Another Mumble……

Masa aku mula-mula disahkan mempunyai virus ni dalam badan aku, aku dah jangka yang ianya akan menghancurkan aku perlahan-lahan dari segi fizikal dan mental.. Tapi aku tak sangka yang ia akan meragut ketenteraman perasaan aku juga. Pergolakan dalaman yang aku rasakan sekarang memang sangat menyakitkan. Perasaan memahukan sesuatu yang begitu dekat, tapi tangan tak mampu untuk menggapainya.

Beribu titisan airmata telah aku jatuhkan semalam, selepas berjumpa dengannya dan ketika itulah semua perasaan menerbu ke benak perasaan aku. Air mata yang aku tak dapat bendung walaupun aku berada di khalayak ramai. Begitu hebatnya balasan yang telah diberikan kepada aku yang berdosa ini. Aku redha menerimanya ya Allah, walaupun setiap hari, dalamanku mati sedikit demi sedikit olehnya.

Mungkin dengan hadirnya sebutir cahaya kelam dari hati yang ikhlas menyayangi aku dalam duniaku yang gelap gelita ini, mampu untuk memberikan aku sedikit semangat dalam menempuh hari2ku..

“Ya Allah. Jika balasan ini masih tidak mampu menebus dosaku, jadikanlah ia sebagai pedoman kepada manusia lain. Dan jika Kau rasa aku seperti tidak mampu memikulnya lagi, Kau matikanlah aku ya Allah………..”

24 thoughts on “Another Mumble……

  1. KENAPA KITA DIUJI ?

    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

    KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

    -Surah Al-Baqarah ayat 216

    KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

    -Surah Al-Baqarah ayat 286

    RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

    “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”

    – Surah Ali-Imran ayat 139

    BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

    -Surah Al-Imran ayat 200

    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

    -Surah Al-Baqarah ayat 45

    APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..

    -Surah At-Taubah ayat 111

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

    “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

    -Surah At-Taubah ayat 129

    ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

    “… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

    -Surah Yusuf ayat 87

  2. Hidup ni sementara jer, kita diuji, nak lihat sejauh mana kehebatan kita melepasi dugaannya. Tabahkan hati, insyaallah, syurga menanti mu di sana. Jadikan bulan penuh rahmat ini untuk kita gandakan amal ibadat kita. Mantapkan iman kita dan akidah kita, moga moga kita mendapat puasa yang ikhlas dan diberikan ganjaran syurga oleh Allah swt. Setiap yang berlaku pasati ada hikmahnya. Manusia, walau sehebat mana, sekaya mana, secerdik mana, semuanya akam kembali kepada Allah swt jua.

    1. setiap manusia mmg ada dugaan masing2. Mgkn sy nampak lemah kerana mcm mudah menyerah, tp setiap org ada tahap ketahanan masing2. Sy mmg mengaku yg sy seorg yg sgt lemah. Sy mmg perlukn bantuan dan sokongan.

  3. “Sy mmg mengaku yg sy seorg yg sgt lemah. Sy mmg perlukn bantuan dan sokongan”. Saya sentiasa akan berada di sisi mu, untuk meniti hari hari yang mendatang. Kuatkan semangat, tabahkan hati, Banggakan orang orang yang sayang kamu, buktikan kepada mereka yang sayang tidak mudah mengalah.

  4. apapun berlaku, kita tak boleh berputus asa dgn rahmatNya. Jgn sesekali mengalah terutama di bln pnuh kberkatan ini. sgala ujian ini mbuktikn kita insan tpilih. sesekali bila ‘rebah’, mngadulah sgala resah kpdNya. kita srupa & ramai rkn yg sudi mbntu. bila gagah, hulurkn tgn mbntu yg prlu. shbt lebih bpngalamn dlm byk pkara bbnding sy dlm soal ini. sy yakin shbt mampu mmaafkn diri sndiri & mmandang smua ujian ini scara positif. mungkin shbt tidak prasan, suatu ktika dulu blog shbt byk mbntu sy.

    1. saya seorang yg sgt lemah dari segi emosi.. kdg2 apa yg sy perlukan adalah sokongan dan dorongan dari kawan2 yang memahami spt anda semua.. terima kasih sebab komen2 anda semua berjaya membuat saya sedikit kuat..

      saya terharu bila awk ckp blog sy pernah membantu awak dulu.. terima kasih sebab sudi menjenguk blog hasil nukilan rasa saya ni..

  5. Semua yang berlaku ada hikmahnya, Bukan tugas manusia menghakimi siapa baik, siapa jahat. Lakukan amal kebajikan sebanyak mungkin didunia, insyaallah, ganjaran syurga menanti tuan tuan jua di sana, Saya doakan semoga tuan tuan semua dikurniakan Allah dengan kesihatan tubuh badan, kekuatan akal fikiran, moga moga kita mati dalam keadaan kita sebagai orang Islam. Insyaallah.

  6. Hey bro, jangan putus asa. Kuatkan semangat selalu. never ever rasa rendah diri. We are all human, kadang kadang dah tentu akan menangis. Tapi bila dah habis menangis, bangun dan terus melangkah ok. I believe in you.

    1. Menangis satu hal, bangkit kembali satu hal. Tak semua manusia boleh bangkit sendiri. Mereka perlukan sokongan dan bantuan untuk bangkit. Hidup saya tidak bermakna kalau saya gembira, orang sekeliling saya sedih, Hidup saya tidak berharga, kalau saya hidup senang lenang, orang yang saya sayang hidup melarat. Kalau semua orang bersikap cakna dan prihatin, takkan ada seorang pun di dunia ini akan menitiskan air mata.

      1. @Fais : saya setuju.. tak semua orang cukup kuat utk bangkit sendiri.. saya contohnya, merupakan seorang yg sangat lemah.. bila sy terjatuh, untuk bangun semula memang agak mencabar.. saya akan mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh dari luka akibat terjatuh tersebut..

    2. @andi : thanks.. mmg sy ada byk kombinasi sifat2 yg negatif spt terlalu rendah diri, mudah rasa bersalah, dll.. bila dugaan dtg dan sy sedar sy keseorangan, mmg tangisan saja yg jadi peneman saya..

      1. No problem bro. Satu nasihat aku, make urself busy with friends, activities, family. Sbb bila selalu keseorangan, otak akan start fikir menda yg bukan bukan. Live life to the fullest. Kadang2 rasa diri sendiri paling malang, tapi on second thought, sebenarnya ramai lagi yg kurang bernasib baik.

        Somencik crafoc, berjalan terus ke depan dan senyum manis2 okay!

      2. Memang sedaya upaya nak membusykan diri nih.. Hehe.. Betul kata encik andi yang sangat nakal tu, iaitu byk lagi insan yang lebih malang lagi kan.. saya ni cuma dapat HIV je.. org lain ramai lagi yg dapat penyakit yang lebih bahaya spt sakit jantung dan lain2..

        hehehe.. senyum manis2 ek? tak mau laa.. kang org pikir lain lak.. haha!!

  7. be strong bro…i always look at our predicament as ” we are the chosen one!”

    Kita diberikan peluang kedua yang terang dan nyata oleh pencipta untuk terus beribadah dan merendah diri.

    you are not alone, ramai kenkawan yang ‘senasib’ boleh membantu.

    1. thanks k.. mmg ramai yg senasib kat luar sana, tapi tak kenal pun.. at least kat sini, dapat gak kenal 1,2 org yang sama nasib..

    1. insan ke insaf? haha!! thanks meyo.. ko antara salah sorang yang selalu bagi semangat kat aku.. weh, nama tu cover2 la sket.. haha!!

      1. aku maksudkan nama aku la.. Ko sebut nama aku.. Haha!! Jgn takut ar pasal 2nd checkup tu.. Kuatkan semangat k.. Aku sentiasa sokong ko..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s