No Shopping For Raya!!!

Salam…

Hari ni bila aku tengok kat FB, ramai giler orang yang update pasal shopping raya.. Shopping kat Kuantan la, kat KL la, Masjid India la, shopping kuih raya, baju raya, dan macam2 lagi.. Aku takde la rasa jeles ke hapa, cuma rasa sedih sikit sebab aku tak mampu nak shopping untuk raya tahun ni.

Jangankan nak shopping raya, tapi nak survive ke hujung bulan pun tak sure lagi ni. Tapi aku yakin, inshaAllah aku akan survive gak macam bulan2 yang lepas. Aku bersyukur sebab masih ada rezeki dari Allah walaupun kadang2 sangkut. Hehe..

Cuma yang aku sedih, aku tak dapat nak belikan adik2 aku baju untuk raya, belikan mak abah aku barang2 untuk raya, dan yang paling teruk, mungkin tahun ni aku takkan dapat nak bagi duit raya pada family aku macam tahun lepas.. Even kalau aku balik kampung hujung minggu pun, rasa malu sangat sebab aku tak dapat nak bawak buah tangan untuk family aku. Pastu duduk kampung makan free je. Aku memang malu sangat, tapi nak buat macam mana. Dah aku memang tak mampu.

Aku bertuah sebaab dapat family yang faham situasi aku, dan diorang pun tak meminta-minta. Tapi sebagai anak sulung, lelaki pulak tu, aku memang rasa tak guna bila tak dapat nak bagi kebahagiaan dari segi kewangan kat keluarga aku. Nak je aku tak balik kampung raya nanti, tapi aku kesiankan kat keluarga aku gak. Takpe la, aku simpan je la perasaan malu ni.

“Mak, abah, dan adik2, maafkan Along yer……”

7 thoughts on “No Shopping For Raya!!!

  1. Salam, saya kadang-kadang tak faham dengan apa yang Allah nak tunjuk kepada saya, apa hikmah pun saya tak faham dan tak nampak. Bagi saya semua orang di dunia sepatutnya beroleh kebahagian dan kesenangan. Tabahkan hati dan jiwamu. Kuatkan semangat. Hadapi semua ni dengan kekuatan dalaman. Anggaplah ini semua ujian Allah kepada hambanya, jangan berputus asa, teruskan perjuangan, insyaallah, kemenangan menantimu, di dunia dan di akhirat.

    Selamat berpuasa dan selamat berbuka

    Fais@

    1. Terima kasih fais, tapi ni adalah masalah saya sendiri.. Semua ni terjadi atas keputusan2 bodoh yang saya dah buat.. Bukan saya tak bersyukur dengan apa yg dah diberikan, cuma saya sekadar nak meluahkan perasaan ttg apa yg saya rasa.. Lagi sekali, ini adalah masalah saya.. Awak tak perlu nak fikir pasal ni ok.. Ada kawan yg sanggup membaca dan memahami pun saya dah bersyukur..🙂

  2. Crafoc : kamu tau, satu cara yang saya belajar sepanjang 30 tahun saya hidup, dalam life kita ni, jangan ada sedikit pun penyesalan. Tak kiralah kita sudah buat decision yang teruk atau keputusan yang salah, jangan ada penyesalan. Mesti terus bergerak ke depan. Tinggalkan yang lepas, dan mulakan langkah baru. Kesilapan kita di masa lalu sebenarnya membentuk diri kita yang sekarang.. Tabah ye, mesti tabah selalu, mesti!

    1. thanks andi yg nakal.. Saya memang cuba nak lupakan semua yg sy dah buat pd masa lepas, cuma semakin saya nak lupakan, makin benda tu dtg menghantui.. Nasib baik saya ada blog ni utk meluahkan perasaan sy.. Dan sy bersyukur sbb ada kwn2 di sini mcm anda utk sentiasa memberikan saya semangat..

  3. sabarla, w/pun bbeza cara ujian ‘kwangan’ tpi kita sama je. Try search entry sy yg btajuk ‘walaupun ada hiv tetapi aku kaya’. syukur d sebalik sgala ujian tdpt jutaan lagi nikmat yg tak terhitung. d sebalik ksusahn akn ada ksenangn- surah al-insyirah. itu jnji Allah

    1. hehe.. mmg saya dah baca entry tu.. setakat ni saya bersyukur sbb walaupun kdg2 tu takde duit nak makan, tapi Allah sentiasa ada cara untuk bagi perut saya berisi..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s