neraka sebab taubat mereka telah diterima Allah walaupun kita siang malam beribadah kepada Allah sejak dulu.
    Kita masuk syurga bukan sebab ibadah atau amal kebajikan yang kita lakukan (itu hanya penyebab sahaja) tapi kita masuk syurga kerana rahmat Allah yang memilih siapa yang Dia kehendaki.
    Seorang pelacur pun boleh masuk syurga bila mana dia memberi minum pada seekor anjing. Seorang pembunuh yang telah membunuh 100 orang pun boleh masuk syurga. Dua kisah ni bukan kisah dongeng atau kisah dalam hikayat Melayu ‘Tun Sri Lanang’, tapi ia hadis nabi yang soheh.
    Menilai orang bukan atas kisah silam mereka dulu, tapi apa yang dia jadi sekarang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s