What To Say?…..

Salam..

Dah agak lama aku tak update blog ni. Banyak yg aku pikir. Tentang hidup. Tentang mati. Tentang hidup selepas mati……………..

Sebenarnya sepatutnya bulan ni aku dah kena pergi buat blood test yang seterusnya sebab dah cukup 3 bulan sejak kali terakhir aku buat blood test. Tapi entahlah. Macam banyak pulak yang menghalang. Dari segi kewangan satu hal, dari segi emosi pun satu hal gak. Macam biasa, bajet aku tiap2 bulan memang limited, tapi bulan ni agak teruk sebab housemate aku ni dah 4 bulan tak bayar duit rumah akt aku, padahal aku kena bayar full duit rumah tu. maknanya selama 4 bulan ni, aku dok bayar duit rumah untuk part dia sekali. Dah la duit yang dia pinjam kat aku dah setahun tak bayar2. Kalau sikit takpe, ni cecah ribu.. So dari segi kewangan memang aku dah betul2 paras leher.. Haha!!

Tp kalau bukan sebab kewangan pun, aku rasa macam dah malas nak buat blood test. Macam dah takde semangat. Tiap kali lepas solat aku akan berdoa utk dikembalikan semangat aku untuk hidup, tapi entah la.. Kadang2 aku terfikir jugak untuk berdoa supaya ajal aku diawalkan……… Berdosanya aku sebab berdoa macam tu.. Tapi memang tu yang aku rasa.

Aku dah putus idea nak taip.. Until next time.🙂

3 thoughts on “What To Say?…..

  1. salam bang,
    byk sungguh dugaan abg ni,berdoala agar dipermudahkan segala urusan,,InsyaAllah…hai ade jugak orang yang tak tahu kesusahan orang lain..mungkin ade hikmahnya tu..

    1. salam rizz..
      x tahu la ni ujian ataupun balasan.. haha!! just terpaksa terima je.. org2 sekeliling hanya tahu mengutuk dan menghina.. diorg tak tau apa yg abg tgh lalui.. kadang2 gurauan tu macam terlalu berat..😦

  2. Be strong bro.. kat luar sana ada yg lebih teruk keadaan diorang.. aku sendiri pun masa dapat tau yg aku positif, CD4 aku hanya 2 (dua)..bukan 20 or 200 ok.. dan masa tu memang aku betul2 kurus.. alhamdulillah skrg kesihatan makin baik. paling penting adalah mindset kita.. jangan terlalu fikirkan tentang HIV+ dan segala musibah yg melanda..semuanya ujian dari Allah.. happykan diri, enjoy.. muhasabah diri.. apa2 pun ajal maut di tangan Allah..kita jangan sesekali mempersoalkannya.. itu kerja Dia.. percayalah..Allah takkan menguji hamba2Nya dengan ujian yg diluar kemampuan mereka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s