A Friend In Need

Seperti yang aku pernah cerita dulu, sejak aku wujudkan blog ni, ada jugak orang2 yang senasib dengan aku datang (secara online) mengadu nasib kat aku.. Maksud aku dengan orang2 yang senasib ialah orang2 yang ada STD, dan ini bukan tertakluk kepada HIV saja.. Cerita ni mungkin tak berapa menarik bagi orang2 yang tak berada dalam situasi berpenyakit seperti kami, tapi ianya cukup menarik bagi aku untuk aku kongsikan kat dalam blog aku ni..

Kali ni, ade seorang lagi yang mengadu nasib kat aku. Oleh kerana dia tak mahu dikenali, aku hanya akan gelar dia ‘E’ kat sini k..

Dalam jam 8 mlm tadi, ‘E’ telah menghubungi aku kat blog ni. Oleh kerana komen2 kat blog ni perlu diapprove terlebih dahulu sebelum didisplay, jadi aku baca dulu komen si ‘E’.. Dia ada cakap supaya aku tak publish komen dia tu, sebab dia hanya nak meluahkan perasaan dia..

Kitorang pun bertukar YM dan chat kat situ.. Pada mulanya, dia agak was2 untuk ceritakan masalah dia.. Tapi setelah aku tenangkan dia, akhirnya ‘E’ cerita kat aku yang dia ada Sifilis.. Aku tak perlu la ceritakan macam mana dia dapat Sifilis tu, sebab kalau korang tak bersifat judgemental, mesti korang tak kisah pun macam mana dia dapat penyakit tu kan..

‘E’ menceritakan kat aku dengan penuh emosi. Aku akui memang aku faham situasi yang dia lalui sekarang.. Dia cerita yang takde siapa tahu tentang penyakit dia ni.. Aku faham tentang tekanan yang perlu dia lalui seorang diri, sebab secara teknikalnya, aku juga mengharungi penyakit aku ni seorang diri. Walaupun ramai yang bagi support secara maya (internet), tapi hakikatnya aku sedar yang sebenarnya aku sendirian.. Takde siapa yang nak temankan aku gi buat blood test, takde siapa yang boleh bagi aku bahu untuk menangis, takde siapa yang mampu pandang tepat ke mata aku dan berkata, “semuanya akan ok…”.

Eh, tercerita pasal aku lak.. Huhu.. Berbalik pada ‘E’, aku dapat rasakan yang dia menangis masa dia cerita masalah dia.. Dia cerita yang dia terpaksa pergi mendapatkan rawatan kat hospital, dimana dia terpaksa dicucuk dengan jarum yang sangat-sangat menyakitkan, dan selepas disuntik tu, dia terpaksa drive balik kampung dan buat-buat normal di depan keluarga dia.. Memang aku faham sangat situasi tu.. Terpaksa berlakon sihat dan normal di depan keluarga dan kawan-kawan.. Tapi dalaman kami, tak siapa yang tahu.. Orang-orang macam kami ni memang dari segi luaran nampak normal, kuat, tapi sebenarnya kami sangat rapuh dari segi emosi.. Ada ketikanya kami dijanjikan kebahagiaan, dan dengan kesugulan hidup ni, kami akan terima walau secebis kebahagiaan yang dihulurkan.. Kami berpegang kepada kebahagiaan itu ibarat bergantung hanya di atas seutas benang, yang mana pada bila-bila masa akan putus.. Kami takut.. Janganlah menjanjikan kebahagian kepada kami jika kebahagiaan itu hanya berlandaskan simpati……

Aku dah bertukar2 contact dengan ‘E’, dan aku akan cuba untuk buat dia rasa beban dia dikurangkan bila dia berkongsi dengan aku. Sekurang-kurangnya dengan membantu ‘E’, aku sebenarnya membantu diri aku sendiri dari segi emosi.. Sekurang-kurangnya, aku tahu yang ‘E’ betul2 sayangkan aku kerana kami berkongsi rasa yang sama…………

Buat ‘E’ yang baca entry ni, kuatkan semangat ya…🙂

4 thoughts on “A Friend In Need

  1. Allah tlg dlm bbagai bntuk & cara. Kdgkala kita rasa sgt sepi tetapi itulah hakikat hidup dan bruntunglah sesiapa yg blajar daripada didikn ini. Sesiapa saja psti sndiri mbawa sgala bekalan untuk mengadapNya. Tiada harta, jawatan, ank, isteri, suami, shbt yg akn menemani mnempuh pjalann hakiki. Hidup utk dhargai bukan ditangisi. Thniah, pkongsian dan ‘memberi’ mendatangkn byk kekuatan thadap diri sndiri mghadapi apa ujian. Hidup mmg utk diuji, pnuh hikmah, rhsia & limpahn kasih sygNya.

    1. AHP : mmg setiap manusia akan bersendirian dalam menghadap-Nya, tapi semasa hidup kat dunia, setiap manusia perlukan teman.. Teman hidup, teman bermain, teman bersuka dan teman berduka.. Tp memang betul, dengan membantu org lain, sy dpt membantu diri sendiri juga.. Sekurang2nya hilang sikit perasaan sepi ni…

  2. Hi bro, gud morning. I felt so touched when read ur recent post.
    Its a good deeds what u had done. U had help him emotionally
    based on ur own experienced although u urself still in going thru d journey
    With ur own sickness. Insyallah u will find urself stronger n wiser when we try to help
    Other although we r in pain. “Allah will only give test His slave, if He knows d slave can bear all d burden”.
    It will give u satisfaction n at d same time shows dat we r getting mature n stronger emotionally to go through
    our future life. Do remember life n death in by His will, “kun fayakun”. What we can do is ask for His help n blessing to ease our sickness. Amin.
    Regards,
    F , can u add me in ym🙂

    1. No name yet : Hi bro! Good morning to you too.. Thanks for being a follower to my entries.. I’m helping the guy not solely for him, but to also help myself in going through this painful experience.. I think that by helping him, I can go on living, knowing that I have something good that I can share with the ones in need.. Oh, you can always add me in ym.. It’s crafoc@yahoo.com.. Or you can email me and I can give you my other ym, which is more active than this one..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s