The Time Has Come…..

Salam..

Korang tau kan bln lepas aku ada buat blood check kat Hospital Seremban. So minggu lepas aku dah dapat result untuk blood check tu..

Keputusan yang mengejutkan, sebab tahap CD4 aku jatuh mendadak.. Doktor aku terus SMS aku dan bagitau yang aku mungkin kena start HAART secepat mungkin.. Tapi dia nakkan kepastian, so dia mintak aku buat satu lagi blood check terakhir..

Jadi pada Rabu lepas, aku dah pergi Hospital Seremban lagi untuk buat satiu lagi blood check.. Sekarang aku berdebar menunggu result.. Dalam 2 minggu lagi keluar la kot..

Terus terang aku cakap, aku memang tersentak bila doktor bagitau yang aku kena start HAART.. Selama hampir 3 tahun hidup dengan virus ni, aku tak sangka yang tak lama lagi aku kena mulakan terapi ubat bagi mengekang virus ni…

Aku bukan takut makan ubat.. Tapi dengan bermulanya HAART, aku rasa seolah-olah aku succumbed dengan virus ni.. Aku dah tewas dalam perjuangan pertama aku.. Perjuangan untuk memastikan tahap CD4 dan CD8 aku sentiasa berada di tahap yang memuaskan.. Aku dah tewas..

Aku juga terfikir, macam mana aku nak sembunyikan ubat yang aku perlu ambil setiap 12 jam ni daripada kawan2 dan keluarga aku? Kalau diorang tanya tu ubat apa, aku nak jawab apa? Aku ni seorang yang sihat, jadi kalau aku tiba-tiba makan ubat secara berkala, memang akan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang2 yang rapat dengan aku..

Tapi apa pun, benda dah berlaku.. Aku mengaku aku menangis, tapi tangisan ni tak dapat mengubah apa2.. Kesakitan disebabkan penyakit yang aku rasa ni, tak sesakit kesakitan terpaksa berbohong dengan keluarga, berbohong dengan kawan2..

Wujud juga kesakitan dalam menyedari yang aku terpaksa melalui detik2 menyedihkan ni seorang diri.. Tiada bahu untuk aku menangis.. Tiada telinga untuk aku meluahkan luahan hati yg hancur..

😦

16 thoughts on “The Time Has Come…..

  1. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solatlah. Sungguh, Allah beserta dan bersama-sama orang-orang yang sabar (2:153)

  2. bohong kerana menjaga nama baik awk. teruskan kehidupan spt biasa, cari rakan2 senasib yg boleh jd tempat awk mengadu. jgn bersendirian. carila kwn2 yg memahami n menerima awk seadanya.

    1. sy start HAART 13 Feb ni. Bimbang mmg ada tak dpt nak tipu diri sendiri kata dgn org i m okay. tp itulah hakikat, perlu tempuhi jg.takda pilihan buat kita melainkan itu shj. ikutkan hati tak nak mkn tp bukankah itu sama mcm aniaya diri sndiri.tepuk dada tanya diri sendiri nak wat pilihan terbaik.

  3. hi bro..assalamualaikum..
    long time i didnt pass by ur blog..hehe
    i felt sorry when read about your blood test result..
    be strong ya bro..
    a little bit of advise..hehe
    take it posistively..taking haart as a vitmain or supplement in your daily life..not only sick people take supplement, healthy people also take supplement to boos the body immune due to the food we eat, current whether condition & also stress at work..so its normal nowadays if we see a lot of people take supplement at morning..
    anyway..its easy to say than do it right..hehe
    alhamdulillah as for me..
    i took haart for 1 year already..
    29 november 2010 to 29 november 2011..alhamdulillah i felt so healthy n my life turns so happy compare for the last 2 years!!
    i got my 2nd chance!! n i will not waste it..hehe “pray for me”..
    anyway..my advise was..
    dont think too much for what people will think about you..which i always do sometimes..hehe
    the most important thing is we need to be healthy!! take haart as part of your meal..you need to eat to get energy in your daily life..insyaallah you will be fine..think positively & try to avoid stress..which the most important tool to increase our cd4..
    do remember Allah will always be with us when we always thinks about Him..my good friend once said..”Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya Dia tahu yang hambanya tidak kuat untuk menghadapinya”..Insyaallah u will get through it!!!

    oklah..till we chat again..
    assalamualaikum..

    1. Pergghhh!!! Panjangnye komen hang!! Huhu..

      Thanks for the advice bro.. Congratz on your taking HAART for a year! I hope my body is strong enough to overcome any side effects that’ll occur after I start my HAART.. Maybe we can meet up and share stories.. Huhu~~~

  4. awak dpt peluang 3 tahun mengetahui ‘sakit’ tanpa HAART..saya pula 3 mggu tahu..dah start HAART..

    1. Takpe, at least dah start HAART kan.. dari tak makan ubat langsung, kang makin sakit lak.. IsyaAllah, kita boleh jadi makin sihat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s