A Pot-Luck I Can’t Afford

Salam.

Tengah aku syok-syok buat kerja sambil melawan sakit dada ni, tiba-tiba seseorang dalam jabatan aku ni sampaikan satu berita yang boleh buat aku bertambah sakit dada. Dia berkata :

“Ok ya kawan-kawan!! Dengan persetujuan Ketua Jabatan, minggu depan kita akan buat majlis berbuka puasa jabatan!! Jadi setiap orang kena bawak makanan ataupun bayar duit untuk kita sediakan makanan!! Yayyyy!!!”

Masa aku dengar je pengumuman tu, terus rasa macam nak pitam.. Hahaha!! Pot-luck? Bayar duit? Alamakkkk! Ni yang aku malas ni. Jabatan aku tu agak ramai ahlinya, jadi tentulah belanja untuk nak buat majlis tu agak besar. So bayaran aku anggarkan dalam RM20 minimum, iaitu di luar kemampuan aku. Aku dah la bajet2 untuk makan tiap2 hari, iaitu sehari RM4 maksimum. Dengan RM20 tu, leh cover makan aku untuk seminggu!

Diorang kat ofis tu bukan tau pun tentang masalah kewangan yang aku hadapi, sebab memang aku tak tunjuk. Diorang nampak aku ceria tiap2 hari, paling bising dalam jabatan, padahal dalaman aku ni Allah je yang tahu. Just aku harap yang aku boleh excuse dari majlis berbuka tu, so aku tak perlu la bawak makanan ataupun kena bayar. Guna alasan yang biasa aku guna la kot, iaitu kena balik kampung, ada hal urgent. pastu sorok parking kereta kat bahagian belakang kuartes, dan duduk diam2 dalam bilik makan biskut masa berbuka. Haha!!

Sebenarnya aku suka gak diet ekstrim aku ni. Dapat mengempiskan perut aku yang agak ke depan ni. Haha!!πŸ˜› Bye~~~

9 thoughts on “A Pot-Luck I Can’t Afford

  1. sy fhm sgt situasi tu.
    joint slh, xjoint slh.
    tapi rasanya dia org cuma nak ajak share,
    ckp je direct, “sorilah aku tak cukup modal, jadi segan nak dtg.”
    ikut pengalaman, mesti dia org cakap, “ala… ko dtg jelah bro…”
    bukan nak mengambil kesempatan tetapi itulah hakikatnya.
    kita mmg tak mampu.
    dia org sebenarnya cuma perlukan kehadiran kita.
    setakat bwk perut sendiri,
    pot luck ni biasanya tak abis makan. byknya 2,3 kali ganda.
    nak2 bulan pose.
    kalau pompuan, bwk makanan mcm kenuri
    kita tak makan dia terasa hati.
    pegi je shbt.
    jgn rendah diri.
    yg penting hati kita ikhlas.

    1. memang terfikir nak buat camtu, tapi nanti takut ada yang tak puas hati sebab dia kena keluar modal, tapi saya leh lak datang berlenggang bawak perut je.. mmg tak dinafikan yang mesti byk makanan lebih, tapi biar la diorang2 yang ‘menyumbang’ bawak balik je lebihan2 tu.. asalkan saya tak menimbulkan rasa tak puas hati kat rakan2 opis, tu lebih baik..

  2. Crafoc : apa number akaun maybank aritu? Hehe, xtau nak rasa kesian atau nak senyum.. Ni aku agak crafoc mesti freshgrad baru kerja setahun atau dua ni kut..

    Kalau mampu, pergi lah join, tapi kalau dah tak mampu, apa boleh buat. Paling2 tidak, dorang perli perli ja.. Sengih ajalah…πŸ™‚

    1. ok, nanti saya bagi no akaun tu yer.. bank in banyak2 yer.. nt sy belanja ABC..πŸ˜›

      fresh grad? hahaha!! jauh sangat larinya.. dah tua la.. ni baru tukar tempat kerja, tu yg struggle.. lgpun family nak guna duit, so kena spend utk diorg..πŸ™‚

  3. saye suke bace blog awak..saye faham situasi awk sbb saye pun pernah dlm situasi awk.. bertabah la..hidup memang mcm rodaπŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s