Guilty Unless Proven Innocent? – Dihakimi Sebelum Diadili…


Salam….

Tajuk di atas xde kena-mengena langsung dengan kes2 mahkamah yg melibatkan politik2 sekarang.. Xde maknanya.. Tajuk tu sebagai satu soalan aku kepada dunia… Mengapa manusia suka menghakimi orang lain?…

Situasi 1 :
Seorang pakcik pakai baju lusuh, jalan ke sana ke mari sambil bawak tin kosong. Dari jauh kita nampak, terus cuba nak elak dr bertembung dengan pakcik tu. Dalam hati, kita cakap, “Tu tak lain nak mintak sedekah la tu. Keje malas, tau nak mintak duit orang je. Jangan harap nak dapat satu sen pun dari aku!”

Situasi 2 :
Seorang perempuan cun giler (haha!) jalan berdua dengan seorang pakcik yg umur nak cecah 60 thn. Pakcik tu dressing setaraf datuk2, eh silap, Dato’2. Tentu orang akan pikir, “Dah tua nak mampus pun x sedar diri lagi.”. Ataupun “Perempuan murahan!!”.

Situasi 3 :
Seorang lelaki masuk ke sebuah farmasi, dan menyerahkan perskripsi yg beliau bawa kepada ahli farmasi. Dalam perskripsi tu tertulis ubat2an untuk pesakit HIV. Ahli farmasi tu tentu akan pikir “Ni mesti ada AIDS. Tu la, mase main x ingat. Dah sakit menyusahkan orang.”

Ketiga-tiga situasi di atas menunjukkan sikap ‘judgemental’ masyarakat terhadap pemerhatian mereka sendiri. Sebenarnya kalau kita pikir positif dan rajin bertanya (bukan busy body ye), kadang2 apa yg dilihat tu jauh berbeza dgn apa yg berlaku sebenarnya.

Situasi 1 : Memang pakcik tu mintak derma, tapi sebenarnya untuk projek pembinaan rumah anay yatim. Bukan sebab dia malas kerja. Tapi pakcik tu pun x patut mintak derma guna tin. Ahaks!!

Situasi 2 : Atuk dgn cucu la.

Situasi 3 : Sebenarnya lelaki tu doktor HIV, and dia ambil ubat tu sebab nak tolong pesakit dia yg tak dapat nak pegi ambik ubat dia sbb tgh sakit. (mcm penah dgr je cite ni)..

Penyakit judgemental ni mmg susah utk diubati, ataupun mmg x boleh nak diubati. Itu la yg akan terpaksa aku lalui di masa depan, dengan hidup sebagai seorang HIV positif. Aku takut bila terpikir lepsa habis bulan puasa nanti, nak kena buat macam2 test, ambik darah, x ray, dll. Semua tu melibatkan ramai orang, dan tak keterlaluan aku ckp kalau semua orang2 tu akan bersikap judgemental pada aku. Tapi benda ni semua mungkin sesuatu yang perlu aku lalui untuk sepanjang hidup aku yg x berapa nak panjang nih, so nak tak nak terpaksa la tahan.

Bayangkan masa aku g buat test darah nanti, misi (nurse) yg ambik darah aku tu tanya, “ni dapat HIV ni main ngan sapa la ni…”. Tak ke panas telinga klu dgr camtu. Patut ke aku jawab, “main ngan anak akak dulu…”?

Even masa aku nak pegi buat blood test kat BP Clinical tu dulu pun, aku takut akan di’judge’ oleh staf kat situ, so aku pun cari la satu alasan logik. Last2 masa aku cakap nak buat blood test utk HIV, staf BP tu terus tanye, “nak kawin ke?” Aku pun senyum je. Maklum la, sekarang kan kalau nak kawin kena buat HIV test. Tapi aku rasa, sepatutnya staf BP tu tak dibenarkan tanya pun utk apa aku buat blodd test HIV tu kan. Sebab tu hak privacy, so suka hati aku la nak buat ape ngan test tu. Dia sepatutnya just ambik darah aku tanpa banyak soal. So mase tu dia pun turut mempamerkan sikap judgemental, iaitu dia dah buat kesimpulan dulu hanya kerana aku ckp nak buat HIV test. Nasib baik aku ni jenis straight (x lembut). Kalau aku jenis lembut, mesti dia terus buat andaian yg aku ni gay dan nak buat test HIV sebab dh byk main ngan jantan (walaupun mmg tu yg sebenarnya….. :)……)

Sikap judgemental ni walaupun banyak jenis, tapi paling teruk terhadap penderita HIV. Stigma terhadap HIV mmg besar, so inilah yg membuatkan sikap judgemental ni amat susah dikikis. Tambahan lagi kita yg dok kat Malaysia ni. Dengan info2 terbaru yg sangat2 kurang di media2 tentang HIV, jadi masyarakat Malaysia yang memang kurang ilmu ttg HIV ni akan terus membuat andaian berdasarkan apa yg mereka paham sahaja. Apa yg mereka paham? HIV = seks = dadah = gay = dosa = neraka.

Aku tak salahkan kerajaan sebab kurang memberikan kesedaran terhadap rakyat tentang pengetahuan terkini terhadap HIV ni, sebab aku paham kerajaan sibuk ng kerja lain (hahahaha!!!! as if!!), so rakyat2 sendiri kena la ambik inisiatif sendiri ttg HIV/AIDS ni. Mereka2 yg hidup dgn HIV ini, kebanyakannya telah insaf dr keterlanjuran mereka, dan ingin kembali ke pangkal jalan. Jangan la pikir, “dah ada HIV baru nak menyesal. Ingat Tuhan boleh terima ke taubat ko tu?”. Soal terima atau tak tu semua terletak padaNya, so kita sbg manusia ni just buat apa yg termampu utk membantu mereka. Eh silap. So anda sebagai manusia ni just buat apa yg termampu utk membantu kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s