Ponteng Terawih

Salam..

Sebenarnya bukan ponteng, tapi aku demam sejak semalam. Tadi lepas bebruka, makin teruk lak demam dan aku terpaksa skip terawih untuk malam ni. Insha Allah jika diizinkan Allah, aku akan pergi terawih malam esok.

Jadi sambil aku baring2 samil menyelusuri internet, aku banyak melayari blog dari akuhivpositif.blogspot yang aku rasakan sebuah blog yang banyak membantu golongan2 HIV+ termasuk aku sendiri. Dah agak lama aku cuba ‘lupakan’ tentang kewujudan virus ni dalam tubuh aku, sehingga aku lupakan pasal blog ni. Tapi baru2 ni, seseorang telah mengingatkan aku tentang blog aku ni dan aku terfikir untuk aktif berblog kembali. Aku juga ada sebuah lagi blog ‘normal’ yang aku rasa sama seperti blog2 orang lain, tapi sekarang bila aku tengok balik blog aku yg satu lagi tu, rasa kosong je. Semua entry yang ntah apa2..

Jadi sekarang aku akan cuba update entry2 kat blog ni sekerap mungkin. Mungkin pembaca blog ni tak ramai, tapi sekurang2nya apa yang aku sampaikan adalah ilmu, bukan cerita2 gosip merepek.. Harap aku akan terus kuat untuk mengharungi ujian2 ini…. Amin..

5 thoughts on “Ponteng Terawih

  1. amboi, lajunya entry.
    yg tadipun belum sempat komen.
    macam tu lah… baru real punya ‘vogue’

    ‘memberi’ sebenarnya menjadikan kita lebih kuat berbanding menerima.
    kan rasulullah kata, tangan di atas lebih baik drpd di bawah.bagi saya, hati yg berbolak balik itu lumrah.
    dlm surah annas ada cerita bhw perasaan ragu2 dan was2 ni mainan syaitan & manusia yg sentiasa membisikkan di hati kita.
    penyelesaiannya bagaimana?
    suka atau tidak hanya dgn merapatkan diri kita kpdNya menjadikn kita kuat & tabah.
    itulah tujuan kita dianugerahkan ujian yg istimewa ini.

    belum terima HAART ya,
    itu tandanya masih bagus.
    tanpa HAART masih normal bila ada masanya tak berapa stabil tu.
    tengok video kakak ada HIV kat dinding blog sy tu.
    sbg pesakit diabetes, CD4 saya sgt rendah w/pun CD8 masih bagus dan viral load masih rendah.
    bygkan CD4 hanya 46 sel sahaja.
    akibatnya w/pun baru dijangkiti sy dh perlukan HAART.

    apa jadi setelah ambil HAART?
    sila baca kategori ‘aku’ atau ‘rawatan HAART’ di blog.
    mcm2 sy tempoh.
    tak pernah sy putus asa.
    alahan teruk juga sdgkan ramai kwn2 lain tak ada apa2.
    (sebenarnya ada kawan kita sampai terpaksa masuk spital akibat alahan pun ada, he3)
    biasalah, sacrifice!
    cuba nanyi sikit lagu tu🙂
    apapun ujian, adakah bmakna kita akan surrender?

    pandang & fokus ke depan.
    HAART mnjadikan sy lebih bagus.
    ada kawan nasihat bygkan shj spt mkn vitamin.
    sejak dpt kombinasi yg tepat ni sy rasa lebih cergas.
    sy tahu CD4 dibantu untuk bertahan dan viral ditekan.
    cuma mungkin perlukan sedikit masa utk betul2 serasi

    jgn risaulah dgn HAART,
    bahkan dgn HAART risiko jangkitan terhadap pasangan pembawa HIV hampir sifar.
    kalau yg nak ada baby pun tak ada masalah.
    cuma seks selamat adalah sebaik2nya.

    sempena bulan penuh keberkatan ni,
    doa dan mengadu betul2.
    minta diberikan segala kekuatan.

    hidup mati tuhan yg tentukan.
    hidup ni mmgpun utk perjalanan abadi ke sana
    kurang2 kita mdapat peringatan.
    pergi biar bermaruah,
    kalah biar berjuang.

    1. Kadang2 susah gak jadi seorang yg lembut hati (cry baby) mcm saya ni.. baca komen2 yg mengharukan sket, dah berjurai2 airmata jatuh.. huhu..

      Saya skrg mmg nak khatamkan blog anda tu.. huhu.. malam tadi pun sempat baca sket je.. saya sbnrnya dah agak lama gak dah tak cuba cari info2 psl HIV ni.. mungkin dalam denial.. tapi skrg sy akan cuba buat yg terbaik utk diri sendiri dan org2 yang sayangkn saya..

      Thanks k utk komen2 yang tak putus2.. at least saya tau saya ada kawan kat luar sana..

  2. Saya akan jadi pembaca setia blog ni. Awak tak keseorangan. Semoga awak sehat sentiasa. Doakan juga saya ya sempena Ramadhan ni. Amen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s