White Lie

Salam..

Malam tadi, sorang kawan kat tempat keje ni datang rumah aku.. Macam biasa, dia akan terus masuk bilik aku utk lepak2 n borak2.. So malam tadi masa dia datang, ubat2 yang aku baru dapat dari doktor aku masih bersepah atas meja dalam bilik aku..

So dia masuk2 bilik je, dia terus nampak ubat2 tu.. So aku terus fikir cara untuk menangkis soalan yang bakal diajukan..

Akhirnya dia pun tanya soalan cepumas tuh, “Ko sakit apa ni? Ubat kemain banyak lagi.”

Aku yang pernah ada sejarah AF (Atrial Fibrillation) ni terus la jawab ada AF.. Bukan apa, kalau aku rahsiakan, takut dia gi cari maklumat pasal ubat tu lak kat internet.. So aku rasa tak salah untuk aku tipu dia..

Selepas tu, mungkin dia berniat untuk bergurau, dia pun cakap, “Aku ingat ko HIV positif.. Klu ko HIV, mmg aku takkan dtg rumah ko lagi.. Takut berjangkit lak.. Wakakakaka!!!”

Terkedu aku bila dengar dia cakap tu.. Aku tau dia bergurau, tapi memang aku betul2 terasa dengan ayat-ayat cinta dia tu.. Betapa hinanya aku yang HIV positif ni, sampai kalau orang tau, diorang taknak datang rumah aku pun.. Macam la seluruh rumah aku dah tercemar dgn virus HIV..

Dah nasib aku.. Terima je laaaaaa..

9 thoughts on “White Lie

  1. Pedas siot komen tu. Harap ko sabar he. Cetek benar pemahaman dia pasal HIV ni. Lepas ni, ko pandai-pandai la cover ubat tu, tp jgn tak makan ubat / lewat mkn ubat sebab terlalu nak cover. Ingat, Allah sentiasa menjaga maruah dan aib kita selagi mana kita tak dedahkan aib kita. Kita dah usaha makan ubat, lepas ni step seterusnya tawakal ok. Good luck.

    1. yup.. mmg sgt pedas.. tp aku kena faham, iaitu org yg tak tau banyak psl HIV ni mmg akan ckp camtu.. aku pun tak salahkan dia.. dulu sebelum aku kena ni pun, aku tak tau sgt psl HIV..

  2. Relax ar. Bukan semua orang macam tu. And of coz dia tak maksudkan tu.. Kalau lah dia tahu ko ada HIV, of coz dia takkan cakap camtu.. Chill, dont take it personal ok.

  3. Sabar sabar, dugaan hidup,, chiayok chiayok ,, kitorang sokong ,, cume kadang kadang sy tersepit dgn kata kata org ofis jugak yg suruh sy masak sebagai tugas mak, bukan x nk pegang pisau, sebab pernah sekali terkena pisau Mase nk masak, tp mak paham,, cume terbayang camne kalau anak sy dh besar nanti n nk terangkan kat anak camne pasal sakit sy ni ., sape x nk masak untuk anak sendiri kan? Entah lah,, cubaan cubaan,, hehe,, but now im ok,, just buat x tau je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s