This Worries Me Much

Salam..

Tengah tengok2 tv, sambil layan adik2 aku, aku terfikir…..

“Macam mana kalau aku secara tak sengaja menjangkitkan HIV pada ahli keluarga aku? Mungkin ada darah aku terkena di mana-mana, dan terkena pada keluarga aku? Macam mana kalau terkena pada adik aku yang berumur 5 tahun ni? Macam mana kalau dia tewas kepada penyakit ni?…..”

Dari situ, macam2 lak yang aku fikirkan.. Dah la aku ni sakit, aku sakitkan pulak orang lain.. Kalau jadi macam tu, aku tak rasa aku boleh maafkan diri aku, apa lagi ahli keluarga aku.. Aku tak rasa diorang akan maafkan aku..

Kadang2 aku rasa macam nak lari, tapi aku tak mampu sebab aku sayangkan keluarga aku.. Adakah aku selfish sebab lebih utamakan perasaan aku daripada keselamatan keluarga aku?

Aku mampu maafkan diri aku atas kesilapan yang aku dah buat hingga dapat penyakit ni, tapi aku takkan dapat maafkan diri aku kalau sesuatu berlaku pada ahli keluarga aku………….

24 thoughts on “This Worries Me Much

  1. wkmslm…

    mmmmmmmmm……betul jugak apa yg ko pikirkn tu
    yakinlah dengan mengambil langkah berjaga2 terutama kebersihan sekeliling,lepas tu jgn terlalu fikir yg bukan2 pasal berjangkit kat family ko ..insyaallah dipermudahkan

    1. mmg berjaga2.. Asingkn semua yg guna spt berus gigi, penyepit kuku, gunting, dan lain2 lagi.. Tak balik kg klu demam.. Tp mmg takut.. Sangat takut..

  2. HIV adalah virus yang lemah apabila terdedah kepada udara. Inyallah doakan yang terbaik buat keluarga

  3. Saya pun macam tu jugak dulu, sentuh anak saudara dah mula risau, nak plaster kan luka mereka yang berdarah ( kita tak berdarah) pun takut. peluh kita pun takut terkena ia orang dan mcm-mcm lagi. Pengalaman saya memang macam tu jugak dulu, usah risau lama-lama ok lah…..

  4. saya dulu pun risau mcm tu jgk. tp kena ingat ia tidak mudah berjangkit. sy pun risau klu2 terjangkit dgn adik sy umo 8 tahun tu. tp insya allah tidak kot

  5. masalah ni berlaku pada sy satu family yg mane pakcik sy is PLHIV dok satu rumah ngan kami dan kami tau dia ader HIV even sumer sedara mare tau dia ader HIV…mula2 kami sgt rasa janggal, pinggan,sudu,garpu sume diasingkan. sampaikan baju pon dia basuh sendiri. sian kan? xadil utk dia. kalau sedara mare dtg sumer xnak dekat ngan dia. hmmmmm….xsampai hati plak sy tgk keadaan mcmni berterusan, jadi saya berusaha utk cari info berkaitan dgn HIv n I found AHP’s blog,since that I explain to my famly espcially my mom HIV ni aper sebenarnyer…

    so, skrang ni ok suda,dia pon cuba menyesuaikan diri dgn keadaan baru nyer tu…tapi sy sgt lah kecewa sbb pabila appointment doc, dia xpnah tau CD4 n vl dia brape…nape doc xinform dia ek?geram lah…asyik bgtau “biasa la tu kdg ader tinggi, ader rendah” –> aper la doktor mcmni…jgn la sbb pakcik sy org kg, non-educated person mcm komuniti positive warriors ni jd diorang abaikan mcm tu jer…bile sy tgk ubatan2 pakcik sy tu mcm xde plak ubat2 HAART , tapi doc ader bgtau dia kena amik ubat HAART..aishhh…pelik sy.

    maaf la tuan tanah, membebel disini mcm sy punyer blog plak…really sorry….

    1. takpe, kita boleh berkongsi cerita kat sini.. Sebab ni lah saya kalau boleh taknak bagitau keluarga dan kawan2 pasal ni.. sedangkan keluarga sendiri boleh buat macam tu, ni kan pulak kawan2.. Sy kesian kat pakcik awak.. Rasanya elok dia pergi jumpa doktor yang betul2 bertauliah utk ID (Infectous Disease), sebab diorg lebih tau nak handle pesakit.. Saya pun orang kampung gak, dan jugak non-educated.. ade SPM je.. Tp doktor sy tak kira pun semua tu.. Yg dia tau, nak selamatkan nyawa pesakit..

  6. serius beb.. u kene ada orang lain among ur family members yg tau ur condition.. at least there will be a buffer kalo apa2 unexpected events happened that might expose ur hidden truth.. bkn apa.. kurang2nye ada somebody yg leh cerahkan keadaan yg keruh keria masa tu.. part jangkit kat org lain tu rasanya mmg tipis sgt2. just keep ur awareness at a priority level.

    1. Aku anak sulung dalam family, dan mak ayah aku jenis tipikal melayu.. tak mungkin diorang akan faham, dan adik2 aku pun berfikiran kampung.. Pernah dulu ade sorang kat kampung tu kena HIV sebab ambik dadah, semua orang cakap bukan2 pasal dia termasuk family aku sendiri.. Takpe la, ape yg berlaku nanti, aku terima je yop..

      1. hmm.. Aku x patot pndai2 bg advice mcm tu kat ko.. Apologies.. Im sure u know whats best n will make wise dcisions on whatever matter arises. Mudah2an Allah berikan u sekeluarga hidayah n ketabahan. Its not a matter of fairness amongst family dah kot, s erah n tawakal pd Allah bro.

  7. be strong ya.. there are many supporters out there,u r not alone. Allah is always with u. hidup di dunia sementara, di sana kekal abadi..be strong..be positive..insyaallah..ingat, Allah amat sayangkan hambaNYA….

  8. Biasalah -ve thoughts tu normal. Yang tak normalnya bila kita taknak bangkit lepas terfikir yang -ve.

    Orait?

    Kita manusia biasa. Yang penting banyak doa. Banyak-banyak doa. InsyaAllah semua oke🙂

  9. Hi crafoc. Aku rasa, kalau ko xmo bagitau kat family, at least ko kena kenalkan kat family ko salah seorang kawan rapat ko yang ko percaya, yang tau pasal condition ko. So, worst come to worst, kalau something unexpected happened, kawan ko boleh tenangkan family ko.

    Just my 2 cents la..

  10. Serius ni bro!!! Jgn diam sorang2 je.. u’ve stop writing on ur blog for quite some time now.. don’t forget, some of us really care bout you even though kita x penah jumpa or have a real conversation, As i said b4, ‘being exemplary to others’ should become on of your successive motivation.. hakikat kene terima, takdir di tangan Allah. Aku x tau keadaan ko skg, sakit sgt ke, perit smpai xleh bgn ke, malas nak bukak blog ke, family dah tau ke, senang kata ‘ko punya susah aku mana tau’ kan? but please remember, as ur friends, supporters, whatever, gather some strength and communicate with us. sedar x sedar aku (atau kami orang???) really do care bout u from a distance, hence therefore it would not be fair for u to keep ur distance from us (as far as our friendship is concern) . Do write to all of us. Please.

    1. Thanks for worrying about me.. To tell you the truth, I somehow feel hopeless lately.. Everything I do turns out bad.. I lose the will to write here.. I know some of you really care about me, but I can’t shake the truth that I’m really alone in my world.. I couldn’t even count how many times I’ve cried over this.. Maybe this is one of my ‘dramatical’ period, but it’s one of the deepest..

      1. Jgnlah sampai rasa hopeless camtu skali, k? Kita kena kuat, baru kita leh lawan semua possibilities, or at least hadapi dgn penuh iman dan tenang… Jom kopi dgn saya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s