The Drama Of Life

Salam.

Aku baru lepas tengok cerita bersiri kat TV3 yang mula ditayangkan sejak 1st Ramadan, iaitu Ramadan Terakhir… Aku mula minat cerita ni sejak tengok 1st episod, bukan sebab cerita ni predictable (of kos la Sakinah tu akan diterima oleh keluarga tu, dan of kos la ayah diorg yang HIV+ tu akhirnya mati), tapi sebab ada selitan HIV kat dalam cerita tu.

Pada yang tak tengok cerita tu, sini aku bagi sinopsis sikit.. Cerita ni berkisarkan seorang lelaki pertengahan umur yang akhirnya menyedari yang dia HIV+ (tak sure sebab apa. Seks kot). Lelaki tersebut akhirnya mula insaf dan mula merapatkan diri dengan tuhan, walaupun keluarganya seperti tak menyukai perubahan tersebut. Lelaki tersebut mempunyai seorang isteri yang sangat bitchy, anak lelaki yang super-hensem tapi kaki perempuan dan kaki minum, dan juga seorang anak perempuan yang over-spoilt.

Orang gaji diorang yang dah lama kerja dengan diorang nak berhenti, dan dia digantikan dengan seorang orang gaji baru; perempuan muda dan solehah. Tapi sekarang penonton dah tahu yang perempuan solehah tu sebenarnya anak lelaki tersebut dengan isteri pertama dia dulu, tapi diorang tak tau lagi. Sekarang perempuan tu sedang cuba untuk membawa diorang kembali ke pangkal jalan.

Ok, cukup la sinopsis. Sekarang aku nak bagitau kenapa aku suka cerita ni. Aku tak kisah sangat pasal plot atau storyline dia, sebab isi cerita ni walaupun nampak berat, tapi sebenarnya sangat simple, orang dah biasa tengok dan retorik. Apa yang aku suka ialah, ada perisian HIV kat dalam cerita ni. Aku nak tengok apa yang diorang akan buat dengan watak yang mempunyai virus HIV dalam badannya. Adakah kita akan dihidangkan dengan sesuatu yang baru, atau kita masih akan disajikan tentang kisah seorang HIV+ yang akhirnya akan mati dalam keadaan nazak yang amat menyakitkan?

HIV sudah distigmakan sebagai penyakit yang akan menyebabkan pembawanya mati dalam keadaan yang teruk, dan dengan stigma ini, hanya dengan stigma yang sangat kuat ini, kebanyakan atau hampir keseluruhan drama yang disiarkan di TV atau pawagam akan seboleh-bolehnya menggambarkan yang pembawa HIV ini akan mati. Bukan mati biasa2 pulak tu. mesti mati dalam keadaan yang sangat2 menyedihkan. Tak pernah aku tengok produksi tempatan yang membuat keputusan untuk membiarkan mereka yang HIV+ ini akhirnya mendapat happy ending setelah mereka insaf. Tak pernah. Kenapa? Adakah ianya dianggap anti-klimaks? Mungkin juga, sebab dengan cara pemikiran masyarakat Malaysia yang sangat memandang jijik terhadap pembawa HIV dan pesakit AIDS, mereka juga mengharapkan watak2 yang diskripkan dengan HIV ini akan akhirnya mati dengan kejam. Mereka seolah2 merasakan yang keadilan akhirnya terlaksana apabila menyaksikan mereka2 yang HIV+ mati. Mungkin perit didengar, tapi itulah kenyataannya dalam masyarakat kita yang dikatakan sangat bersopan-santun dan berhati mulia ini.

Jadi sama2lah kita tunggu penamat cerita ini. Aku harap aku dapat sesuatu yang fresh di penamat cerita ni nanti. Please, semua penulis skrip dan pengarah di luar sana, jangan hanya berkarya berlandaskan fakta mitos, komikal, unpractical dan retorikal. Sekali sekala cuba tampakkan kebijaksanaan dengan menjadi realistik, walaupun ianya lari sedikit dari harapan dan expectation penonton. Memang pada mulanya penonton akan rasa ‘bummed’ dengan ending2 yang sedikit lari dari imaginasi mereka, tapi selepas itu, mereka akan berasa ‘segar’ dengan suntikan emosi yang agak berlainan dari apa yang mereka jangkakan atau harapkan, dan walaupun mereka pada luarannya seolah2 menolak ending2 sebegitu, tapi jauh di sudut hati kecil mereka, akan ada sekelumit kepuasan kerana perasaan mereka diuli dari sudut yang berbeza, yang mana menyedarkan mereka tentang warna-warna kehidupan yang bukan hanya hitam dan putih ataupun secara khususnya, jahat dan baik.

Kenapa aku katakan ending mereka yang HIV+ hidup happily ever after sebagai sesuatu yang realistik? Sebab memang itulah kebenaran. Mereka yang HIV+ sebenarnya tiada beza dengan mereka yang tidak mempunyai HIV dalam badan mereka. Mereka juga mampu (dan layak) untuk hidup bahagia bersama orang2 yang mereka sayang, dan dengan rawatan retroviral yang wujud pada masa sekarang, pembawa HIV ini boleh hidup lama, selama orang biasa. Mereka bukan lagi boleh disinonimkan dengan keadaan mati dalam keadaan yang busuk, berkudis dan sebagainya, kerana fakta itu sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Mungkin ada pembaca yang memberontak dengan kenyataan ini, tapi inilah kenyataannya. Percantikkanlah diri korang dengan ilmu tentang HIV, kerana dengan ilmu yang cukup, kita akan memandang sesuatu dari sudut yang berbeza dan ADIL. Fikir-fikirkan……..

Ok, cukuplah aku membebel. Hehe. Bye..

15 thoughts on “The Drama Of Life

  1. Belum sempat tengok siri ni. Tapi ada satu japanese series yang wajib-tengok. Storyline yang menyayat hati, pasal jatuh bangun remaja yang dijangkiti HIV.

    ‘God Give Me More Time’

    Lakonan takeshi kaneshiro dan kyoko fukada. Best wooo..

      1. Crafoc : drama bersiri, tapi dah lama dah, masa aku belajar di univ 10 tahun lepas. Tapi ada jual dalam bentuk dvd. Boleh cari je kat memana kedai dvd.

  2. memang betul..drama tempatan selalu gambarkan HIV+/AIDS sebagai sesuatu yang jahat dan teruk sekali. Tak pernah pun tunjuk scene pesakit mendapatkan rawatan, kauselling, makan ubat ke, tau2 tetiba dah mati.

  3. Hah….memang entry lame hahaha…tapi topik relevan la…
    Aku pun nak komen. Aku tak kira.
    Gol n Gincu pun watak utamanya Hiv+ jugak kan….? Haa…yg tu revolution sikit…
    tak tipikal… dengan siap Redza diceritakan berjaya jadi lawyer…relation dengan Putri pun improve…
    Putri tu pun…lepas episod dia tahu Redza Hiv…ada konflik…lepas tu accept… dan ada nilai pendidikan jugak la sikit….cerita pasal episod Redza dengan ubatnya…Putri tolong ingatkan timenya (penonton pun tahu la jugak HAART serba sedikit…)etc etc…
    (crafoc…aku ni setahun aje tua dari kau…so..aku tulis aku je la ye… walaupun kau ni..”saya” kadang2…huhu)

    1. Haha!! Leh je ko nak komen.. Psl Gol n Gincu tu, aku x sure sbb x tgk pun citer tu.. Thanks for the info..

      Ala, aku mmg biasa guna ‘aku’ n ‘kau’ ng kwn2.. Cuma kdg2 guna ‘saya’ sbb takut org x biasa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s