Lipodystrophy – Changing Of Appearance?


A Video About LIPODYSTROPHY

Salam..

Sekarang aku akan mula cari maklumat2 tentang side2 effects yang disebabkan oleh HIV. 1st thing yg aku jumpa ialah; LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY ialah satu keadaan dimana kadar tisu ‘adipose’ (tisu yang terletak di bawah kulit dimana ianya memegang lemak, dan menyokong struktur bentuk tubuh) menjadi tidak normal atau berkurangan. ‘LIPO’ bermaksud ‘lemak’ dan ‘DYSTROPHY’ bermaksud ‘tidak normal atau berkurangan’ dalam bahasa Greek. Dalam istilah yg lebih spesifik, LIPODYSTROPHY bermaksud kehilangan lemak dari bahagian badan yang tertentu (biasanya di bahagian muka).

Keadaan LIPODYSTROPHY boleh wujud seperti lekukan atau lubang kecil di bahagian kulit apabila seseorang dengan berulangkali melakukan suntikan di bahagian tersebut. Biasanya keadaan sebegini tidak berbahaya. Biasanya, orang yang mahu mengelak keadaan ini akan melakukan suntikan secara bergilir-gilir di bahagian badan yg berlainan.

Salah satu kesan sampingan LIPODYSTROPHY ialah penolakan terhadap ubat yg disuntik, proses penyerapan ubat yang lambat, ataupun trauma yg boleh menyebabkan pendarahan, yang mana tubuh akan menolak ubat yg diberikan. Dalam keadaan ini, sukatan ubat yg perlu diberikan, seperti insulan yg perlu diberikan kepada pesakit diabetes, menjadi mustahil untuk ditentukan. Malahan dalam sesetengah kes, suntikan secara bergilir2 juga tidak dapat mencegah LIPODYSTROPHY.

LIPODYSTROPHY boleh disebabkan oleh penggunaan ubat antiretroviral. LIPODYSTROPHY akan menyebabkan pembahagian jumlah lemak yg tak sekata di bahagian badan yg berlainan. Ini termasuk, tapi tidak tertakluk kepada, mempunyai pipi yg mencengkung ataupun bonggol di bahagian belakang leher. (alamak, takutnya.. huhu..)

LIPODYSTROPHY sebenarnya memberi pengaruh negative kepada penderita HIV dari segi psikologi, lebih drpd fizikal. Kami akan berasa bertambah tidak yakin terhadap diri sendiri dengan perubahan bentuk tubuh badan, khususnya di bahagian muka. “dah tak cantik dah”… huhuhu..

Ok, see u some other time..

Salam..


6 thoughts on “Lipodystrophy – Changing Of Appearance?

  1. salam, sekadar mau berkongsi cerita aku je…

    aku student uni kat area KL ni…aku pon PLU…cerita nye mula macam ni…bulan feb and mac lepas aku deman tp x teruk sgt la cuma deman tu datang mengejut n x tunjuk kan aku deman la…deman yg more to rasa mcm x sihat badan je…

    then bulan april aritu aku deman balik…time tu aku da mula cuak pikir kenapa aku asik deman je tiap2 bulan….tp aku still positivekan mind aku lg la time tu…..tp deman ke3 aku ni agak pelik sbb aku batuk x henti n jenis batuk aku batuk kering (2weeks)..sampai la minggu ke 3 aku batuk tu aku ada masalah yg lebih besar lak time ni sbb bila aku batuk mesti aku xleh bernafas…huhu

    sbb kan batuk aku x henti n xleh bernafas even makan ubat n anbiotik aku amik keputusan nak wat ujian HIV…aku p dgn kwn baik aku (dia PLU gak).kami buat kat private klinik kat area bangsar..dia pon buat ujian HIV sama dgn aku…mahal giler dia cas kami rm 75 soran ( cam babi je diorg kan)…

    the result pon kuar la..aku neg tp kwn aku positive walhah aku yg sakit2…time tu aku tyn la doc sama ada ada possibility if tertukar sample darah…aku cuak sgt2 takut tertukar smple darah tu…tp doc kata x mungkin…

    disbbkan kwn aku tu positive,buat 2nd test kat hospital pantai lak (harga rm55 je)..time tu result kwn aku lambat giler nak kuar..sehari sehari kami tunggu keputusan sama ada positive atau x..finally result kuar n negetive…a biggest realive for my friend..doc cakap ujian untuk darah dia may be slah sbb antibodi dia lemah so effect result HIV tu…

    tp aku still berada dalam keadaan takut skrg ni sbb aku still batuk2 lg even da masuk mei n june will be coming very soon…

    ko rasa kan simton2 yg aku cakap tu ada kemungkinan x aku dapat HIV? skrg ni br lepas 1st month dr ujian pertama…aku nk tungg lg 2 bulan untuk 2nd test…hope xda apa2 la…..huhu

    1. Hai.. sory sbb lambat giler reply.. Aku nasihatkan ko g la buat checkup dalam tempoh 6 bulan nih.. bukan pe, klu lepas buat checkup tu ko didapati negatif, tu kan satu kelegaan.. Yg penting, jgn putus asa k.. Good Luck!

  2. salam, saya doakn korang sihat…1st of all, bila kita dah tau keadaan kita mcm ni, berubah lah..dekatkn driri dgn Allah.. Saya sebagai perempuan, pernah tersilap langkah tapi xlah sejauh langkah saudara..mungkin tuhan memberikan saya beribu peluang untuk saya berubah, dan akhirnya saya berubah..solat tiang agama, tanpa solat hati kita kelam, tanpa solat hati kita jauh dari tuhan..tuhan berikan HIV + pada saudara adalah peluang mengenalinya..sesungguhnya satu perasaan yg indah ketika saya bersujud padaNya..Ya Allah aku bersyukur padaMu diberikan peluang untuk mencintaiMu, Ya Allah aku redha apa pun takdirku, kerana aku tahu perancanganMu adalah terbaik sedangkan aku hanya insan yang lemah..Ya Allah terimalah taubatku, terima lah taubat si pemilik blog ini..Amin..

    1. bile kite cinta Allah,kite x kisah dah ape yg Allah takdir kan tuk kita.Kita akan lebih untuk menerima dan berusaha.bersyukur lah awak,sebab cinta Allah kat awak BESAR sangat!!🙂

  3. ooo..baru tau nama saintifik untuk tangan yang berlubang ni..huhuh..x derla kerap sangat tangan aku kena cucuk, tapi hampir di tempat yang sama la.and tangan aku memang berlubang.

    pape pun, penyakit yang ko ada ni memang satu RAHMAT bt ko. congratz and thanx🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s