What Effects?

Salam..

Sejak 9 Feb lepas, aku dah start makan ubat iaitu gabungan Combivir ngan Hirapine.. Sebelum makan ubat, aku betol2 takutkan side effects yang byk diberitahu..

Tapi hari ni dah masuk hari ketiga, dan aku tak rasa apa2 effect yang buruk pun.. Cuma lepas makan Hirapine tu, aku jadi mengantuk yg amat.. Seb baik makan kul 10 mlm, so bila dah ngantok tu leh terus tido.. Aku akan tido nyenyak giler lak tuh.. Dah lama aku tak rasa tido nyenyak camnih..🙂

Selain 2 ubat tu, aku jugak kena makan antibiotics setiap hari.. Masa hari 1st je aku makan antibiotic tu, ada rasa sakit perut sikit.. Tapi sekarang dah ok. Takde rasa apa2 dah.🙂

So kepada kawan2 yang belum start HAART, jangan takut2 k.. InsyaAllah, takde side effects.. Jgn jadi mcm aku sebelum ni, meroyan tak tentu pasal sbb takutkan side effects padahal ubat pun tak makan lagi.. Hehehe..

25 thoughts on “What Effects?

  1. tahniah atas sikap positif. jgn terlalu fikirkan side effect krn ianya akan buatkan kita tercari2. bila gitu pening sikit je terus kita andaikan sebagai side effect sdgkan ianya mungkin pening biasa.
    apa2pun tunggu selepas 2 minggu. harap tiada alahan apa2.
    hubungi kawan2 yg baru memulakan rawatan haart spt laila, impiansuci dan survivor utk berkongsi sokongan.

  2. jangan lupa waktu makan ubat ya… semoga semuanya berjalan lancar…ingat nak kemana2 sekalipun ubat mesti bawa

  3. all the best crafoc… saya mendoakan yang terbaik buat awak. semoga awak tabah melalui hari2 mendatang… all the best..

  4. Salam..
    Aku baru je di diagnosed ada HIV+ minggu lepas + VDRL aka Syphillis. Sebab yg dpt tau aku ada ni lepas aku collapsed dlm bilik air umah due to shortness of breath.. Terus bawak pegi hospital and doctor ckp aku kena Pneumocystitis Pneumonia.. Hampir 50/50 jgk.. Sampai dah nak kena intubate tube pernafasan… 10/7/2013, after HIV Rapid Test dgn 1st sample HIV Serology keluar and menunjukkan Positive/Reactive, 2nd sample HIV Serology punya result pun keluar. Dan it is confirmed aku RVD +ve atau HIV +ve secara rasminya. Malu nya Allah je yang tau. Bila semua dalam ward seakan2 mcm tau masalah kesihatan aku dan alhamdulillah dorang sgt supportive. Nasib aku bkn dlm isolation room, so x d la rasa di pulaukan sangat.

    Buat pengetahuan korang, aku ni baru 22 tahun dan masih menuntut kat IPTA dlm bidang pergigian. So tamparan yg amat berat dan besar utk aku terima, lebih2 lagi aku anak lelaki tunggal keluarga aku. CD4 or T-Cell aku punya rendah dgn bacaan viral load aku yg agk tinggi.

    23/07/2013 ni aku sesi counselling utk HAART dgn Hospital Temerloh. X tau mcmana nak berdepan dgn benda ni bila mak aku eager sgt nak tau apa sebenarnya penyakit aku….. Aku sorang2. X d kawan utk di jadikan rujukan. Syukur ada blog ni, sedikit sebanyak bg aku semangat utk terus hidup. Dari discharge semalam, sampai la skrg aku menangis.. Masa kat hospital x d la tertekan sgt. Tp bila kt rumah, duduk dlm bilik, aku jd x keruan….. Hope admin blh keep in touch dgn aku thru my e-mail address. I need support from u. Really need it.😥
    Terlalu fragile rasanya diri ni. Semoga ada hikmah di bulan ramadhan ni di atas semua yg jadi kat aku………

    Hope to hear from you soon.

    Regards,
    Zul

    1. Salam Zul.. Aku tumpang sedih sbb aku tau perasaan ko camne.. Kalau tak nanges tu mmg bukan manusia la.. Alhamdulillah ko survive dari pneumonia tu.. Bahama gak tu.. Jgn risau k, aku leh je jd pendengar klu ko nak luahkn pape.. Kita dh mcm keluarga..

  5. Thankss.. Allah je Maha tau perasaan aku skrg. Ikutkan hati, mati. Ikut rasa binasa…. Tp aku redha, Allah tau apa yg terbaik utk hamba dia. Sekurang2 nya ia membuatkan aku lebih menghargai kehidupan ni…… Dan paling penting aku dpt kwn baru…….
    Yg senasib. Ramai ckp, well said is easy than well done.. Life must go on.. Tp tulah, HIV x mengenal usia.. 22 tu masih terlalu awal utk aku terima hakikat..😦

    1. Apa2 pun, yg plg penting jgn salahkan diri sendiri.. HIV ni penyakit.. Sape2 leh dpt n bukan salah sape2.. Live your life to the max from now on.. Mcm aku.. Huhu.. Igt, it’s not the end of the world.. Mkn ubat, nescaya sihat walafiat mcm org lain.. Silap2 lagi sihat.. Huhu..

      1. Yup. Betul.. Even skrg ni pun aku x 100% recovered lagi dari effect pneumonia ni. Teruk betul. Nak2 ubat dia, 48 bijik kena telan dari pagi smpai malam. Antibiotics, ubat kumur utk oral thrush lagi… Mak aku sampai pelik.. Ape la sakit aku sebenarnya..
        Pasal Syphillis tu, aku dah start cucuk penicillin… Pergh! Sakit nya Allah je tau. 10cc penicillin.

        Btw, aku ada hantar e-mail kat crafoc@yahoo.com tu.. Ada masa reply la..

      2. Okay.. Set…
        Aku tggu. Whatsapps pun okay. Ikut keselesaan ko la.. Mana yg memudahkan..

  6. Hi. I’m Peter 25 gay. I baru start HAART semalam, CD4 aku 68 jatuh mendadak dari 380. Agak risau sal side effects. Hope so I’m ok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s