‘Perasaan’ Itu Kembali Lagi….

Dah agak lama sejak kali terakhir aku menyayangi seseorang.. Dan aku rasa aku tak sanggup lagi nak menyakiti orang yang aku sayang dengan keadaan aku yang sakit ni. Aku dah bersedia untuk berseorangan selama-lamanya.. Tapi akhir-akhir ini, seseorang cuba untuk menembusi benteng pertahanan aku, dan dia berjaya…………………….

Seseorang itu menerima aku seadanya, aku dengan kecacatanku, aku dengan penyakitku… Tapi aku takut. Aku sangat takut. Aku tak mampu untuk berikan dia banyak perkara disebabkan penyakitku ini..

Aku tak nafikan yang setelah berkenalan dan setelah bertemu, aku dah mula sayangkan dia. Aku sangat terharu kerana seorang yang cukup sempurna sepertinya sudi untuk berkenalan denganku, malah memberikan secebis dari kasihnya untuk aku yang sangat hina….

Hati aku berkecamuk. Memang aku sangat gembira.. Dah lama aku tak rasa gembira seperti ini. Tapi dalam masa yang sama, aku juga sedih kerana kekurangan aku. Aku tak mampu untuk membahagiakan dia dengan keadaan aku.. Adakah cukup hubungan ini jika kekurangan ‘sesuatu’? Sesuatu yang aku tahu, sangat diperlukan oleh insan2 sepertinya? Sesuatu yang tak mampu aku berikan……..

Tapi aku berserah. Aku terima dirinya.. Kejujurannya, kematangannya, kenakalannya, keindahan kata2nya, ketrampilannya, dan segala tentang dirinya membuat aku tertaut.. Akan aku serahkan hati aku kepadanya.. Terpulang pada dirinya untuk menjaganya atau untuk menghancurkannya…….. Aku berserah…..

4 thoughts on “‘Perasaan’ Itu Kembali Lagi….

    1. betul kata tuan ttg stigma dalaman tu.. stigma luaran sy leh hadapi lagi, tapi stigma dalam diri ni mmg betul2 buat sy rasa rendah diri sangat.. rasa mcm tak layak je utk siapa2..

      1. kisah awak hampir sama macam saya…….
        Ya Allah , bantulah aku dan berilah aku kekuatan…..

  1. syukur azam masi ada fmly yg menyayangi wlupun dorang tak tau azam dah jd mcm ni. klu dorang tau ya allah….tak dpt nak gmbrkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s