similarity

14/06/2010 – Isnin

Salam.

Rasanya dah dekat 3 bulan aku tak update blog nih. Bukan sebab takde apa yang aku nak update, tapi sebab takde masa.

2 bulan yang lepas (April), aku telah dijemput untuk menghadiri satu ‘discussion group’ untuk HIV+ Malay MSM on social, behaviourial and meds implications. Program ini dijalankan oleh MAC (Malaysian Aids Council) untuk mengetahui kesan HIV dari segi emosional, sosial dan lain2.

Program ini telah diadakan di pejabat MAC di Sentul pada hari Sabtu (nasib baik Sabtu, kalau hari lain kompem aku takleh join). So bila hari tu tiba, aku pun pergi la ke pejabat MAC tu.

Aku agak lewat mase tu atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, so aku tiba kat ofis MAC dalam pukul 8.30pm, padahal sepatutnya kitorang start pukul 8pm. Bila aku masuk je ofis tu, aku tengok semua orang dah sampai. Semua tunggu aku rupanya. malu giler. Selain aku, terdapat 7 orang peserta lain yang sama kategori ngan aku iaitu HIV+ malay, kecuali seorang yg HIV+ chinese. So bila aku dah siap makan, kitorang pun start program tu.

Program tu lebih kepada mengambil maklumat dari setiap peserta. Antara soalan yang aku ingat, ‘adakah keluarga anda tahu tentang status HIV anda’, ‘apakah kesan sampingan ubat HIV yang anda ambil’ dan soalan2 lain yg berkaitan, tapi aku x ingat.šŸ˜›

Program tamat pada pukul 11pm la lebih kurang, dan aku menerima RM140 dari MAC. Terkejut masa dapat duit tu, sebab aku tau diorg akan bg duit, tp tak sangka sebanyak itu.šŸ™‚

oh ya, aku juga telah menjalankan ujian darah yang ke-3 dalam April gak, dan jumlah CD4 aku meningkat lagi. Yayyy!!

Ok la, ini saja setakat ni. Lain kali aku update lagi. Adios.

4 thoughts on “similarity

    1. salam dzull.

      maaf lambat reply. simptom awal yg sy dpt mase mula2 dijangkiti tu saya rasa ialah saya dapat demam yg agak teruk.. demam tu mmg biasa berlaku kpd org yg baru dijangkiti sbb tahap CD4 jatuh mendadak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s