End Of The Line….

Salam…..

Pada yang setia membaca blog ni sejak beberapa bulan yang lepas, tentu korang masih ingat lagi tentang sesuatu yang sangat menggembirakan aku yang berlaku dalam hidup aku sebelum ini.. Perkara tu ialah, seseorang yang ‘normal’ telah menerima diriku ini seadanya, dan menghulurkan secebis kasih sayang.. Orang tersebut telah memberikan inspirasi kepada aku untuk emng’hidup’kan kembali blog ini yang telah lama mati.. Seseorang yang telah memberi aku suntikan semangat kerana telah menerima aku yang hina-dina ini.. Seseorang yang mana setiap hari aku bangun dari tidur, perkara pertama yang akan aku lakukan adalah mendoakan kebahagiaannya, dan sebelum tisur aku sentiasa fikirkan tentang dirinya, dengan harapan dia juga memikirkan tentang diriku……

Tapi…………………

Hari ini semuanya telah berakhir.. Segala kata2 semangat yg pernah diucapkannya dirasakan begitu jauh.. Segala kegembiraan yang aku rasakan setiap hari seperti satu yang sia-sia.. Kerana hari ini, sesuatu yang aku rasakan sejak dulu akhirnya terjawab.. Persoalan, ‘adakah dia betul2 menyayangi aku?’ akhirnya ada jawapan.. Cukuplah jika aku katakan yang apa yg dia rasakan terhadap aku, bukanlah seperti yang aku harapkan… Korang jangan salah faham.. Aku bukanlah mengharapkan seks dari beliau sebab memang aku dah lama give up terhadap seks.. Apa yang aku harapkan adalah, seseorang yang sanggup menyayangi aku tanpa prejudis..

Mungkin ada yang menganggap apa yang aku rasakan ni sesuatu yang berdosa, tetapi izinkan aku bertanya…. Adakah berdosa seorang lelaki menyayangi seorang lelaki lain tanpa desakan nafsu? Apa yang wujud hanya perasaan kasih yang dalam.. Adakah berdosa apa yang aku rasakan itu? Aku bukan minta hubungan seks, aku bukan minta ciuman, aku bukan minta pelukan erat.. Apa yang aku minta hanya satu ruang dalam hati untuk menyayangi dan disayangi.. Adakah salah?……

Sekarang semuanya dah berakhir, dan aku mengaku yang aku betul2 patah hati… Aku dah hilang semangat untuk berblog lagi..

Airmata aku tak henti2 mengalir sejak tadi.. Lebih2 lagi bila aku teringatkan detik2 awal perkenala kitorg dulu.. Sifat daringnya yang call aku kat ofis betul2 mengejutkan dan menakutkan aku.. Aku ingat ade orang nak ugut utk bocorkan rahsia aku kat ofis.. Huhu.. Kemudian semakin lama semakin kerap kitorg berYM, dan aku yang sebelum ni memang dah tutup hati aku untuk sesiapa, akhirnya cair bila dia mula cakap yang dia sayangkan aku.. Yang lagi membuatkan aku tertarik, dia sayangkan aku walaupun dia tau aku HIV+..

Aku seolah2 menemui cahaya dalam hidup aku yang gelap ni.. Semakin hari aku semakin sayangkannya.. Dan kasih sayang itu bukan berlandaskan nafsu.. Itu yang aku suka dalam hubungan ini.. Tiada nafsu yang terlibat.. Hanya dua hati yang menyayangi secara ikhlas antara satu sama lain.. Tapi rupa-rupanya semua itu hanyalah dalam fikiran aku…………..

Hari ini, dalam satu sesi YM yang agak panjang, akhirnya semua terjawab.. Aku bukanlah sesiapa padanya, MELAINKAN SEORANG KAWAN.. Selama ni aku hanya memujuk diri aku sendiri dengan mengatakan yang dia sibuk apabila dia sangat jarang menghubungi aku, tak kira melalui sms mahupun ym.. Hati kecil aku menjerit2 yang aku hanya bertepuk sebelah tangan, tapi aku buat2 tak dengar.. Sebab aku tak sanggup kehilangan perhubungan ni.. Satu hubungan yang bagi aku tiada dosanya… Aku tau yang dia ikhlas berkawan dengan aku utk meringankn beban aku, tapi alangkah bagusnya kalau dari awal dia tidak memberikan harapan kepada aku.. Sekarang adalah agak terlambat utk menyatakan yg dia hanya sayangkan aku sbg kawan.. Setelah aku dah jatuh begitu jauh.. Namun ini semua salah aku.. Aku yg terlalu cepat menyayangi……

Sekarang aku masih tak dapat menahan kepedihan dalam hati ni..aku tak sama mcm org lain.. Aku tak kuat… Tapi aku cuba mengumpul kekuatan yang ada supaya aku dapat berdiri semula.. Memang sekarang aku dah sedar, aku mungkin tak layak untuk sesiapapun.. Hati aku dah tertutup lagi……………………….

Kepada ‘DIA’, awk tak salah k.. sy yg bersalah.. Sy rasa awak x bgtau saya awal2 sebab awk taknak lukakan hati saya.. Maafkan saya sbb membebankn awak selama ni…….

22 thoughts on “End Of The Line….

  1. Hi bro,
    Jgn bersedih lagi. Alhamdulillah u still hv him as a friend who always care abt u.
    U hv to open ur heart to accept what had happenned.
    Redha dgn ketentuanNya insyaallah!! From what I read thru ur blog,
    There’s a lot of friends who always care n support abt u.
    Don’t worry too much abt soulmate or partner at d moment.
    Just concentrate abt ur health, family n friends.
    I agree soulmate n partner do plays an important part in our life to go thru the pain.
    Its a bonus!! Hehe.. Insyallah it will derive slowly when the time comes!
    Don’t be sad so much coz it does contribute to stress n low immune..
    Apa yg kita boleh buat, memohon kepadaNya supaya kita selalu gembira dan sihat selalu.
    Regards,
    F

    1. Thanks for the advice..

      It was hard for me to accept the truth at that moment, but it’s getting clearer now.. Thanks to him, we’ve cleared things up between us.. šŸ™‚

  2. Hi bro, pls check the sunday star today pg 22.
    The news regarding hiv support group by my friend who survive for almost 18 years!
    Hope it can help u!!
    Regards,
    F

  3. Hi bro,

    Be strong. Maybe im not the ebst person to advice you on this matter, but hey, its not the end of the world!

    Things happened. Cry. And continue with your life. Show must go on. He / she is just a phase. Dont destroy your life because of him / her.

    We are here to support you.

    1. Thanks Andi Yang Nakal.. Yup, you’re right.. It’s not the end of the world.. In fact, it’s not the end of anything..

      I did cry……..hard.. Oh and by the way, it’s a HE.. huhuhu..

    1. “jadilah lelaki sebenar”? maksudnya?

      Walaupun saya rasa sedikit (sedikit?) tersinggung dengan komen anda, tapi saya akan cuba menganggap yang anda bermaksud baik. šŸ™‚

      Kalau anda maksudkan ‘lelaki sebenar’ iaitu lelaki yang bukan GAY, pernahkah anda terfikir : Jika anda lelaki tulen dan lurus, bolehkah anda pada suatu hari terpaksa melupakan keinginan anda terhadap wanita? Dan anda perlu berbohong kepada dunia dan mencanangkan yang anda meminati lelaki? Bolehkah? Secara jujurnya?

      Saya mungkin boleh berpura-pura kepada dunia tentang seksualiti saya, dan saya juga boleh untuk tidak melakukan hubungan dengan mana-mana lelaki, tetapi saya tidak boleh untuk menidakkan naluri yang saya GAY. Gay bukanlah cara hidup, tapi seksualiti. Alcoholic mungkin boleh merubah cara hidup mereka, tapi GAY tidak mungkin dapat diubah kerana lagi sekali saya nyatakan, GAY bukanlah cara hidup.

      Memang saya tidak nafikan yang terdapat ramai lelaki GAY di luar sana yang berjaya membendung perasaan mereka dengan akhirnya berkahwin (walaupun terdapat juga yang kembali ke kancah hubungan seks luar tabii dengan lelaki lain setelah mereka berkahwin), tapi ini bukan persoalannya sekarang. Apa ynag dipersoalkan di sini ialah, kecetekan dari segi empati dalam komen anda yang membuatkan saya berasa agak tersinggung.

      Kedengaran seperti anda sudah muak dan jemu dengan sikap saya dan apa yang saya tuliskan dalam blog ini. Saya meminta maaf kerana anda berasa begitu. Saya tidak bermaksud untuk membuatkan sesiapa berasa ‘annoying’. Mungkin pembaca-pembaca yang lain juga berasakan seperti anda. Mungkin saya patut mengucapkan terima kasih kerana dengan teguran ini, dapat saya simpulkan tentang penerimaan pembaca terhadap luahan hati saya.

      šŸ™‚

      Ingin saya ingatkan, jangan reply komen ini untuk membincangkan tentang fakta bahawa golongan GAY boleh membendung poerasaan mereka terhadap kaum sejenis, kerana komen ini bukan mempersoalkan tentang perkara tersebut.

  4. kasih sayang yg mr. crafoc dambakan mgmbrkan kejujuran dan bukanya dari sikap berpura2. tp kena terima hakikat bknnya senang nak dpt kasih syg mcm tu dri org lain. tp tak mustahil d luar sana masi ramai insan yg mencari2 kasih syg spt itu. moga mr crafoc berjaya menemuinya.

  5. kasih syg manusia tak kekal. azam hanya mengharapkan kasih syg pencipta. manusia tu klu ada ader la.klu takde pun tak pe.

  6. perkara sama yg pernah terjadi dalam hidup aku.. dia tahu aku ‘positif’.. dia yg memulakan segalanya, dan akhirnya dia juga yg mengakhiri.. cinta sesama manusia terlalu rapuh.. lebih-lebih lagi cinta dalam dunia gay ni.. apa pun, yg paling penting muhasabah diri..

    1. sangat melukakan kan.. dia dtg bwk harapan, dan kita yg selama ni dh tutup pintu hati, akhirnya terbuka hati utk terima dia.. tapi akhirnya apa yg dijanjikan tu hanya sesuatu yg kosong…………….

  7. Serius beb… you got some issue’s here.. kalo aku tau dulu, aku g ketok kepala ko ckp “get a grippp!!!’

Leave a reply to meyo Cancel reply