Ramadhan Kali Ini….

Sedar tak sedar, Ramadhan yang penuh kemuliaan kembali lagi. Ini merupakan Ramadhan ke-3 aku selepas disahkan HIV+. Maknanya dah 2 tahun aku HIV+. Dan aku masih melangkah…………………

Bila aku jenguk balik post pertama aku masa aku mula2 disahkan HIV dulu, aku menangis sendirian. Mengenang kembali perasaan semasa mendapat tahu yang aku HIV+, memang sangat2 memilukan. Detik perubahan dalam hidup aku.

Sekarang, dah 2 tahun virus2 tu berada dalam tubuh aku yang lemah ni. Mungkin kesan2 dari virus tu dah mula nampak. Sekarang aku kerap demam. Memang agak kerap. Tak sampai pun seminggu aku sembuh dari demam sebelum ni, hari ni aku rasa seperti akan demam lagi..

Sekarang aku hanya menunggu keputusan dari doktor tentang blood check aku hari tu.. Kalau tak bernasib baik, mungkin tahap CD4 aku dah jatuh mendadak dan aku perlu memulakan HAART.. Aku kalau boleh taknak mulakan HAART lagi.. Sebab aku yakin ubat2an tu akan mencetuskan macam2 lagi pertanyaan, dan aku perlu pula menghadapi stigma pekerja farmasi.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, dengan kehadiran ‘seseorang’ yang sudi berkongsi sedikit kasihnya dengan aku. Demi Allah, aku akan menghargainya….

8 thoughts on “Ramadhan Kali Ini….

  1. Aku baru start HAART end of may 2011. I have to assure you, there’s nothing for you to be afraid of. anything just buzz me through my email.

    aku rasa AHP pun bley share pengalaman dia start HAART.

    Selamat berpuasa!

    1. bukan pe, aku just takut ubat2 tu akan mengundang persoalan dari kawan2 dan keluarga..

      ko pun dah mula HAART ek.. nanti leh la kongsi2 cerita k..

      1. Terima kasih sbb blog ni mengingatkan sy tentang bahaya hidup penuh maksiat ini, Alhamdulillah, sy sgt2 bersyukur sempat menemui hidayah dari Allah sebelum terlambat.. saya xpasti nasib perempuan yg pernah tersilap langkah sprt sy ini, adakah sy akan bertemu imam, lelalki yg mampu membimbing serta menerima saya seadanya @ x..tapi yang sy tau skang sy sgt2 bersyukur menemui cinta Allah sebelum bertemu cinta manusia..semoga kita sama2 mendapat hidayah dr Allah..Allah maha pengampun, Allah maha mengasihani..Amin..

  2. kawan bnykkn bersabar…mungkin ayt ni da slalu dgr..tp itu adalah ungkapan paling mujarab buat kawan… insyaALLAH, kawan akan tenang…kuatkan semangat kawan tu oke… selamat berpuasa buat kawan…

    1. terima kasih. memang dah banyak dengar, tapi tak jemu sebab dgn ucapan tu sy tau kawan2 masih sayangkan saya..🙂

      Selamat berpuasa untuk anda juge..

  3. salam, sy pun may b kena start haart next january. last count only 405. sangat2 takut. only my best fren knows bout this, one person. i was diagnosed 2008 and ever since then my life tak pernah sama lagi. nangis memang tak leh ckap lah. dah kering air mata ni.

  4. awak…tabahkan hati k..bergembiralah d samping yg tersayang…harap tidak lokek berkongsi pengalaman… =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s