Just A Once Sad Story…

My story, not yours…

Aku positif???…….. (1)

32 Comments


Salam.

Pernahkah terlintas di fikiran bahawa satu hari, korang akan menerima satu berita yang amat mengejutkan; Disahkan HIV Positif!

Blog ni aku buat sebab aku nak kongsi pengalaman aku sendiri. Sedih, tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan sikit beban dalam dada ni.

15/08/2009 – Sabtu
Pagi2 lagi aku dah bangun, siap2, start kereta dan terus ke Bahau. Destinasi aku, BP Clinical kat Bahau, belakang Econsave. Tujuan aku satu je, nak buat HIV blood test. Kenapa aku tetibe je nak buat blood test? Panjang ceritanya… Dipendekkan, aku GAY. Bodoh kan. Memang aku mengaku aku bodoh, dan aku mengaku aku menyesal dgn apa yg dah aku buat. Ok, berbalik pada cerita tadi, aku pun buat la blood test tu. Sekejap je, dia ambil sample darah, bayar RM25.00, dan dia suruh aku balik sebab proses tu ambil masa sehari gak. So aku disuruh datang balik hari Isnin sebab ahad diorang cuti. So aku pun terus g Seremban, mandi manda kat pool kat seremban.

17/08/2009 – Isnin
Hari aku ambil result test pun tiba. Aku jalankan rutin mcm biasa, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi….. mcm lagu budak2 lak. Sampai opis dlm pukul 8.45 pg, opis aku bukak pukul 9. Masuk opis, aku buat keje2 yg urgent dulu sampai smua siap. Dalam pukul 10, baru aku teringat pasal blood test tu. Dalam resit yg BP Clinical tu bg, ade no telefon diorang sekali. So aku pun terpikir la, baik aku call dulu sblm pergi, ntah2 result aku belum keluar. So aku pun call. Yang angkat telefon tu staf yg lelaki, pastu bila aku bgtau nama aku, terus dia pass kat budak pompuan yg ambik darah aku hari Sabtu lepas. So aku pun tanya la pasal result aku, (berdebar lak rasa, mcm nak ambik result SPM) dan tetiba suara pompuan tu mcm dh lain. Jadi sedih je. Aku pun gabra gak. Aku tanya boleh tak aku ambik result aku hari tu, dan dia jawab, result aku masih belum siap. Kena tunggu result dari Ipoh sebab ada kemungkinan result aku…. positif. Masa tu aku mcm dh nak pitam.. positif?………. Then pompuan tu bgtau yang aku kena tunggu sampai hari Rabu, baru boleh ambik result tu.

Lepas dia letak telefon, aku x tau nak pikir apa. Keliru, serabut, pening, takut, marah, sedih, semua ada. Tak sedar air mata aku jatuh. Nasib baik takde org kat opis. Lepas tu tanpa membuang masa aku terus sms kat kawan2 aku yg pernah tidur ngan aku. Semua terkejut, dan aku nasihatkan diorg g buat blood test gak.

Mase tu aku dah hilang punca, xleh nak buat keje langsung, nangis sampai petang. Aku call bf aku kat Seremban. Dia pun terkejut bila dengar. Mane x terkejut, har Ahad sblm tu kitorang ade buat benda haram tu. Cepat2 dia g buat rapid test, and keputusan die negative. Tp utk masa tu. So sejak hari tu, die terpaksa ambik ubat, nama ubat tu PEP ke hapa ntah. Harga ubat tu RM1,300. Ubat tu utk membunuh Virus HIV yg belum aktif, tp bkn 100% berkesan. Side effect ubat tu mmg severe. Kesian aku tgk dia. Takde selera makan, cirit birit, muntah, badan lesu, mengantuk. Aku rase betul2 bersalah kat dia. And sekarang kami bukan couple lg. Masing2 dah insaf atas kesilapan sendiri. Apa2 pun aku betul2 bersyukur sebab dia negatif.

Malam tu aku x boleh tidur, asyik nangis. Habis bantal n selimut aku basah ng airmata. Haha. Aku teringat kat mak aku. Masa tu la aku buat keputusan nak balik kampung (kampung aku dekat je), dan nak spend this whole week ng my family. Sabtu ni nak start puasa Ramadhan, so elok gak la tu kan.

18/08/2009 – Selasa
Pagi2 sblm g keje, aku dah pack baju2 aku utk seminggu. Yea, balik kampung!!! Walaupun tiap2 minggu aku balik kampung, tapi kali ni berbeza sket. Aku rasa betul2 rindu kat mak ayah and adik2 aku. Aku anak sulung. Masa lunch break tengahari aku x keluar mkn, xde selera, tp aku sms mak aku, tanya dia masak apa hr ni. Die pelik gak, sbb aku x pnh tanye camtu. Die tanye aku nak balik ke? Aku jawab ya. Masa tu airmata aku dah mencurah2. Pastu aku sambung keje sampai pukul 5. So abis keje pukul 5, aku terus blah and singgah jap kat supermarket, belikan adik aku coklat Kinder Joy yg dia asyik mintak sblm ni tp aku malas nak layan. Sampai kat umah, aku tgk muka family aku, sayu je rase. Tapi aku tahan airmata ni. Siap2 mandi, aku terus makan. Walaupun xde selera, tp aku laju je mkn lauk ayam masak kicap yg mak aku masak. Rasa sedap betul. Aku makan sorg2 je, sbb mak ayah aku keluar. Aku dok umah jaga adik2 aku. Malam tu, aku ajak adik aku yg bongsu (umur 3 thn), duduk atas riba aku. Rindu sgt kat dia. Ntah macamana, dia tetiba je cakap, “adik sayang along.” Masa tu aku dh x thn dah, terus mengalir air mata. Tp dia x sedar pun. Klu sedar pun, dia x paham.

19/08/2009 – Rabu
Hari yang ditakuti pun tiba. Aku terpaksa mintak half-day hari tu, sebab nak pegi ambik result. So aku keje sampai pukul 1, dan terus ke Bahau. Sampai je kat BP Clinical tu, aku masuk and ambik result aku. Staf pompuan tu xde, yang ade just staf lelaki. Aku sebut nama aku, ambik result (dlm plastik), and terus blah. Aku masuk dlm kereta, kunci pintu, pasang aircond, and bukak sampul plastik tu. Menggigil tangan aku mase tuh. Result tu kertas sehelai je, (nanti aku upload rupa result tu), and kat situ dia tulis :


Confirm! Aku HIV positif. Ya Allah ampunkan aku. Tapi nasib baik aku dah ada buat persediaan dari segi mental dlm masa 2 hari tu. So aku terima semua ni. Aku anggap ni semua balasan Allah utk org2 mcm aku yg byk buat dosa. Ni baru balasan dunia. Balasan kat akhirat nanti x tau la mcmn. Astaghfirullah.

Aku bernasib baik sebab antara ramai2 kawan GAY yg aku ada, masih ada 4 org yg masih sudi jd kawan aku. Yg lain semua cabut. Thanks korang atas semua kata-kata semangat. I needed it.

Ni la cerita yang aku nak kongsi dgn korang. Aku sebenarnya cari jugak blog yang buat mcm ni, tp x jumpa. So aku buat sendiri je. Nanti aku akan bagitau perkembangan2 aku. Sampai la aku dah tak mampu utk menaip lagi nanti. Until then, chow.

Assalamualaikum.



About these ads

32 thoughts on “Aku positif???…….. (1)

  1. Asalamualaikum..

    Berapa lama dari tempoh crafoc ambil ujian darah dari tarikh yang disyaki terdedah pada hiv?
    Saya ada mengambil ujian darah di bahau lebih kurang 3 bulan dari tarikh terdedah pada hiv.. Memang merisaukan dengan tekanan dan simtom2 yang ada pada saya

    • Wa’alaikumsalam…

      Men, saya terjebak dalam dunia ni sejak Mac 2009, dan saya buat ujian HIV pada Ogos 2009. Kalau dikira lebih kurang, 6 bulan.

      Men, saya memang syorkan awak buat blood test tu kalau Men memang dah terdedah dengan risiko2. Bukan apa, sekurang2nya kalau kita tahu status kesihatan kita, kita boleh jaga diri kita. Cuba bayangkan selepas Men buat ujian tu, dan Men terbukti HIV negatif, bukankah itu sesuatu yang sangat melegakan. Tapi saya bukan nak bagi harapan pada Men, cuma sekadar memberikan sedikit nasihat saja. :)

      • Syukur alhamdulillah.. pada 17 may ari tu saya buat test untuk tempoh 6 bln dari tarikh saya terdedah dengan HIV.. memang merisaukan saya.. apa pun cukuplah dahulu dengan fikiran tidak waras kita.. moga kita sama2 panjatkan doa agar kita di beri ampunan diatas kesalahan kita dahulu..

    • Salam Men,
      Boleh beritahu apakah simptom2 yang anda ada?

    • Men,
      boleh share symptom2 anda? dan risiko sblm ini? hantar pada email saya yeh..

  2. assalamualaikum

    boleh tak awak bagi tahu saya tanda tanda yang awak hadapi selepas tarikh terdedah kepada jangkitan?

    • antara tanda2 ialah demam yang tak kebah2. seminggu saya demam, dan dari situ saya dah syak.

      • Salam Crafoc,
        saya mohon maaf bertanya secara open… sekiranya boleh reply to my email pun ok… untuk symptom crafoc, demam mmg sangat teruk dan ada tak lagi symptom2 lain.. adakah symptom2 itu berlaku selepas 2-3 minggu selepas crafoc membuat aktiviti yang yang berisiko? Crafoc tahu siapakah maybe puncanya? boleh ceritakan pengalaman saudara yang berisiko kepada email saya?

  3. skema je i punye ayat
    emm i tak tau lah, i ni dlu ada tlg kwn i kat wad
    nak angkat dia x sedar, cadar dia basah, bukan blood, i tak tau ape tu
    kat hujung ibu jari i ada luka lama dah kering tapi x tutup sepenuhnye
    so i takot uwaaa :(

  4. Hahaha!! nama pun sakit kan.. msti ada kesannya.. just teruskan hidup.. kalau dh sampai masa utk mati, takde sape dapat halang..

  5. salam crafoc.. maaf bertanya.. saya baru terbaca mengenai blog awak ni. nak tnya kat sini agak peribadi. awak memg first time terjebak dlm dunia gay ni Mac 2009 & tested POZ on Aug 2009 kan? bile last u lakukan xtvt berisiko itu? i just nak tau mengenai window period dari tarikh last u have the risk xtvt & from the time u taking the test only. thanks in advance. klu boleh reply thru my email pun ok gak

  6. serius aku lak yang merasa sedih tiba2 plus sayup..

  7. salam..maaf bertanya sikit…macam mana virus hiv leh ada pd awak sdgkan ex bf awak still -ve?..

  8. aku dikenal pasti +ve pada 3hari sblm aidilfitri..time tu demam panjang n susah nak bernafas disamping batuk berpanjangan dan turun berat badan mendadak..dah gi sepital terus tahan ke wad..saat itu aku sms semua famili members supaya jgn dtg jenguk aku sbb aku tanak ada yg boleh hidu apa yg terjadi..10 hari dlm wad baru kuar..hati membuak-buak nak pulang kg sbb tak jmp mak lagi..adik beradik dah balik rumah masing2…time masuk rumah nmpk mak..terus berjuraian air mata..tak pernah aku menangis sebegitu meskipun dipagi syawal..

  9. betul..jgn menonjolkan penderitaan kita..kalau ketahuan nnt mereka lagi menderita dgn khabar tersebut..syukur ada kalian teman baru tuk kurangkan tekanan ni..tq

  10. salam….sedihnya baca ur posts….

  11. Baru aku jumpa 1st entry ko crafoc hehehehee…..sbb aku xleh nak tido tergaru2 gatal parut yg tinggal disbbkan penangan alergic ubat.aku disahkan positif pada 4 April 2013 baru ja disepital swasta kat pj pada asalnya suspek sakit lain seblom tu gastriklah sbb aku xleh nak makan seblom aku masuk sepital nak menelan makanan dan minuman perit giler weiiii…..dgn cirit biritnya adoyai.actually aku dah berbulan2 xder selera makan silap ja makan sakit perut xsalah aku sejak Sept 2012 dan pada bln tu jugak aku baru start keje setelah lama mc xcident kaki masuk besi krn ada sendi lutut aku patah.dari situ lah permulaan penurunan berat badan aku semakin menyusut aku igt disbbkan stress degil jugak xpergi sepital dah sufferberbulan2 baru nak gi(padan muka aku) heheheehe.Apabila disepital mula ujikaji dimulakan x-ray lah ultrasoundlah last wat scopy dari situ doktor nampak ader fungus berkampung so doktor suspeklah nurse bagi aku surat utk sign buat ujian Hiv dgn rela hati aku sign tanda setuju,pada hari yg aku tunggu2 selepas dinner doktor dtg dgn iringan nurse dan ditangannya ader sampul surat lalu dibukanya”lalu berkata adik you positive”dan2 ja peluh sejuk menyelubungi seluruh tubuh aku,aku pandang muka nurse aku nak nanges mcm tak tertangis so aku redha dgn keputusan itu.Kerana ini menjadi tanda tanya aku selama ini terjawab sudah dan tanggal 2 May 2013 yg lalu aku memulakan memakan ubat Haart doktor kat sg.buluh bgtau CD4 aku amat rendah tupasal aku mudah alergic ubat.kasih sayang yg aku dambakan pada seorang yg bernama lelaki akhirnya…ini yg aku terima.Aku terima dgn seadanya dgn keadaan aku skrg dgn pikiran yg terbuka untuk apa aku kesalkan yg telah berlalu life must go on walau perit nak lalui…ntahlah apa yg aku luahkan pepagi buta nieh….

    • Hahaha!! Panjangnye nak baca weh.. Lain kali jgn degil g spital k.. Tak kisah la ade kaitan ngan HIV ke x.. Skrg ni mcm2 penyakit yg lebih bahaya dr HIV dh muncul.. Anyway, thanks sbb sudi menjejaki entry pertama aku nih.. :)

  12. salam.. Apa kahbar kamu la ni? Kamu dah mula mkn ubat? Awal thn ni aku pun disahkan hiv tp cd4 masih atas 400 jd dr sg buluh tidak mulakan mkn ubat lg tp setiap 6 bln kena bt temujanji. Aku hpr nko byk2 bersabar n sembayang utk menenangkan fikiran yg kacau jd tenang bla ingat tuhan..

  13. salam..semalam p buat hiv test kat klinik MA kata positif..sebelum tu pun p satu lagi klinik kata nurse positif juga..sekarang aku buntu x tau nak buat apa..kalau sudi bagi nasihat atau bantuan yg berkaitan terima kasih saya ucapkan..berkenaan diri saya umur 42 tahun..beristeri satu dan anak 3 org..so kalau sudi kongsi pendapat email kat saya pun boleh.terima kasih

  14. Salam.. Just nak tanya.. Kalo rasa dijangkiti 3 hari lepas boleh detect x yang kita positif or negatif HIV test?

  15. salam…brapa kos untuk buat hiv test kat klinik swasta ??

  16. Assalammualaikum.

    Just read a few posts from your blog. May Allah continue to give you strength in this life and provide you with guidance. Allahumma ameen.

    Just know that, this things in life (be it friends, job, money etc) is only an entertainment for us. What matters is the final destination. Remember Him, remember the Hereafter, insyaAllah we will stay away from the Haraam.

  17. Salam, trbaca blog ni. Saya harap orang yg positiv jgn putus harapan. Sakit dtg dr Allah swt, dr dia kita kn berdoa. Pada sy org yg positiv ni bernasib baik, sbb mereka masih sempat buat persiapan sebelum pergi. We all will taste death. Dont give up, belive in happiness. We never know what may come tomorrow.. That is life :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.