Kasihnya Tiada Ganti….

Jam sudah menunjukkan pukul 7.20 petang. ‘Y’ melangkah lemah ke arah dapur, mungkin kerana keletihan membantu ibunya mengemas rumah dan memotong rumput pada sebelah petang tadi. Semua ahli keluarganya sudahpun berkumpul mengelilingi santapan berbuka yang telah disediakan ibunya untuk juadah berbuka mereka sekeluarga pada hari itu. “Penat Long?” Tanya ibu ‘Y’. “Penat gak la sikit.” Jawab ‘Y’ sambil melabuhkan punggungnya ke atas lantai, bersebelahan adik perempuannya yang akan menghadapi PMR tahun ini dan adik lelakinya yang berusia 24 tahun dan bekerja kampung.

Sambil berbual-bual kosong, mereka sekeluarga menunggu azan dilaungkan dari masjid. ‘Y’ sebak tatkala menyaksikan ibunya, ayahnya, dan juga adik-adiknya yang bergurau-senda dengannya, langsung tidak mengetahui tentang penyakit yang wujud dalam badannya. Penyakit yang dipandang hina oleh masyarakat. Kerana risaukan keluarganya nampak titisan airmatanya yang mula menitis, ‘Y’ bangun dari tempat duduknya menuju ke sinki, di mana dia berpura-pura membasuh tangan dan mukanya…… Setelah pasti airmatanya sudah dapat ditutupi dengan air basuhan muka, ‘Y’ kembali duduk di tempatnya.

“Allahuakbar, Allahuakbar!!!” Kedengaran laungan azan berkumandang, dan mereka sekeluarga berbuka puasa dalam keadaan yang sungguh membahagiakan, sekurang-kurangnya bagi ‘Y’. Nasi ayam bermadu yang disediakan ibunya sangat menyelerakan, ‘Y’ makan dengan penuh berselera. “Along makan banyak-banyak ya. Mak tengok Along dah kurus. Jangan ikat perut sangat kat sana.” Kata ibu ‘Y’ kepadanya. ‘Y’ memerhatikan ibunya yang berwajah sayu ketika mengucapkan kata-kata itu. “Ye mak, Along makan.” Hanya itu yang mampu dibalas ‘Y’. Dia tahu ibunya menyedari tentang kemelut ekonomi yang melanda dirinya, walaupun dia tidak pernah memberitahu keluarganya tentang perkara tersebut. Betapa dalamnya kasih seorang ibu….

‘Y’ menghabiskan makanannya dengan penuh rasa syukur dan terharu. Betapa dia menyesal akan perbuatan-perbuatannya yang lepas, yang melemparkan dia ke jurang yang hina ini. Betapa dia malu terhadap ibunya. Tapi semua itu telah lepas. Walaupun dia mahu, namun ‘Y’ sedar yang dia tak mungkin dapat memutar kembali masa. Segala kesilapan lalunya harus dibayar harganya, dan ‘Y’ sedang membayarnya, dan terus membayarnya, sehingga ke akhir hayatnya………..

17 thoughts on “Kasihnya Tiada Ganti….

  1. Salam Sayangku, Setelah saya meneliti semua post-post sayang di blog ini, dapatlah B cadangkan supaya, lupakan semua kisah hitam yang berlaku. Malam nanti, bila mandi, berazam pada diri, setiap titisan air yang jatuh dari badan itu, anggaplah jatuhnya setiap kisah-kisah lama. Taubat adalah kunci kepada jalan pulang ke masa lalu. Ingatlah, setiap orang akan pergi meninggalkan dunia yang sementara, sementara masih hidup, nikmatilah saat-saat indah bersama keluarga dan orang yang tersayang. Kalau kita susah, ada orang yang lebih susah dari kita. kalau kita sedih, ada orang yang lagi sedih daripada kita.

    Salam sayang dari ku
    Fais

    1. eh, pecah lobang lak dia kat sini..🙂

      Anyway, thanks awak atas semua kata2 semangat yg telah awak bagi sepanjang perkenalan kita. Saya tak tahu macam mana nak balas semua jasa awak, dan juga sahabat blog yang lain spt AHP, Si Nakal Andi, Ahmad Suparjo, gugu, Mizan dan yang lain2.. Memang ada orang yang lebih sedih dan susah dari saya, dan saya bersyukur sebab tak sesusah mereka. Cuma kadang2 saya perlukan ‘kesedaran’ sebegini untuk memastikan saya tak kufur dengan nikmat2 ni..

  2. Crafoc : entry kamu ni buat aku rasa nak mintak nombor akaun maybank kamu, dan bank-in masuk duit plak…

    Ingat selalu, rezeki tu datangnya dari Allah, bukan dari boss atau dari siapa siapa.. Insyaallah langit tak selamanya gelap..

    1. haha!! Jap yer saya bg no akaun maybank.. Haha!! Gurau je.. Sebenarnya saya ni bukan jenis meminta2, dan entry2 saya bukan utk menagih simpati.. Cuma saya nak kongsi apa yang saya lalui dgn pembaca.. Kalau saya tak makan pun, saya takkan meminta atau meminjam..🙂

      saya tau rezeki dari Allah, sebab tu saya tak risau walaupun kadang2 tu dalam poket ada RM10 je, utk kegunaan 15 hari, sebab saya tau Allah akan sediakan rezeki untuk saya.. Saya yakin padanya..

  3. bila saya bce entries shbt, sy nmpk terlalu byk klebihn positif/ kekuatn dlmn yg ada dlm diri tetapi (maaf ya) masih ada sedikit inferioriy complex. Jgn push diri kterlaluan. kita andaikn positif itu CD4 dan negatif itu Vrl load. jgn biarkn VL mningkat. Lawan!

    1. perlu ada perasaan empati untuk memahami ceriter sahabat ni. Teori sangat jarang boleh dipakai apabila membabitkan kisah benar. TQ

      1. fais : terima kasih sbb cuba memahami saya. apa yg dikatakan oleh AHP tu pun boleh diterima sebab dia pun seorang yg HIV+.. tapi saya jarang2 jumpa org macam fais, iaitu org yg HIV- tapi boleh relate dengan keadaan org yg HIV+.. semoga Allah dapat membalas nya dengan setinggi nikmat…

    2. AHP : hehe.. memang saya mengaku, saya mmg ada byk konflik dalaman yang saya perlu lawan. mungkin sifat saya yang over-sensitif ni membuatkan saya lebih struggle utk melawan inferiority complex tu.. tapi saya memang sedang mencuba sedaya upaya.. saya cuba kaitkan konflik ni dengan kehidupan seharian, dan itu sedikit sebanyak membantu.. sokongan kawan2 spt anda dan lain2 juga banyak membantu say.. terima kasih..

      1. kawan ,aku pun mcm ko gak .tapi aku baru main ngan kawn aku 6 kali .adakah aku menyangkit hiv?

  4. Serius beb.. kalo aku tau dulu, aku mintak no account ko.. kurang2 leh la hulur skit2 wat lepas duit minyak, tol ngan topup ke..

  5. Sedihnya baca cerita awak ni..sayu hati saya crafoc.. saya ni hiv – tapi saya baru saja kehilangan sahabat tersayang. Selama 11 tahun kami bersahabat tapi akhirnya dia pergi dulu. 2bulan sebelum meninggal dia didiagnosed hiv+ dan hepatitis b. Luluh hati saya mendengarnya. Selepas dia meninggal, saya dan 3 sahabat lain melakukan rapid test hiv dan seorang dari kami didapati positif. Jadi saya sekarang cuba mendalami perasaan org yg hiv +. Secara jujurnya, cara saudara menulis cukup menarik minat saya nak berkawan dgn saudara. Really hope that we can be friend..salam

    1. salam Ayish.. thanks sbb sudi baca kisah2 saya.. Saya nasihatkan, Ayish hargai la kawan yg HIV tuh sebab dalaman dia sedang bergolak denagn bermacam2 emosi.. jangan bebankan dia lagi.. Cuba fahami keadaan dia dan kalau boleh, layan dia sama spt sblm ni yer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s