To Be kicked When You’re Down…..

Salam….

Pernahkah korang mempunyai seorang sahabat karib yang mana korang begitu serasi, sampai korang akan lakukan segalanya bersama? Alhamdulillah, sejak aku kerja kat tempat kerja yang ni 2 tahun lepas, aku berkenalan dengan seorang yang boleh terima aku seadanya, dan aku terima dia seadanya. Kami dah jadi terlalu akrab, sehingga kami pergi ke mana pun bersama, kecuali kalau dia ada hal dengan wife dan anak dia.. Dan bukan, dia bukan GAY… Dia seorang lelaki straight..

Kami memang sangat rapat, sehingga kat ofis ni, kami memang mendapat gelaran besfren of the ofis.. Aku memang sangat sayangkan dia, dan dia pun sayangkan aku.. Tapi dia tak tau la pasal status HIV aku nih..

Namun sejak akhir2 ni, sesuatu berlaku pada dia kat ofis dia, dan benda tu menyebabkan dia terus hilang semangat untuk kerja kat sini.. Dan akhirnya dia buat keputusan untuk berpindah.. Betapa hancurnya hati aku bila dia bagitau aku petang tadi yang dia nak pindah.. Menitis airmata aku depan dia.. Aku ni jenis tak banyak kawan, tapi bila aku dah ada kawan, memang aku akan hargai kawan aku.. Aku memang berat hati nak lepaskan dia.. Aku tau dia pun sedih jugak, tapi dia tak menangis..

Dia dah apply untuk bertiukar, dan sekarang tengah tunggu keputusan pihak atasan.. Peluang untuk dia dapat bertukar adalah cerah sebab tempat yang dia nak pergi tu ada kekosongan.. Aku macam tak percaya yang aku akan kehilangan seorang kawan yang aku dah sayang.. Aku tak tau nak buat apa lepas dia pergi nanti.. Mungkin aku akan lakukan apa yang aku nak lakukan sejak dulu, iaitu lari dari semua ni.. Aku akan mintak bertukar ke tempat yang jauh, mungkin ke kawasan pedalaman Sarawak sebab kalau mintak ke sana memang komfem dapat.. Aku nak pindah sebab dah takde apa2 untuk aku kat sini..

Salam…….

17 thoughts on “To Be kicked When You’re Down…..

  1. sedih aku bace post ni…😥
    sabar bro… jangan la sampai bwk diri jauh2…

    p/s: check your email pls…. pls pls pls…..

    1. check my email? Why? I just deleted all of my mails bcos there were too many spams.. Did u send me a mail? Could u send it again, please?

  2. hi tumpang tnye, awak buat pemeriksaan ogos 2009 kan, dlm comment entry awal tu awk ckp antara tanda2 tu demam tak kebah. actually, sblm demam tu bile last awk lakukan aktiviti berisiko? sebulan? 2-3 bulan? kalau bole nk tau bile awk seroconverted. thanks.

    1. rasenye dh ada cerita psl ni.. anyway, sy demam tu x lama lps sy buat aktiviti berisiko.. kata doktor, demam sbb badan terkejut dgn kehadiran HIV..

  3. sedih baca cerita ni….

    tp motif ko nk pindah jauh nape? lempang kan, duk je situ dekat dgn semua org

  4. lumrah hidup tiada yg kekal.
    dtg dan pergi silih berganti,
    siang dan malam terus berputar,
    bertemu dan berpisah kerana Allah.
    jgn sedih2, di sebalik mendung, akan ada cahaya,
    insya-Allah…

  5. sy pun mcm nak pindah sabah n sarawak..ada juga dlm perancangan..tapi kena setelkn byk benda bru leh pindah..wat masa skang nk ubat luka sakit kat hati..ketenangan di perolehi bila sujud padaNya..kuatkan semangat awak…ujian Allah ini adalah tandanya awak kuat, awak mampu menghadapinya…

  6. salam,
    isaya baru terjumpa blog ni.

    saya bukan pesakit HIV+. saya takkan faham apa yang awak rasa dan sedang lalui.

    tapi, tetap saya nak beritahu. u must be strong from inside.
    kita be strong bukan untuk siapa2, tp untuk diri kita sendiri.

    dan semestinya, kita xboleh sorang2. we need others. for the mean time, our best friend should be Allah.
    cakapkan apa saja pada Dia.
    Allah dengar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s