Just A Once Sad Story…

My story, not yours…


1 Comment

How HIV Works

Salam.

Kali ni aku nak tunjuk macam mana sebenarnya virus bernama HIV ni membuat onar di dalam badan mereka yang telah dijangkiti, dan macam mana kombinasi ubat yang kita ambil mampu mencegah penularan virus HIV ni. Aku akan cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya supaya senang difahami. Sebelum tu korang perlu membiasakan diri dengan terma-terma berikut :

DNA : DNA ni lebih kurang macam blue-print untuk membina sel hidup.
Enzim : Enzim ni macam pekerja untuk sesuatu sel. Tugas enzim adalah untuk menghasilkan protein baru, mengangkut bahan-bahan di sekitar sel dan macam-macam lagi.
RNA : RNA ni macam bos kepada enzim. Sel akan mengarahkan RNA untuk mengarahkan anzim buat keje. Contohnya, untuk menghasilkan protein baru, enzim akan meng’copy’ bahagian tertentu dalam DNA untuk menghasilkan RNA. RNA ni lah yang akan digunakan oleh enzim untuk mencipta protein baru tu.
Protein : Kalau nak kira dari segi pembinaan, protein ni lebih kepada batu blok yang digunakan untuk menghasilkan bangunan. Cuma protein ni digunakan untuk menghasilkan benda hidup.
Nukleus : Satu bahagian kecil dalam sel dimana semua dat-data genetic disimpan.

 

1. Attachment, Fusion and Entry (Melekat, Mencantum dan Memasuki)

1Proses ni berlaku di awal jangkitan. Virus HIV akan melekat pada sel darah putih (CD4). Permukaan HIV diselaputi protein yang sangat tertarik kepada permukaan protein CD4.

Ubat yang digunakan untuk mencegah proses ni dikumpulkan dalam kumpulan ‘Entry Inhibitors’ (Penyekat Kemasukan). Antara jenis ubat dalam kategori ni ialah:

1-1

Fungsi ubat-ubat ni ialah dengan menghasilkan protein yang akan melekat di permukaan luar CD4. Dengan ini, virus HIV tidak akan dapat melekat pada sel CD4 tersebut.

 

2. Reverse Transcription (Transkripsi Terbalik)

2Pada peringkat ni, HIV akan menggunakan enzim di dalam badannya dan juga nucleotides dalam CD4 untuk  menukarkan RNA dalam dirinya menjadi DNA agar menjadi sesuatu yang seolah-olah memang wujud di dalam genetik badan mangsa. Sel CD4 mangsa akan menganggap HIV adalah sebahagian dari tubuh lalu menggunakan DNA virus HIV untuk menghasilkan salinan virus HIV.

Ubat untuk mencegah proses ini terletak dalam kategori Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTIs), and Non-Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTIs). Antara terapi ubat dalam kategori adalah :

2-1

Fungsi ubat dalam kategori ni pula ialah menghasilkan nucleotides yang tidak sempurna. Jadi apabila HIV menggunakan nucleotides yang bermasalah ni, DNA HIV yang dihasilkan adalah tidak sempurna. Maka dengan ini, proses menghasilkan virus HIV baru dapat dihalang.

 

3. Integration (Persepaduan)

3Selepas DNA HIV siap, ianya akan diletakkan di dalam nukleus sel CD4, bersama-sama dengan DNA sel. Sejenis enzim yang dihasilkan oleh DNA HIV tersebut akan ‘menyembunyikan’ DNA HIV ni di dalam DNA sel CD4. Jadi apabila sel CD4 tu cuba menghasilkan salinan dirinya sendiri, secara tak sengaja ia akan termenghasilkan salinan virus HIV bersama.

Ubat dalam kategori ni dipanggil Integrase Inhibitors (Penyekat Persepaduan). Contoh terapi ubat :

3-1

Yang ni simple je. Ubat ni akan menghasilkan protein yang akan menghalang kemasukan DNA HIV ke dalam nukleus yang mengandungi DNA CD4.

 

4. Cutting and Assembly (Potong dan Kumpul).

4

Nama macam Kumpul Dan Menang je kan. Huhu. Ok, selepas DNA HIV berjaya di’salin’, nukleus sel akan melepaskan helaian protein HIV. Helaian ini mengandungi banyak bahagian, dan apabila dipotong dan dicantumkan, helaian ini akan membentuk virus HIV yang baru. Semasa dalam proses ni, sejenis enzim bernama ‘protease’ akan memotong helaian protein HIV yang panjang ini kepada helaian yang lebih pendek, dan mencantumkan mereka menjadi virus HIV baru.

Ubat dalam kategori ni dipanggil Protease Inhibitors (Penyekat Protease). Antara jenis terapi ubat adalah :

4-1

Fungsi ubat ni pun senang gak. Ubat ni akan mem’block’ fungsi protease, jadi proses pemotongan takkan berlaku. Tanpa pemotongan tersebut, virus HIV baru tidak dapat dihasilkan.

 

5. Budding (Pembungaan/Pelepasan)

5Ni proses terakhir sekali. Selepas virus HIV baru berjaya dihasilkan, virus-virus baru ni akan muncul dari permukaan sel CD4 seolah-olah bunga yang hendak berkembang, dan semasa dalam proses tersebut, virus HIV baru ni akan mengambil sebahagian daripada protein yang terdapat di permukaan CD4 dan protein ini akan menyelaputi virus HIV baru ini untuk perlindungan. Proses ni dah tak dapat nak halang dah. So takde la ubat kat sini.. Huhu..

Ok, aku harap korang faham dengan penjelasan aku ni. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu. :)

Salam.


10 Comments

Another Year, Skipped

Salam..

Baru2 ni, aku dapat mesej whatsapp dari doktor aku yg ensem dan sasa tu.. Dia bgtau satu berita buruk.. Dia kata, berdasarkan keputusan blood test aku yg trbaru, dukacita dimaklumkan bahawa tahun ni juga aku tak dibenarkn berpuasa.. Bkn sbb aku sakit mcm org yg ade gastrik (atau pura2 ada gastrik) iaitu klu x makan akan sakit, tp aku perlu makan ubat mengikut waktu biasa iaitu setiap 9.30pg dan 9.30mlm (ya, aku dh ubah waktu mkn ubat dr jam 10 ke jam 9.30)..

Serius aku sedih mase dpt berita tu.. Serius dlm hati aku takde sekelumit pun perasaan gembira sbb boleh skip puasa.. Serius.. Mcm yg korang tau (kalau korg baca blog aku mase bulan puasa thn lps la), aku sedih sbb tak dapat puasa thn lepas.. Nikmat berpuasa tu ditarik balik.. Aku igt thn ni aku dpt la rase semula nikmat tu, tp rupanya masih tak dapat.. Aku rindu nak bersahur, nak berpuasa, nak berbuka, nak bertarawih dll.. Sedih okeh.. Ini bukan main2.. Ini bukan cobaannnnn.. Ini betul-betuuuuuullllll..

So kpd korang yg masih boleh berpuasa tu, untung la korang.. Harap2 tahun depan aku boleh puasa..

Salam..


18 Comments

Even Busier Than A Bee

Salam..

Pertama-tamanya aku nak mintak maaf kat korang sebab dah berkurun dah tak update blog ni.. Rasenye dah 187 tahun tak update kot.. Sori k.. Bukan pe.. Aku ni banyak sangat bakat.. So banyak keje org campak kat aku.. Errrr.. Part banyak bakat tu sila muntah kuning.. Part keje org campak tu mmg betol..

Anyway, minggu lepas aku dah pegi hospital Seremban untuk appointment doctor.. CD4 aku agak jatuh, tapi percent CD4 tu lebih kurang je ngan yang lepas.. Tak paham? Jap aku piker camne nak explain mcm yg doctor aku explain.. Bila dia explain senang je, tapi bila orang takde pelajaran macam aku nak explain, macam susah plaaaaaaa.. Takpe aku try.. Ehemmmm..

Macam ni, bayangkan ujian yang lepas diorang ambik darah aku 200ml.. Then lepas buat test bagaih, keputusan CD4 aku 367 (contohnya, sebab aku tak ingat pun CD4 aku yang lepas).. So berdasarkan penerangan doctor aku yg hensem dan sasa tu (errrrr), keputusan CD4 367 tu berdasarkan jumlah darah yang diambil iaitu 200ml, iaitu 19%.. Then untuk ujian kali ni, doctor aku cakap vene office (klinik ambil darah) ambik darah aku sikit, so jumlah CD4 aku kurang, tapi peratusnya masih sama dengan yang lepas iaitu 19%.. Paham tak ni? Aku pun tak paham.. Errrr..

Kat sini aku nak buat sedikit pengakuan.. Aku nak mengaku kat doctor aku, takut dia marah.. So aku buat pengakuan kat blog je la.. Sebenarnya, dalam masa sebulan ni, aku rasa dah lebih 5 kali aku terlewat makan ubat.. Lewat tu bukan lewat 10 minit ke 20 minit, tapi pernah sampai lewat 3 jam.. Aku tau aku tak patut makan ubat lewat, tapi kadang2 aku sibuk sangat dengan keje sampai aku terlupa.. Bila alarm kat henfon berbunyik, aku offkan dan fikir, “Jap lagi la makan”.. Last2, lupaaaaaaaaaaa.. Korang jangan bagitau doctor aku tau.. Kalau dia tau mesti dia marah aku kaw2.. Hehehe.. Dia marah sebab dia sayang aku tu.. Errrrr.. (suka gak disayangi oleh lelaki hensem dan sasa.. Errrr..)

Ok la, sampai di sini saja.. Aku kat ofis lagi ni.. Dah nak pukul 7, aku nak balik.. Nak tengok anak kucing.. Kucing aku baru beranak.. Geram tengok anak2 kucing tu, rase nak gigit2 je sampai putus.. Errrrr.. *sadis*

 

Salam..


2 Comments

Blood Check On 13/03/13

Salam..

Hari ni, aku buat blood check yang ke berape ntah kat Hospital Seremban. Macam biasa, kul 5 pagi aku dah gerak dari rumah, dan sampai kat spital dalam kul 7.30 pagi.. Sebab sampai awal, so hari ni no giliran aku sikit je.. 20 nombor je.. Biasanya berpuluh2..

Anyway, result untuk check hari ni akan dapat pada 29 Mac nanti, iaitu pada tarikh appointment aku ngan doktor.. Harap2 CD4 naik dan viral load kurang.. Lagi satu, harap2 kuman Sifilis dah lenyap dari dalam darah aku.. :P

20130313_074903Kali ni 4 botol.. Banyak gak la darah aku kena ambik tadi.. Tapi kali ni aku tengok mase orang tu ambik darah.. Tetibe berani lak.. Huhu~~

Ok, tu je.. Babai~~~


Leave a comment

Just Me, Being Silly!

While showering earlier, I thought of a joke :

Andy and Joe is a gay couple. They have been together for almost 3 months. But despite the fact that they are together, Andy, being a slutty gay, have been naughty outside of Joe’s acknowledgement. One day, Andy was having a dreadful fever, so he went to a clinic and had his blood checked. To his surprise, Andy was diagnosed with HIV.

Sad, Andy came home to Joe and told him everything. Joe was furious to find out that Andy was being unfaithful, but soon came to his sense when he saw Andy’s sad face.

Joe : That’s okay dear. What’s done is done. You don’t have to be so sad. It’s not like I’m gonna leave you for this.
Andy : (Shocked) You wouldn’t leave me? Even after knowing I’m HIV positive?
Joe : Why would I? I loved you before, and I will always love you no matter what.
Andy : (In tears) You have no idea how grateful I am to know that you love me that much.
Joe : So stop the tears now okay. Don’t be sad.
Andy : How could I not be sad? I’m HIV positive. I don’t know from which sex partner I got it from. And I’m even more sad now, knowing that you will always be here with me. Because I’m scared that I might infect you with HIV.
Joe : You don’t have to worry about that dear. I’ve been positive for 10 years!
Andy : …………………………….

Tak paham? Baeklahhhhhh~~~~

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.