The RED Event

03/12/2009 – Khamis
Salam.

Dah agak lama aku tak update blog aku ni. Aku mintak maaf byk pada korang sebab aku mmg tak sempat nak update. Sejak 2,3 mingu lepas, weekend aku pack dgn aktiviti2. Start dari 14hb Nov, aku ikut bos pergi kaunter untuk biasakan diri dgn pencarian customer menggunakan muka tak malu. Hahaha!

21hb Nov, aku ada training untuk The Red Carnival, World’s AIDS Day 2009, dan pada 28hb & 29hb Nov, it’s showtime. THE RED CARNIVAL DI SUNGEI WANG PLAZA!!!!

Aku ada cerita sebelum ni yang aku ada daftarkan diri untuk jadi pekerja sukarelawan mewakili PTF Malaysia untuk Hari AIDS Sedunia 2009. Akhirnya tibalah hari yang aku tunggu-tunggu (dengan penuh gementar). Kat sini aku akan cerita sedikit sebanyak apa yg berlaku sepanjang aku bertugas sebagai pekerja sukarela kat event tu. Untuk pengetahuan korang, event tu berlangsung selama 2 hari, dan bagi setiap hari, terdapat 2 shift iaitu shift pagi dan shift petang. So petang Jumaat (Hari Raya Haji) tu, kemas2 baju yg aku perlu dan terus gerak ke Seremban. Sampai kat Seremban, naik komuter lak ke Bandar Tasik Selatan, dimana aku menumpang di rumah kawan aku yg join sekali jadi volunteer. Thanks Mac!!🙂
Hari Pertama (28hb November – Sabtu)

Untuk hari pertama, aku daftar untuk shift kedua (3.00 ptg – 9.00 mlm). Masa training pada 21hb, aku diberitahu yg aku akan bertugas sebagai petugas pendaftaran. So boring. Aku bertolak dari Bandar Tasik Selatan dlm pukul 12, dan sampai Sungei Wang Plaza dalam pukul 1. Kenapa awal sangat, sedangkan shift aku start pukul 3? Hehe, sebab aku dah janji nak jumpa ‘si dia’ sebelum memulakan tugas. Kami pergi makan kat Old Town dalam Lowyat, borak2 sampai la masa dah dekat2 pukul 3. Kami pun gerak ke Sungei Wang Plaza balik (sebelah2 je), dan kat entrance Sg Wang aku jumpa kwn aku yg aku tumpang tidur rumah dia. Dia kerja pagi tu, sebab tu kami tak dpt gerak sama2. Selepas kenalkan dia dgn ‘si dia’ kami bertiga terus ke tingkat 6 Sg Wang Plaza, sebelah Green Box Karaoke. Kat situlah markas PTF Volunteers!

Selepas daftarkan diri, aku ditugaskan untuk duduk kat kaunter pendaftaran untuk melakukan tugas2 pendaftaran. Masa tu orang dah tak ramai, so memang boring giler. Kat situ aku kenal dgn seorang lagi sukarelawan yg ditugaaskan sbg petugas pendaftaran, Geetha. What a nice girl. Tapi oleh sebab keje tu boring sangat, aku ngan Geetha mencadangkan diri kat our supervisor untuk tinggalkan kaunter pendaftaran dan kami nak berjuang sebagai ‘Roving Angels’! Oleh sebab kat bahagian pendaftaran dah ramai orang, so kami berdua dibenarkan jadi angels. Seronok giler. Sepatutnya setiap team kena ada paling kurang 3 angels, tap sebab x cukup orang, aku ngan Geetha buat team of 2 je. Kami ditugaskan di depan Maybank dekat luar Sungei Wang Plaza.

Kami pun pergi ke Maybank tu (seb baik tak jauh), dan memulakan tugas. Untuk makluman korang, tugas2 yg perlu dilakukan oleh seorang ‘Roving Angel’ termasuk :

1. Melekatkan (dengan izin) riben merah pada orang ramai sebagai simbolik ‘Fight AIDS’ (tapi aku tengok banyak kumpulan lain yang lekatkan riben tu tanpa mintak izin, which I think is some kind of harrassment).

2. Menggalakkan orang ramai untuk menderma seberapa banyak yg mereka mahu kepada yayasan PTF Malaysia. Bagi yang menderma lebih dari RM5, mereka boleh mendapat salah satu dari cenderahati PTF.

3. Memberikan maklumat2 yang berkaitan kalau ada orang yang tanya.

Masa mula2 tu, aku kekok sgt. Tak tau nak cakap camne. Tapi Geetha hebat. Dia terus jerit “STICK A FREE RIBBON!! IT’S FOR THE WORLD’S AIDS DAY!! SUPPORT THE CAUSE!!” Lepas dengar dia herit2 tu, aku mula bersemangat. Lepas tu aku pun join dia jerit2. Fun giler!!!! Memang terharu sgt2 bila ada org yg derma sambil cakap, “what you guys are doing is awesome!!” memang menambah semangat aku. Kami rehat pukul 7 mlm, and sambung balik pukul 8. Mase tu tetibe kawan aku yg aku tumpang rumah dia (Mac) dtg kat aku ng Geetha. Dia ckp dia nak join team aku sebab dia tension ngan team dia. Dia cakap ahli kumpulan dia (4 org) semua berbangsa cina, dan diorg x layan dia sebab dia tak tau ckp cina (plese note that ini bukan soal bangsa, tapi keselesaan pertuturan.) Sebenarnya aku lagi suka kalau Mac join aku sebab ada la tenaga tambahan. Susah kalau berdua je, nak uruskan kotak derma, nak approach org ramai, nak kopek doubletape kat riben, mmg tak menang tangan. Lgpun Mac boleh dikatakan good looking, so xde la aku boring sangat (in case u guys forget, I’m still GAY). haha.

So dari pukul 8 sampai pukul 9, kami bertiga berjuang habis-habisan terpekik terlolong macam org meroyan, tapi memang seronok giler!! Geetha pun bertambah seronok bila Mac join kitorg sebab dpt tgk org hensem. Kalau la dia tau yg Mac tu pun sebenarnya GAY. Hahaha.. Bila jam dah sampai ke pukul 9, kami pun gerak balik ke markas. Kutipan yg kitorg dpt boleh tahan. Ada gak team yg mula lagi awal dari kami, tapi kutipan diorg lagi sikit. Kira aku bangga gak la dapat team mate yg energetic. Lepas pulangkan bakul merchandise ngan kotak derma, kami bertiga terus pergi ke pentas utama yang terletak kat depan entrance Sungei Wang Plaza. Rupa-rupanya ada Jaclyn Victor nak buat show. Jac nyanyi 3 lagu + 1 lagu request dr penonton. Aku sempat rakam video untuk  1 lagu je sebab memori kamera aku dah full.

Lepas abis Jac nyanyi, aku ngan Mac say goodbye to Geetha, and kami pun gerak balik. Kami jalan kakai ke stesen LRT Hang Tuah sebab nak borak2 sambil jalan. Kami singgah kat Starbuck, beli ice blended dan jalan. Masa tu la sesi perbualan kitorg jd sesuatu yg sangat menyayat hati. Aku tak perlu la citer kat sini sebab ni melibatkan hal peribadi Mac dan aku tak sanggup nak ingat semula detik2 dia menangis depan aku mase dia citer masalah dia. I’m so sorry for you Mac.😦
Hari Kedua (29hb November – Ahad)

Untuk hari kedua ni, sepatutnya aku bertugas shift pagi, tapi aku mintak tukar ke shift kedua. Hahaha. Untuk hari ni, shift kedua adalah dari 2 ptg hingga 7 mlm. Aku ngan Mac sampai kat markas PTF tepat2 kul 2, dan kitorang terus meet up ngan Geetha. Lepas makan, kami pun terus memulakan tugas sebagai Roving Angels. Kami pergi ke Maybank, dan kali ni aku xde malu2 lagi dah. Sampai2 situ je aku terus jerit2, “stick a free ribbon, support world’s aids day!!!” Tapi aku kelakar bila Mac sebut World’s Aids Day. Dia org Sarawak, so slang dia bila sebut tu mmg lari. Hampir bunyi mcm “Support World’s Ate They!!” LOL

Dalam tempoh 1/2 jam kitorg terjerit2 tu, ade satu family omputeh dtg kat kitorg dan masukkan RM10 kat dalam tabung. So aku sebagai penjaga kotak derma, terus ckp kat dia, “Thank you so much sir. And because you were so generous, you are entitled to pick 2 from our list of merchandises.” Lelaki omputeh tu jalan ngan 4 anak pompuan dia, so dia ckp, “Only 2? But I have 4 daughters.” So aku pun ckp, “But we are only allowed to give 1 merchandise for every RM5.” Tetiba lelaki tu keluarkan note RM50 dan masukkan dalam kotak derma. Aku yg excited giler, terus ckp, “thank you sir!! Now you can have 10 of our merchandises!!!” Omputeh tu ckp, “That’s okay, I only need another 2. But good job you guys!!” Masa tu kami bertiga mmg hepi giler.

Lagi satu, pun satu family omputeh. Sepasang suami isteri ng 3 anak diorg yg comel2 gler! Yang si suami pendiam sket (tapi hensem), tapi yg si isteri mmg peramah. Dia dtg kat aku, masukkan RM10 dan bila aku nak bagi dia merchandise, dia ckp, “No! No! Give the merchandise to othes. Just give me a hug. You guys are doing a really noble deed!” Aku pun tanpa segan silu terus peluk pompuan tu. Geetha ngan Mac pun peluk dia. Terharu betul.

Tapi dalam hepi2 tu, ade gak benda yg x berapa best berlaku gak. Ada satu masa tu Geetha hulur riben kat satu family Arab. Yg pompuan arab tu pakai purdah. Bila Geetha hulur riben tu, pompuan arab tu tak bagi dekat dgn dia. Pastu pompuan arab tu tanya la utk apa kitorg mintak derma. So Geetha pun bgtau la yg kitorg mintak derma untuk Hari AIDS Sedunia. Yang buat kitorg terkejut ialah, pompuan arab tu ckp, “AIDS? What is that?” Oleh sebab aku rasa pompuan arab tu mungkin x paham apa yg Geetha ckp, so aku pun g kat pompuan arab tu dan ckp, “AIDS is the disease that is caused by the virus HIV.” pastu pompuan arab tu tanya, “What’s HIV?” pastu kami terus speechless. Mulanya kami memang ingat pompuan arab tu buat2 tak tau, tapi dari body language aku boleh agak yg dia mmg tak tau apa2. Pelik kan?

Selain tu, kami terus buat tugas kami dgn penuh semangat sampai pukul 7. Memang penat giler, but it was fun. Sampai pukul 7, kami pun balik ke markas utk pulangkan semua barang2. Staf2 PTF dgn begitu warm ucapkan terima kasih pada kitorg. Hari yg kedua pun berakhir. Mula2 aku plan nak balik terus lepas abis event, tapi ada volunteer yg ajak kitorg g mkn lak. So aku ngan Mac g makan, sementara Geetha terus balik.

Kami g mkn kat food court Pavillion. mase tu kami berlima, 3 volunteer ng 2 kwn Mac yg kebetulan kitorg jumpa kat Pavillion. And we are all GAY. Masa makan, aku duduk depan Mac dan sebelah volunteer yg ajak kitorg mkn tu. Nama dia F. Aku citer pasal sesi makan ni sebab ade sesuatu yg kurang enak telah berlaku. Masa makan, F duduk sebelah aku, tapi dia duduk rapat sangat sampai aku x selesa. Then dia start tanya mcm2 soalan ttg aku. Mana aku keje, duduk mana, nama penuh, kampung, umur. Rimas. Mase tu Mac dah jeling2 kat aku (konon nak bagi hint ttg F). Aku buat bodoh je. Then tetibe F cakap, “F suka la kacau u ni, comel sangat.” Masa tu bulu roma aku dah berdiri. So aku terus diam dan makan cepat2. Lepas kitorg keluar dr Pavillion, F tanya aku, “betul ke u dah nak balik? F ingat naka ajak karaoke.” Aku dah rimas giler. mac dh faham aku x selesa, so dia tolong jawab utk aku, “Dia nak balik jauh tu. Lain kali je la k.” Thank you Mac. You are my saviour. So kitorag pun terus balik. Masa nak berpisah tu, F salam ngan aku, tapi dia siap buat ‘geli’ guna jari dia kat tapak tangan aku. Yuck!! Jgn salah faham, aku bukan menyombong, tapi aku betul2 tak suka cara dia nak berkawan. Lagipun aku dah ada someone special yang 1 juta kali lebih baik . huhuhu. Lega betul bila dia dah pergi. Start dari situ, Mac asyik usik2 aku psl F. Geram tol!

Kami sampai Bandar Tasik Selatan pukul 10 mlm. Aku ambik beg kat rumah Mac, dan Mac hantar aku sampai stesen teksi. Aku naik teksi sampai stesen komuter, dan ambik komuter balik ke Seremban. Aku sampai Seremban dalam pukul 11 lebih. Pastu drive balik ke kampung. Bayangkan la tgh penat2 tu nak kena drive. Duiiii. Sampai rumah dalam pukul 1.30 pg, terus tido. Sok nak keje.

So ni la sedikit sebanya antara yang berlaku pada 2 hari tu. Walaupun penat sangat, tapi aku hepi sangat. Dapat jumpa kwn baru, dapat menyumbang kpd PTF, dpt jumpa my ‘someone’, dll. Semua tu akan jadi memori yg tak mungkin aku lupakan.

Dan yang lagi best, tadi aku dapat emel dari PTF. Diorg ckp diorg akan buat satu ‘thank you party’ untuk volunteers yg terlibat masa Red Carnival. Diorg akan buat pada 20hb Disember ni. Tak sabar nak pegi!!!

Ok la, dah panjang sangat aku membebel kat sini. Mesti korang dah bosan baca benda2 mengarut ni kan.🙂

Salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s