Would I, If I Could?…

Salam..

Malam tadi aku beraya sekejap je, iaitu sampai kul 9.30 je.. Kalau raya yang lepas-lepas, biasanya kul 2,3 pagi baru balik rumah.. Kadang-kadang tak balik langsung.. Tapi dalam tahun ni, ramai kawan aku yang kawen.. Jadi semua beraya dengan family2 baru diorg.. Malam tadi aku dgn sorang lagi kawan aku yang belum kawen gi beraya kat satu rumah je.. Lepas beraya, aku pun balik rumah..

Pagi ni, mak aku tanya, “Awal balik malam tadi long?”. Aku pun cakap la aku beraya sebuah rumah je. Then mak aku pun cakap benda yang aku agak sensitif, iaitu pasal kawen.. Dia tanya bila aku nak kawen, dan siap cakap kalau aku takde duit nak kawen, dia boleh support. Aku cuma cakap belum ade rezeki…..

Sebenarnya, terus-terang aku cakap yang aku takkan kawen. Aku dah pernah mention pasal ni sebelum ni kat dalam salah satu entry aku, iaitu aku ada 2 sebab yang menghalang aku untuk berkahwin.. Pertama, sebab aku ada HIV.. Aku tak fikir aku sanggup untuk merisikokan isteri dan bakal anak aku dengan penyakit yang sangat menyeksa fizikal dan mental ni.. Sebab kedua, ialah sebab aku GAY! Walaupun aku bukan lelaki lembut, tapi naluri gay aku ni 100%.. Aku tak macam sesetengah lelaki gay yang lain, yang boleh kawen dan mempunyai anak.. Aku langsung takde perasaan terhadap perempuan, dan aku rasa sangat tak adil kalau aku kawen. Tak adil terhadap perempuan tu yang deserves a better man..

Aku sedar aku akan hidup sendirian sampai ke hujung nyawa aku, walaupun aku tak bersedia untuk hidup sendirian.. Memang aku rasa takut dan sedih bila aku bayangkan yang aku terpaksa hidup sorang2, tapi ni antara harga yang aku perlu bayar atas dosa aku ni…..

Aku cuma harap yang suatu hari nanti, mak aku akan faham situasi aku dan terima hakikat bahawa anak lelaki sulungnya ini bukan seperti lelaki lain….

3 thoughts on “Would I, If I Could?…

  1. siapapun kita, mereka yang bersikap jujur dan menghormati diri sendiri patut dipatut dihargai.
    jika bercakap tentang ‘sendiri’, kita lahir sendiri dan pergipun sendiri. punya anak dan keluarga yang ramai belum menjanjikan di saat akhir kita akan ditangisi atau ditemani.

    1. sekurang2nya jika ada teman sehati di sisi, xde la sunyi.. Betapa pilunya bila terpaksa menempuh semua ni bersendirian, dan akhirnya tersungkur sendirian di depan Ilahi…

      1. Ya Allah
        Kau buat aku menangis baca entry ni..
        Ape yang rase, itu lah yang aku rase..
        Semoga kita same same tabah hadapi ujian dari-Nya ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s