Picture Perfect….

Salam..

Semalam aku balik kampung sebab aku rindu nak berbuka ngan family aku.. Masa aku gi dapur, aku perasan yang ada gambar aku diletakkan kat tempat mak aku masak. Sebenarnya masa aku balik minggu lepas pun aku dah perasan gambar tu.

Aku sedar yang mak aku letak gambar tu kat situ sebab dia rindu kat aku. Sebelum ni aku ade berbulan2 tak balik kampung sebab takde duit, dan aku tau family aku dah rindu sangat kat aku terutamanya mak aku. Tapi aku takde pilihan.. Kalau aku balik kampung, mesti bajet aku lari..

Masa 1st time aku tengok pic tu kat situ, aku jadi sebak. Betapa banyaknya dosa aku pada mak aku. Dah la jadi anak yang tak mampu nak bagi kebahagiaan pada dia, ada HIV lak tu. Kalaula mak aku tau aku ada HIV, tak tau la betapa hancurnya hati dia lagi.. Aku tak kisah kalau aku sakitkan hati orang lain, tapi aku tak sanggup nak buat mak aku menangis. Tapi aku rasa, dalam diam, mak aku dah banyak menangis kerana aku. Aku yang dah banyak mengecewakan dia.. Anak yang gagal dalam hidup……………………….

5 thoughts on “Picture Perfect….

  1. Saya sentiasa menyokong mu dalam meneruskan hidup. insyaallah dalam setiap kesukaran, pasti ada kesenangan.

    1. setiap kesusahan ada kesenangan.. Dan setiap kesenangan ada kesusahan.. Saya rasa ini kesusahan yang saya terpaksa tanggung atas kesenangan dan keseronokan yang saya dapat dulu..

  2. jgn hukum diri sendiri keterlalun,
    rindu seorang ibu kpd anak adalah pasti,
    saya juga ada ibu,
    ibu juga tidak tahu masalah saya.

    seburuk manapun kita,selagi menunjukkan sikap positif, mahu berubah, memperbaiki diri dan menghormati mereka, redha mereka tidak akan putus.
    mohon ibu tolong doakan kekuatan & ketenangan utk sahabat.
    doa ibu kpd anak antara doa sgt makbul

    1. saya sedar memang ibu saya menerima saya begini, cuma dalaman saya yang tak rasa saya layak menerima kasih syg mak saya yg sgt mulia tu.. Saya tau yg mak saya sentiasa doakan yg terbaik utk saya, sebab selama ni saya sentiasa rasa yang saya selalu dapat kemudahan setiap kali kesusahan datang.. Saya tau tu semua dtg dr mak saya.. Cuma saya kecewa sbb saya tak dpt nak balas apa yg mak sy dah buat dgn sesuatu yg boleh buat dia bangga dgn saya.. Saya tau dia tak kisah semua tu, tapi ni konflik dalaman yg saya rasa…

  3. Mak..saya sayang mak!
    Ampunilah segala dosa saya..maaf sebab gagal menjadi yang terbaik buat mak dan ayah😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s